Pengikut

Sunday, January 8, 2012

Malam Pasar Ahad~

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni aku dapat keluar rumah. Walaupun bukan untuk suka-suka, dapat jugak aku menghirup udara di luar yang tak sesegar mana sebab destinasi aku adalah pasar malam.

Aku dah beli bateri handset baru, beli kat mak aku selipar baru, dan itu sahaja. Tak rela nak keluarkan duit lebih banyak atas benda-benda tak perlu.

p/s: masih tak selesa dengan ramai orang.

Aku ni menakutkan?

Assalamualaikum.

Hari tu, aku duduk sembang-sembang dengan keluarga aku beberapa orang. Tengah duk hu ha hu ha, tiba-tiba timbul isu. Al kisahnya, sepupu aku ajak kak ipar aku main bowling tapi dia tak dapat pergi. Mabuk. Maka, dia ajak la adik aku.

Kak ipar aku tanya, "kenapa dia tak ajak cP?" Aku tersenyum. Aku pun dapat mengagak, mesti dia pelik.

"cP kan tak banyak cakap. Tak adanya dia nak ajak. Nanti janggal je."

Mak aku pun menambah, " Mana ada orang berani dengan dia ni. Kak Na pun kan takut dengan dia."

Kak ipar aku (Kak Lin) menambah pulak, " sebenarnya, Lin pun takut dengan dia ni dulu. Masa mula-mula kahwin dulu tengok budak ni masam je. Takut aku.."

Ok. Aku menakutkan. Nak buat macam mana? Dengan orang aku tak kenal aku memang diam je dan bila aku diam dan buat muka tak berperasaan, aku jadi masam.

Tapi, kalau dah kenal, nah kau! Aku ni mulut tak reti diam. Kena sakat aje la korang.

p/s: aku tau diorang masih tak berapa berani dengan aku. Aku pun senang dengan barrier yang ada. Entah kenapa.

Hayatnya mungkin akan berakhir~

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak aku pernah cerita tentang anak sepupu aku, bernama Kamelia. Umurnya sekitar 2 tahun. Dia penghidap leukimia tahap 3. Beberapa hari yang lalu kami diberitakan bahawa dia mungkin sudah tak mampu diubati lagi.

Sum-sum kakaknya sudah diambil namun, hasilnya tidak memberangsangkan. Buat masa ini, cuma rawatan paliatif diberikan. Mak dah lama teringin nak melawat tapi, belum berkesempatan lagi.

Macam mana lah ibu bapa dia menghadapi semua ni? Anak sekecil tu terbaring di atas katil, hanya kulit membaluti tulang. Yang kau kasihan, kakak dia. Sebelum ni asyik ditinggal. Kakak dia baru 7tahun tak silap aku.

Sesiapa yang membaca, doakanlah kesejahteraan keluarga ni tak kira apa takdirnya nanti ye?

p/s: Ada yang berdoa selamatkanlah anakku, tapi, ada juga yang tak henti-henti memperlakukan anak seperti barang melampias nafsu.

Kanak-kanak girang.
Farahiya (si kakak) bersama pakcik dan makciknya di hari keluarga.

Berita panas!

Assalamualaikum..

2012,tahun yang diramalkan oleh kaum Aryan (pembetulan) kaum Maya sebagai tahun tibanya hari kehancuran dunia- Hari Kiamat. Tahun ini juga menjadi tajuk filem yang menggambarkan kehancuran Bumi, tapi ada yang terselamat- bukan kiamat la tu.

Awal tahun ini juga Malaysia dihangatkan dengan hari keputusan perbicaraan kes Anwar Ibrahim yang memanaskan hati ramai pihak. Banyak lagi berita-berita panas yang menyelubungi 2012 walaupun baru 8 hari ia bertandang.

2012 juga diramalkan sebagai tahun terpanas. Memang panas! (klik untuk lebih info)

p/s: bila mana manusia tak menghargai nikmat yang diberi, maka Bumi menjadi tempat yang tidak lagi sesuai untuk dihuni. Hakikatnya, hanya akhirat sana yang kekal abadi. Kita lah yang memilih jalan ke syurga indah atau ke neraka.Astaghfirullahal 'azim.

kredit: Berita Harian online.

Perempuan vs masak~

Assalamualaikum..


"Budak perempuan zaman sekarang, perangai pelik..
Mak dia suruh masak, dia terus masuk bilik.."

p/s: Kena fikir nak tukar bateri handset,  teringin nak makan KFC kat KFC- tak nak bawak balik, teringin nak beli seluar baru, teringin nak jumpa kawan-kawan.

Problem Loading Page~

Assalamualaikum.

Problem loading page. Ni lah tulisan yang muncul bila aku nak bukak blog orang. Apakah? Bukak page lain ok je, bila blog je terus tak mau. Aduhai. Pagi je la line laju pun. Anak buah pun tak bangkit lagi. Adakah aku perlu duduk luar rumah? Dah siang sebenarnya, tapi disebabkan hari ni Ahad, semua orang berlambat-lambat. Aku je pagi-pagi dah tercongok depan laptop aku. Ish..ish..

p/s: apakah mimpi mainan tidur? Atau ia sebenarnya melahirkan rasa hati yang terbuku dan terpendam? Subconscious desire? Aku tak pasti, tapi aku terasa ia menyentuh sesuatu di dalam hati.