Pengikut

Friday, September 2, 2011

Pertama Kali Ikut Bara'an~

Assalamualaikum

Wah, mengantuknya! Hari ni aku bara'an. Pertama kali dalam hidup aku. Adik aku pulak tu yang bawak motor. Haha. Orang tengok pun pelik. Kenapalah yang kecik yang bawak? Naik EGo pulak tu. Motor gemuk tu buat aku susah nak naik. Yela, pakai baju kurung maa.. Nampak sangat pulak tu adik aku tak larat nak bawak. Tiap kali nak naik memang payah lah.

Mula-mula kitorang sampai, bara'an dah mula. Kitorang masuk je tak salam sesiapa pun. Oh, salam tuan rumah je. Lepas tu, ikut aje la makcik-makcik tu. Kitorang senyap je - ala-ala gadis pemalu. Lepas tu, orang mula tanya-tanya, tegur-tegur. Baru lah rasa selesa sikit. Hari ni bara'an belum sampai rumah aku sebab hari ni Jumaat. Balik awal. Esok kalau aku ikut barulah bara'an naik. Tapi, esok kitorang kena turun rumah pakcik aku, Andak, ada rumah terbuka. Kiranya, tak merasa bara'an naik rumah la.

Mak aku kata, tak ape lah. Janji kita dah ikut. Itu pun orang tanya je kenapa mak aku tak ikut. Aku cakaplah mak aku "momong" @ jaga budak. Bukan cucu, tapi anak orang yang memang mak jaga. Kalau cucu boleh tinggalkan dengan orang lain je. Aku harap orang tak anggap mak aku saja tak ikut lah. Maklumlah orang perempuan. Duduk saja sekejap masa bara'an boleh macam-macam cerita muncul. Astaghfirullah, mintak jauh.

Kesimpulan, kalau aku tau naik motor @ bukan adik aku bawak tapi aku bawak adik aku, aku akan rasa lebih tak segan kot. Haha. Tapi, aku entah bila nak reti bawka motor.

Tuan rumah: Nopo kabare sampeian sedoyo?
Ahli bara'an: Wi..Lu jeng...

Air Dicincang Takkan Putus~

Assalamualaikum

Sempena hari raya Aidilfitri yang mulia ni, yang mana umat Islam bermaaf-maafan masih ada lagi ahli keluarga yang masih bersengketa. Kadang melibatkan sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar masalah dan punca. Tapi, ingatlah bak kata pepatah; " air dicincang takkan putus".

Tak kira apa pun sengketa, selagi mana darah yang mengalir tu punya kod genetik yang sama, maka bersaudaralah kamu. Lebh-lebih lagi dalam hal adik-beradik.

Mana mungkin adik-beradik (lebih-lebih lagi kalau ramai) tak bergaduh, tak bersengketa, tak ada salah faham. Sedangkan lidah lagi tergigit. Tapi, sejauh mana iri hati dan dengki pun kita, janganlah lupa akan asal usul dan hubungan darah yang mengalir dalam tubuh kita. Sejauh mana kita lari pun, darah yang mengalir tetap sama. Yang masih punya mak ayah, rumah mana lagi nak dituju kalau bukan rumah yang sama?

Iri hati dan dengki mendengki tak akan bawak ke mana. Kaji diri sendiri, kenapa dia dapat lebih, kenapa aku dapat kurang? Kat mana silapnya aku? Kenapa dia dapat banyak duit, aku tak? Aku dah kerja elok-elok ke? Dia kerja macam mana? Kenapa orang lebih senangi dia? Kenapa orang tak senangi aku? Aku dah bersikap baik dengan prang lain ke? Macam mana sikap dia dengan orang lain?

Allah ciptakan jari panjang pendek besar kecik ada kelebihan dan fungsi masing-masing. Macam tu jugak manusia. Kalau tak ada yang kurang lebih, tak melengkapi. Kalau hilang satu, hilanglah punca. Macam tu jugak dengan adik-beradik.

Tak kira lah apa pun yang jadi, adik-beradik tetap adik-beradik. Susah-susah kita, kawan tak nak tolong. Adik-beradik jugak akhirnya yang kita cari. Tak payah nak ego, tak payah nak meninggi diri, tak payah nak rasa diri sendiri betul, adik-beradik ni je yang kita ada. Tak boleh cari lain, jaga dan mainkanlan peranan masing-masing.

Air dicincang takkan putus. Kalau ada 7 adik-beradik, hilang satu takkan jadi 7 dah. :)

- sumber: kata-kata abang aku semasa menasihati adiknya
- diolah dan diadun oleh: aku la.. :)