Pengikut

Monday, April 11, 2011

"Macam Bola Getah"

alhamdulillah..

segala data collection dah selesai.. arini, (11/04/2001 @ 9am) aku and the team akan gi ke kelas untuk analysis data plak. wee...

nak dijadikan cerita, pada hari Ahad - semalam la- aku gi keluar menyiapkan saki baki data collection aku. aku gi mana?? well, Tasik Permaisuri. tu je la last resort aku.

aku pun berjalan2 melihat alam, ciptaan Tuhan. di langit dan di Bumi.. (kalau korang tau lagu ni memang kite geng lah. lagu sahabat rimba kot kat tv1)

first aku approach 2orang kakak kat bus stop. well, dah diorang duduk bus stop, aku ingat diorang ni tunggu bus la. what do you expect kan? wahaha. tapi, diorang just tunggu kawan amik naik keta la.. so, diorang pun refuse coz kot2 kawan depa mai sat gi.

ok. aku pun meneruskan langkah perjuangan ini... ke tasik. aisyeh, penuh lak mamat2 pegang kamera. group photography la kot. rasa nak aje aku mintak diorang isi. tak po lah. ramai sangat- aku lak sorang. passed!!

then aku nampak satu family Cina ni tengah rehat2. hehe.. my first target. alhamdulilah, semua willing nak jawab. then ada lagi plak! aku pun gi kat satu family lagi, die tak mau jawab.

aku jalan lagi. nak jadikan cerita, ada la sorang pakcik juai air ni, die tegur aku.
"assalamualaikum kak long." kate beliau. "senyum.." kate beliau lagi. aduh. aku hampir nak pandang die semula dan senyum je. tapi... aku cancel kan.

pastu aku jumpa target aku. girls duorang tengah duduk2 rehat penat jog- aku teka je la. pastu dalam diorang duk jawab, pakcik tadi mai dekat tengok. dan kisah bermula.... (dari tadi baru nak mula meh??) hehe.

beliau berkate, adik punya tugas ke ni? lain kali jangan sombong. keje macam ni tak boleh bersikap camtu. =_='' pulak. aku bukan la sombong pun kot. beliau menambah lagi." kita ni hidup macam bola getah color putih. kite baling melantun semula kat kite"

aduh. aku dah malu sangat. rasa nak nangis pun ada. pakcik ni. aku dah la berpeluh2 ni. segan la aku. tak tau la camne muka aku masa tu. panas je.

maka beliau menambah lagi. "jangan fikir negatif kat orang. -sebab aku cakap takkan aku nak selambe2 senyum kat laki?- die kate lagi " kalau orang tegur assalamualaikum kak long, jawab and senyum. be positive. bangun pagi ingat, kite ni pagi ni matlamat ape. kite bawak bola getah putih kite. baling kat orang kena kite balik."

aku faham dah maksud die, tapi.. aish.. keliru aku. teringat citer kawan aku, die pernah dipanggil oleh sorang pakcik-dari dalam kereta- then die ingat pakcik tu nak tanya arah, die pun gi la. pastu tetiba dengan nada GATAL, pakcik tu tanya nama, umur bape. maybe coz kawan aku tu little by little sikit cam budak sekula (ahaha..gomenasai..sape makan cili rasa pedas ye?) pakcik tu coba nak nipu kot. huhu.

akhirnya, aku balik dengan pelbagai pemikiran dalam kepala aku. ape patut aku buat kalau berdepan situasi gitu lagi? aku rasa kalau aku berdua dengan kawan aku, aku ok je kot nak balas balik. ni dah la sorang2. menahan segan nak mintak orang jawab questionnaire lagi. aduh.

entah lah. lain kali kalau pakcik yang tegur senyum je la kot. jangan la gatai2 nak pura2 xnampak or wat xtau. xpasal2 kena ceramah lagi.

ape pun, aku faham ape pakcik tu maksudkan dengan bola getah tu. aku pun selalu ingatkan diri aku,

"KALAU KITE TAK NAK ORANG BUAT KAT KITE,
KITE JANGAN BUAT KAT ORANG"


well, tak po lah. janji keje siap. hehe.

pandai2 la nak bawak diri. dah beso dah - mmm boley la.

ade pape lagi ke ek? cam xde.

p/s: minggu ni insyaAllah balik kampung. sambut bday my beloved anak buah tersayang, Muhammad Aliff Isqandar Syah-ni nama sebenar.

can't wait.