Pengikut

Saturday, December 24, 2011

Alhamdulillah. Kawan aku dah dapat kerja~

Assalamualaikum.

Semalam aku dapat tau, kawan sama-sama menganggur aku (kawan satu course) telah dapat kerja. Kerja dia amat menarik. Dia bukan jadi jururawat kat hospital tapi jururawat kat rumah. Jururawat peribadi. Beruntungnya dia sebab dia mesra alam dan pesakit senang dengan dia. Maka, dia telah dihubungi melalui kawannya untuk jadi jururawat peribadi pesakit tersebut. Menurut ceritanya jugak, dia akan dibawa sekali ke China untuk rawatan tradisional pesakit dia. :) Nak tau cerita selanjutnya? Klik sini.

p/s: aku akan terus bersabar dan berserah menanti kerja. Tertanya-tanya, adakah aku je yang tinggal belum dapat kerja? Ya Allah. Permudahkanlah urusanku. Amin..

Thursday, December 22, 2011

Terlajak~

Assalamualaikum

Benarlah kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Kena berhati-hati selalu jangan sampai kata-kata jadi bisa dalam hubungan dengan manusia.

Tapi, kat sini aku sebenarnya dah terlajak guna 4GB, Celcom Broadband aku ni. Kesilapan teknikal yang aku buat ni dek sibuk menonton cerita kat dramacrazy.com lah. Bukan salah sesiapa, aku sendiri cari pasal. Oleh sebab itu, semakin perlahan lah line aku.

Isu-isu terbaru.

1. Isu gay kat Malaysia yang sangat menggemparkan. Realitinya, aku dah pernah saksikan depan mata aku masa di suatu tempat.

2. Isu duit baru Malaysia yang cantik danberwarna-warni namun dah mula mencetus kontroversi kerana katanya gambar bunga pada syiling 10sen dah macam lambang bendera Israel. Secara peribadi aku nampak macam bunga je. (Paling suka 50sen- cantik)

3. Kematian Kim Jong Il (cuba teka ni siapa?) Artsi KPop?

4. Diskaun tol 25 Disember? Wah, seronoknya!

Kalau rajin klik sini.

p/s: Aku terus mengharap.

Monday, December 19, 2011

Lagi Tentang Dhia~

Assalamualaikum

Saja nak tunjuk-tunjuk.

Tempat Dhia jual nasi lemak

Peristiwa~

Assalamualaikum

Kalau peristiwa tak diingini terjadi masa bercuti ke Pangkor, kali ni peristiwa tak diingini berlaku lagi. Semalam, dalam perjalanan tiba-tiba JPJ tahan dan periksa lesen abang aku. Entah macam mana, ada masalah. Abang aku buat lesen tu dulu atas dasar kerja, bos dia yang bayar ambik lesen. Tiba-tiba lesen ada masalah. Dah berapa tahun baru kali ni kata ada masalah. Pernah kena tahan dulu, bila periksa balik kata tak ada masalah. Abang aku dah bingung dah. Tak pasal-pasal dilayang surat saman. Kena pergi tempat tu balik, kenapa ada masalah lagi?

Hari ni, adik aku pulak tak berapa sihat. Haha. Dah la jalan-jalan ke Segamat, tayar pancit tak perasan. Mujur ada pemandu prihatin tegur. Bila cuba pam tak boleh, sampai ke kedai tayar tengok tayar dah pecah. - sepupu yang bawak jalan-jalan. Tak pasal-pasal kena tukar tayar baru. Entah macam mana, memang tak rasa tayar tu pancit. Sedap je naik kereta.

Bila dah sampai Segamat dah lewat, sepupu pulak nak kerja pukul 4pm. Maka, jalan-jalan pun tak berapa sangat. Rasa sekejap je dah kena balik. tak sempat tengok-tengok puas.

p/s: seronok duduk rumah Along, boleh rileks-rileks tak ada orang sangat. Semua orang pun memang baring-baring je.

Sunday, December 18, 2011

Tajuk Yang Menarik?

Assalamualaikum.

Blog dibuat untuk dilawati. Tapi, perlu ke guna tajuk yang memprovokasi melampau? Bahasa-bahasa 18 tahun ke atas, dan bahasa-bahasa yang terlebih kesat tu perlu ke? Aku segan nak baca kalau tulis macam tu. Takut jugak kalau adik-beradik aku baca, walaupun sekadar tajuk.

p/s: maklong aku dah bising - tak nak makan ke?

Days Out - Picture!

Assalamualaikum.

Dua beradik saiz 2

p/s: mula-mula bajet mintak saiz 4, lepas tu tukar saiz 3, akhirnya dua-dua mintak saiz dua. Ok, bajet kaki besar.

Ni la budak-budak yang melepak. Ish ish ish.
p/s: banyak peristiwa memalukan dalam lif jadi. Aduh! Segan aku. (bukan aku yang buat perkara memalukan tu..budak-budak lain) :">


Adik aku's~

Aku's~

Kami's
p/s: Aku asyik makan benda tu je tiap kali ke foodcourt. Macam takde benda lain.

Friday, December 16, 2011

Usia persaraan swasta pun naik. Saya memang suka!

Assalamualaikum

Baru tadi aku baca usia persaraan swasta pun dah naik. Baguslah. Kerajaan entah bila nak ambik fresh graduate degree macam aku, swasta pulak sibuk cari pengalaman. Berapa kerat je sudi ambik. Sekarang naik usia persaraan. Kasi la diorang kerja sampai tua, biar aku ni menganggur je. Aku memang suka duduk goyang kaki kat rumah jadi penganggur :).

tulis nama atas tanah :P

Sehari tinggalkan mak~

Assalamualaikum.

 Akhirnya, aku keluar jugak dari rumah. Semalam, aku dan adik aku berjaya meloloskan diri dari ikatan lutsinar yang ada kat rumah ni dan jalan-jalan dari pukul 9am sampai 5pm ke Kuala Selangor.

Mula-mula aku dengan adik aku lepak dulu kat tempat kerja sepupu aku. Dia pinjam broadband dan laptop, line full. Seronok aku tengok. Bila sepupu aku (yang ajak main bowling) mesej kata diorang dah sampai, sepupu aku ni hantar la aku ke tempat yang dituju. Yang pasti tempat tu masih tutup. Awal pagi dah tercongok kat situ, mestilah masih tutup.

Sepupu lelaki, Fadz dan Am pergi ajak makan sarapan pagi dulu. Tapi, aku dan sepupu-sepupu perempuan semua dah makan. Maka, aku ajak la adik aku jalan-jalan ke Tesco dulu. Geram je aku tengok T-shirt RM10 semua. Tapi, aku tak berani nak berbelanja. Belum main lagi karang dah habis duit. Aku beli sedikit makanan kat bakery King's. Aku beli lebih la nak kasi budak-budak ni makan. Ececeh. Dalam pukul 10am aku gerak ke 1Plaza tu. Awal sekali. Kitorang adalah pelanggan kedua sebab ada satu kumpulan dari sekolah mana entah dah jadi pelanggan pertama (kitorang masuk dulu la sebenarnya).

Kitorang main 2 game setiap seorang. Murah. Harga pelajar satu game cuma RM3.50 dan harga dewasa RM4.50, kasut pulak RM2. Ok lah bagi aku. Aku hebat ke main? Aku rasa aku cuma menang gaya, sebab aku pernah belajar main kan masa ko-kurikulum kat Uni dulu. Budak yang main untuk pertama kali dan tak guna apa-apa skil duk asyik dapat strike dan spare aje. Aduh la.

Adik aku? Dia dah la kidal, dan lubang jari kat bola bowling tu memang la terlalu besar- jari aku pun macam nak lucut aje dari situ. Dia main memang campak la senang kata bukan leret pun. Nasib la. Sekali dia dapat strike jugak. Lucu je. Bila dan kena melompat-lompat, mentang-mentang la kecik sangat. Orang tengok pun cam budak sekolah rendah. Main punya main, akhirnya tamat setelah dua jam. Satu lane main 6 orang, syok jugak main lama sikit.

Lepas tu, Fadz dan Am nak main lagi, aku pulak bawak budak-budak lain jalan-jalan turun naik 1Plaza tu. Kecik je rupanya. Tak banyak benda pun. Cuma ada cafe, bowling, wayang dan snuker. Lain-lain benda biasa-biasa je.

Lepas tu, budak-budak ni ajak karaoke? Hah? Aku cuma bayar je lah. Aku rasa bertanggungjawab pulak nak tengok-tengokkan budak-budak tu. Aku duduk dalam bilik tu tengok la diorang bersuka-suka. Aku jugak pastikan adik aku telefon mak beritahu kitorang balik lambat-pukul 5pm sebab tumpang sepupu habis kerja, dan suruh budak-budak tu beritahu mak diorang -cam makcik kan aku?

Lepas satu jam, si Am ajak makan kat rumah dia, tapi aku menolak. Diorang pun balik makan-makcik aku dah disuruh masak siap-siap. Haha. Segan aje aku nak gi makan kat sana. Susah nak pergi, diorang naik motor, rasa tak selesa aku nak bonceng. Biarlah diorang yang pergi. Mak ayah diorang pun tau siapa bawak siapa.

Aku pun ajak adik aku makan kat Tesco Food Court. Selepas kenyang, kitorang menuju ke surau. Jalan tetap jalan, yang wajib jangan lupa. Dah sudah kitorang round pulak satu Tesco, lama jugak. Sedar-sedar dah pukul 4pm. Aku dah beritahu sepupu nak ke tempat kerja dia dalam pukul 4pm, so, kitorang pun berjalan ke tempat kerja dia. Tempat kerja dia tu studio muzik yang baru nak beroperasi, maka, dia kerja cuma seorang diri dan main internet je la memanjang.

Melihatkan line internet yang laju, aku ambik alih laptop aku dan menonton movie secara online. Cerita Ghastly kat DramaCrazy tapi tak sempat habis pakcik aku dan makcik aku ambik kitorang balik. Sebelum sampai rumah pakcik aku belanja makan Cendol Durian Borhan, cuma aku makan cendol pulut sebab aku tak makan durian. :) Dalam pukul 6pm kitorang sampai rumah tengok mak aku tengah melayan Is kat halaman rumah. Mungkin baru lepas cabut rumput.

Seronok aku dapat berjalan. Aku terasa sedikit hidup. Kalau tak aku cuma duduk dalam rumah dan plaing-paling pun keluar sidai baju atau cabut rumput. Puas!

p/s: update AVG Free dari semalam tak selesai-selesai. Nak sambung tengok cerita line asyik bermasalah. Haha.

Thursday, December 15, 2011

Masih tak pasti~

Assalamualaikum

Tibalah hari Khamis. Adik aku sedang bahagia sebab STPM dah tamat untuk dia. Hari ni, aku dan adik aku mengikut perancangannya akan keluar rumah pagi-pagi untuk pergi main bowling- gara-gara tumpang sepupu untuk pergi kerja. Balik? Aku masih belum pasti macam mana atau pukul berapa. Kalau ikutkan aku, aku memang tak ada hal nak balik pukul 5petang. Maklumlah, masa belajar dulu kalau keluar jalan-jalan, balik sampai lewat petang jugak (ooops).

Tapi, nanti kesian pulak mak sorang-sorang kat rumah jaga Is. Nasib la sekarang ni sepupu tak hantar anak dia. Ini buat aku semakin serba salah nak keluar atau tidak. Inilah jugak sebab aku jadi berat hati nak turun KL. Kalau turun KL sehari je alamatnya habis masa dalam bas je lah. Jadi, kalau boleh nak tumpang rumah kawan aku. (Ini tinggal dulu-entah bila nak perginya pun)

Kalau nak cancel kesian pulak kat adik aku, dia dah teringin. Sepupu-sepupu pun dah seronok nak keluar ramai-ramai. Aku pun rasa bertanggjungjawab nak tengok-tengokkan diorang ni (perasaan seorang kakak macam ni la kot).

Tengoklah jap lagi. Adik aku ni dah janji nak siapkan kerja rumah awal-awal kalau nak pergi jalan. Entahlah dia nak mula kerjakan rumah ni pukul berapa. Dalam pukul 9pagi terpaksa ke sana dah.

p/s: rindu kat mereka-mereka. :P

Wednesday, December 14, 2011

Day out with my Cousins~

Assalamualaikum

Hmmh. Pening kepala aku. Kawan-kawan aku ajak turun KL, sepupu ajak main bowling pulak esok. Kalau tidak hari ni, tapi adik aku masih STPM- paper last. Tapi, kawan-kawan aku bukan selalu cuti. Mana satu nak pilih ni. Sepupu-sepupu aku dah semangat pulak. Lagipun aku paling tua kalau kitorang keluar, aku rasa selamat sikit nanti. Tau je la budak-budak, aku tak berani nak kasi adik aku je pergi dengan diorang-diorang.

Kalau gi main bowling, transport agak susah. Memang la disebabkan aku tak ada apa-apa lesen, aku kena naik bas jugak sama macam kalau turun KL. Tapi, ke KL bas senang tak payah nak tekan-tekan loceng. Kalau awal pagi, boleh tumpang sepupu aku pergi kerja. Balik naik bas tak ada hal. Kalau balik pukul 5petang tumpang dia pun aku tak kisah. Dah lama tak jalan-jalan satu hari. Cuma mak kasi ke tak kasi je lah. Hoho.

Tapi, ni macam dah confirm aje nak main bowling. Budak-budak ni dah plan baik pulak. KL- aku pergi lain kali la ye? Huhu. Minggu depan ke? Turun KL duit kena lebih.

p/s: rindu jugak dengan member-member. :P

Tuesday, December 13, 2011

Turun KL?

Assalamualaikum.

Setelah berbulan-bulan duduk kat kampung dan berpisah dengan teman-teman sekuliah, hari ni diorang jemput aku ke KL. Oh, yang satu ajak hari Khamis, yang satu ajak hari Jumaat. Masalah terbesar bukan aku tak nak, bukan aku takut, tapi uhuhu..sumber kewangan dah terputus maka.. Faham-faham aje lah.

Aku pun teringin jugak nak keluar jumpa kawan-kawan ni. Aku pun sangat-sangat kebosanan setelah kian lama duduk rumah. Terbiasa jauh dan ada aktiviti. Tapi, aku masih tak tau lagi nak gi ke tidak. Susah nak buat keputusan. Aku sayang duit aku, sayang nak guna untuk suka-suka. Takut nanti nak guna tak ada duit, aku menyesal pulak.


p/s: Nak telefon Kak Naz pun tak sempat lagi. Nak tau jugak cerita baby baru dia. :)

Line atas pokok!

Assalamualaikum.

Kalau semalam aku cakap aku online atas kepala lutut, hari ni aku rasa nak online atas pokok. Biasanya, line atas lutut aku berkesan waktu pagi je. Tapi, bukan senang aku nak online pagi-pagi. Maklumlah, kalau dah kat rumah pagi-pagi mana boleh duduk senang lenang. Nanti kena ceramah pagi pulak kan?

Nak menjenguk-jenguk blog pun payah beno. Nak komen lagi lah. Berjanggut. Maka, hari ni aku akan berehat-rehat dari jalan-jalan. Lepak kat tepi je la.

p/s: Aku semakin garang la pulak. Hari-hari Is kena marah. Mana taknya, kalau pakaikan diapers dah "koyo dopateni" @ "macam nak kena bunuh. Pening kepala aku. Pakai diapers pun nak nangis terjerit-jerit. Kot la aku cubit ke pukul ke. Kena marah dah la tak faham, kena pukul pun bukan tau takut. Aduh!

Hari Keluarga~

Assalamualaikum

Malam tadi, aku tak dapat nak berblog. Ini adalah kerana aku dan keluarga aku menghadiri mesyuarat tingkap. Bukanlah. Mesyuarat keluarga-sebelah mak. Seperti kebiasaannya, pada bulan "suro"@ Muharrram, sama ada awal Muharram atau akhir keluarga kitorang akan mengadakan kenduri (tahlil/doa selamat) atas permintaan atuk dan nenek. Disamping itu kami sekalikan dengan sambutan hari keluarga, biasanya ada aktiviti. Kali ni mungkin diadakan sukaneka. Alhamdulillah, ini telah mengeratkan hubungan kekeluargaan kitorang. Generasi C1 (Marsiti dan Maswan-atuk dan nenek).

Malam tadi, aku telah secara tak rasminya dilantik jadi setiausaha, menulis atas kalendar je sebab tak jumpa buku. Tak pasal-pasal. Mentang-mentanglah aku cucu perempuan paling tua. InsyaAllah, menurut perancangan majlis akan diadakan pada 25Disember2011.

Kutipan wang kali ni sedikit berbanding tahun sebelumnya sebab duit tahun sebelum ni masih berbaki. Jimat sikit. RM10 je tahun ni, selalunya RM50 satu keluarga. Kalau ada baki, duit ni akan disalurkan untuk sepupu aku membeli ubat anaknya yang disahkan menghidap leukimia dan tengah menjalani rawatan kat HKL.

Selain tu jugak, kali ni tak ada baju keluarga yang ditetapkan. Lega sikit. Lagipun baju keluarga sebelum ni masih cantik dan elok - walaupun hampir semua ahli keluarga aku dapat baju saiz raksasa. Hahah.

Tak sabar rasanya nak berseronok, itupun kalau aku masih kat rumah. Niat kat hati nak aje biarla aku dapat join sekali, tapi, ada jugak terfikir kalau masa ni dah dapat kerja pun bagus. Aku dah penat menganggur ni.

p/s: Kawan-kawan ajak turun KL, Khamis & Jumaat. Entahlah, duit dah susut.

Monday, December 12, 2011

Laptop atas kepala lutut!

Assalamualaikum

Aku duduk kat kampung. Walaupun tak la kat pedalaman mana, tapi aku nak online ni bukan senang. Korang tau kat mana aku letak laptop aku? Atas kepala lutut. Letak atas meja tak mesti line bagus. Letak atas lantai hilang terus. Atas kepala lutut ni jugak la aku boleh online. Kena tukar nama jadi kneetop.

p/s: Kaki dah kebas. Meja!

Shoutmix berbayar?

Assalamualaikum.

Pagi ni aku bukak je blog dah terbaca perkataan berbayar. Aduh! Mana ada orang suka benda berbayar kalau boleh dapat free. Aku baca dari sini yang shoutmix akan dikenakan bayaran mulai 1 Januari 2012. Nampaknya, tak pakai dah la benda ni lepas ni.

Aku belum pandai berurusan soal kewangan melalui internet ni. Nasib baik lah sejak akhir-akhir ni pun aku dah jarang guna shoutbox. Aku lebih suka komen terus kat mana-mana yang aku rasa boleh dikomen. Kalau tak aku baca dan keluar je.

p/s: Dah berapa minggu handphone tak ada kredit. Lagi mau bayar ke? Haha.

Sunday, December 11, 2011

Kenapa aku suka perempuan?~

Assalamualaikum

Bila aku menonton cerita atau drama apa-apa perkara pertama yang aku pastikan adalah pelakon perempuan dia. Aku pun tak pasti sejak bila semua ni bermula. Seingat aku, sebelum ni aku suka tengok pelakon lelaki dia siapa, tapi semua tu cuma tinggal sejarah. Aku masih ingat lagi cerita "Fong Sai Yuk", "Marmalade Boy", dan cerita seangkatan dengannya.

Bukanlah semua aku tengok pelakon lagi je saja. Aku tengok jugak pelakon perempuan macam dalam cerita "My Fair Princess" dan "My Cousin". Cumanya, sekarang ni aku dah semakin tak kisah siapa pelakon lelaki dalam drama tu. (Terutama cerita Korea, China- kalau cerita Melayu, English dan Jepun aku pentingkan jalan cerita)

Sebenarnya, bukan aku tak tau kenapa aku suka tengok pelakon perempuan dia. Aku tau. Aku akan pastikan pelakon tu comel, cantik, dan ada reputasi yang baik selain pandai berlakon- ekspresi muka bagus. Terus terang, aku takut nak minat pelakon lelaki. Yela, maklumlah aku kan perempuan. Kalau aku minat pelakon lelaki lebih-lebih macam tak sedap je bunyinya. Sibuk tengok muka lelaki kacak atau jambu - rasa bersalah. Lebih baik aku minat artis perempuan daripada minat artis lelaki kot. Sekurang-kurangnya aku cuma mengagumi muka yang cantik dan bakatnya sambil layan cerita bukan memuja wajah lelaki kacak kan?

Pelik ke cara aku berfikir? Apa pun, yang pasti aku rasa selamat macam ni.

p/s: Aku suka tonton
Korea, China- Drama dengan unsur komedi
Jepun- Drama kekeluargaan, persahabatan
English- Janji selamat untuk tontonan Umum
Melayu- Janji tak merepek

Kisah cuti yang terbengkalai~

Assalamualaikum

Disebabkan lama sangat aku tinggalkan cerita cuti aku, sekarang dah rasa basi. oleh itu, aku sajikan dengan gambar je lah ye?


3 orang ni selalu jadi model aku..aish..
Naik boat jalan2 keliling pulau~
Di tepi pantai yang indah..

Tak ingin aku jadi famous!

Assalamualaikum

Wah, betapa berlagaknya kata-kata aku. Sebenarnya, aku pernah jugak teringin nak jadi famous ni. Macam seronok je ramai orang kenal, ramai orang baca apa yang kita tulis, dan jugak banyak earning dapat dari blog. Tapi, ada satu perkara yang menakutkan tentang blogger yang ramai pengikut ni.

Perkara yang paling aku takut adalah orang tak suka aku walaupun dia tak kenal aku. Sekadar semata-mata blog dikunjungi ramai dan mungkin tak terlayan, dan dia rasa blog tu bukan taste dia, maka dia mengeji dan menganiaya blogger yang famous.

Aku masih tak faham kenapa. Apa alasan nak rasa cemburu dengan orang yang disukai ramai? Dia berusaha gigih menaip dan mencari idea untuk menulis blog dan menghidupkan blog, orang pulak senang dengan penulisan dia, kenapa nak cemburu? Kalau cemburu dan kita juga berusaha lebih gigih tak apa la. Aku taka faham apa hasilnya nak kutuk-kutuk orang lain macam tu malah ada jugak jadi antis (macam antis artis-artis Korea pun bersepah).

Dapat apa kalau buat macam tu. Nak kutuk-kutuk siap buat group la bagai. Mencari tiap satu kesalahan orang dan disenaraikan buat tatapan umum. Aku rasa pelik. Dia bukan dapat kasi kau apa-apa. Bukan kau dapat duit pun. Tak dapat apa-apa pun.

Puas hati? Sekadar nak puaskan hati je? Eih? Kenapa tak puas hati pun kau tak tau sebenarnya. Perkara yang membazir. Baik fikir benda nak tulis yang lebih berfaedah dan tak buat sakit hati sendiri. Membazir je tulis benda kutuk-kutuk kat orang ni.

Lantak? Memang aku nak lantakkan aje orang macam tu. Malas aku nak layan. Cuma aku tak faham, kenapa nak jadi antis? Tak suka dah la tak payah baca kan?

p/s: aku baca entry yang aku suka je. Kalau tengok tajuk aku tak suka aku tak buka. Sebab tu aku tak kisah kalau orang tak baca entry aku yang tertentu. Sama je. Tiap orang ada lain-lain taste.

Dah lama tak cerita soal jodoh~

Assalamualaikum

Sejak aku berumur 23tahun, aku rasa banyak kali aku dan kawan-kawan aku cerita pasal kahwin-kahwin ni. Walaupun kebanyakan masanya cuma merepek-merepek je, tapi ada la jugak timbul soal ni. Kebanyakan masanya, aku la yang merepek-merepek- nak kahwin anak raja la bagai. Maklumlah, orang kalau solo memang boleh merepek melalut-kalau tak solo kena la fikir nak kahwin dengan buah hati.

Sejak aku duduk rumah tak ada geng nak borang ni, cerita jodoh memang dah tertutup habis. Aku sibuk fikir soal kerja dan nak cari duit je. Kalau terbaca tajuk entry tentang jodoh pun, aku buat tak tau aje. Malas nak ambik pusing. Kadang-kadang aku takut jugak dengan diri aku, kenapa pulak aku ni? Aku tak menolak perkahwinan kan? Aku pun tak tahu- rasanya aku masih normal. Cuma masa belum mengizinkan. Masa dengan kawan cerita mungkin sebab tengok orang lain kot.

Kisahnya, haritu sepupu aku datang rumah. Tengah seronok-seronok dengar dia cerita pasal cerita Korea kat Astro- lelaki ini minat cerita Korea-kalah bini dia kot.

Tiba-tiba dia cakap, "Aku rasa baik kau kahwin je la."

Tak tercengang aku? Lawak pun ada. Apa pasal pulak sepupu aku sorang ni? Dia kata, baru dia teringat umur aku sebaya adik dia. Memangla. Kan aku sesusu dengan adik hang. Takkan tak ingat? Adik aku pulak menyampuk cakap muka aku macam tak sesuai fikir soal laki (kenapa dengan muka aku?). Kalau tengok cerita Korea, aku tengok sebab pelakon perempuan dia bukan pelakon lelaki. Kan dah terpacul dari mulut sepupu aku, " Kau lesbo ke?" Astaghfirullah hal 'azim. Ke situ pulak. Adeh. Dia kata lagi, "Jangan, ko pasang je niat tu sah-sah neraka ko pergi." Merepek! Aku masih normal la.

Rupa-rupanya ada cerita lain di sebalik semua tu. Dia nak kenenkan aku dengan kawan dia pulak. Aduh! Aku rasa sangat lawak. Kenapa beria-ia sangat pulak. Dia kata, kesian kat kawan dia tu. Baik budaknya. Kalau terima kawan perempuan pun sebab kesian. Lagi-lagi kalau perempuan tu baru kena tinggal dengan kawan lelaki dia. Adeh! Yang penting- solat tak pernah tinggal katanya.

Maaflah, ye. Aku terasa macam kena electric shock aje. Aku sibuk fikir tentang kerja dan kewangan je buat masa ni. Bila dia tanya-tanya tentang status kerja aku, maka, akhirnya dia pun cakap,

"Eh, baik kau kerja dulu la. Nanti susah. Cari duit dulu."

Hah? Aku dah lama dah fikir camtu. Kau je yang tiba-tiba suruh aku kahwin la bagai. Maka, sambung balik dia ajak aku tengok cerita Korea - Running Man- kat rumah. Bila kitorang pergi sekali cerita Strong Heart duk tayang. Salah tengok jadual katanya. =_=''

p/s: Sangat tak pernah timbulkan soal kahwin kat rumah. Janggal.

Saturday, December 10, 2011

Iklan Dutch Lady buat aku rasa nak kritik~

Assalamualaikum

Sejak akhir-akhir ni aku bukan main asyik komen dan mengkritik je. Tapi, aku harap kritikan aku bukan kritikan yang menghancurkan orang atau menyakitkan hati orang. Kali ni aku nak sebut pasal iklan Dutch Lady. Tak tau la korang perasan macam aku perasankan tak.

Dalam iklan tu, budak perempuan tu nangis dalam katil dia sebab tak nampak muka mak ayah dia kan? Abang dia pulak tengah main kat ruang tamu dengan mak ayah dia. Bila nangis je mak ayah dia berkejar nak jenguk adik dia tu, tapi akhirnya abang dia ada idea nak bagi adik tu tak nangis.

Satu perkara aku tak puas hati. Perasan tak kenapa pulak mak ayah dia tak nak jenguk anak dia? Ambik je la anak perempuan dia tu letak kat ruang tamu main-main dengan abang dia ke, main dengan mak ayah dia ke. Budak tu bukan tidur lagi pun nak letak dalam bilik kan? Bila lagi nak duduk dengan family kan? Ke abang dia saja tak nak kasi mak ayah dia layan adik dia sebab cemburu- ala cemburu antara adik beradik.

Aku sorang je kot yang fikir macam ni. Hahaha. Ops, aku harap pereka iklan ni tak kecik hati. Aku terfikir je..

p/s: Malam hujan tak dapat tengok gerhana.

Perkahwinan dan Kelahiran~

Assalamualaikum

Sempena cuti sekolah ni, hampir setiap hari ada orang hantar surat saman. Mesti korang pun sentiasa mendapat undangan, jemputan atau panggilan jugak kan? Majlis perkahwinan, majlis berkhatan, cukur cambul dan sebagainya.

Well, semalam aku pergi rewang rumah sepupu. Berumur 21tahun dan telah pun bergelar isteri. Tak sangka, budak yang aku tengok cam budak kecik je dah kahwin pulak. Lain je rasa. Semalam jugak, aku baca kat facebook kawan sekolah menengah (SBP) dulu dah jugak sah bergelar seorang isteri - tak pasti dia orang ke berapa, mungkin ke-4 atau ke-5. Tahniah aku ucapkan.

Satu lagi berita adalah, Kak Naz- bukan sister in law, bukan sister in blood, tapi sister in heart aku- selamat melahirkan seorang puteri, Maisarah Amani yang bermata sepet macam maknya. Walaupun terpaksa dilahirkan dengan bantuan vaccum dan masuk NICU selepas kena resuscitation tapi, lain-lain sihat. Alhamdulillah. Tahniah.

Musim-musim. Oh, kenapa aku panggil surat saman. Sebab bila pergi kenduri kena becek @ ngeley (salam kasi duit) maka, mak aku selalu panggil surat saman. Hehe.

p/s: Selamat membayar saman.

  
Opps, paparazzi please stop!
(sekadar gambar hiasan- encik Isqandar)

Friday, December 9, 2011

Ombak Rindu - dah ada Anti's?~

Assalamualaikum

Pagi...dah bangun Subuh? Tiba-tiba mimpi nak bangun blogging Subuh-subuh ni. Semua mesti dah tau filem terbaru Ombak Rindu kan? Mungkin ramai jugak yang dah menontonnya. Ramai yang bagi komen positif malah kutipan pun amat memberangsangkan. Tapi, tak kurang jugak rupanya yang tak berapa seronok dengan filem ni.

Aku tak tonton lagi, tapi aku terbaca dalam facebook group kawan aku sedikit tak puas hati dengan kewujudan adegan atas katil yang ditayangkan. Adegan atas katil?? Aku tak pasti sebab aku sendiri belum tengok. Cumanya, kawan aku siap buat perbandingan dengan satu filem lagi yang ada nombor 3 dengan huruf G dan P. Dulu dalam filem tu, orang siap boikot marah bagai nak rak tapi kenapa dalam OR ni orang tak kecoh-kecoh?

(Rupanya, ia dipetik dari FB Wardina Safiyyah . Nak tau selebihnya boleh klik link tersebut.)

Sebab ia nampak sweet kot? Hahah. Dia kata pelik betul orang kita ni. Kalau cerita orang putih boleh di censored, kalau cerita kita kenapa tak tapiskan aje terus? Dah la pelakon tu suami orang, katanya. Mungkin ianya memang tahap geli-geli yang sweet macam dalam novelnya. (Tapis novelnya sekali? Hahaha)

Ah, kalau nak menghalalkan tu macam-macam aje alasannya. Tapi, fikir-fikirlah sendiri. Mungkin ramai yang nak tengok cerita tu sebab ia adaptasi novel terhangat di pasaran. Aku pun tak terfikir nak tengok sebab aku pernah baca novel tu. Just not very much my taste. Sebab masa novel tu top, sezaman dengannya ada banyak sangat novel genre sama. Aku ni jenis tak suka benda lebih kurang je cerita.

p/s: peminat jangan cepat melatah dengan kata-kata aku. Aku cuma menyuarakan pendapat dan menyampaikan pendapat orang. Aku pun tak tengok lagi. Mungkin best. Tapi, keburukan sedikit cepat aje dicanang orang. Ampun pak..

Thursday, December 8, 2011

Terlalu Biasa~

Assalamualaikum


Hidup manusia ni memang biasa. Apa pun yang terjadi walaupun nampak luar biasa hakikatnya semua tu biasa. Sebab memang kuasa Tuhan tu mampu menjadikan apa jua atas kehendak-Nya. Biasa la. Sebab Tuhan Maha Kuasa. Tak perlu nak rasa pelik kan? Tak ada apa yang mustahil atas kehendakNya. (intro yang tak berkaitan dengan isi)

Tapi, aku rasa bosan tengok cerita yang terlalu biasa. Drama drama tipikal yang buat aku rasa terlalu mencari kesempurnaan. Kenapa kalau cerita Melayu je nak layankan cerita bomoh-bomoh dan ilmu hitam? Musim kot? Tak kisah lah kalau itu hakikat atau kisah hidup sebenar manusia kat dunia ni. Tapi, kenapa nak adakan jugak watak-watak bomoh semua tu? Bosan aku.

Tak boleh ke but cerita orang biasa yang lebih real dan bukan tipikal semata-mata? Aku baru nak layan tiba-tiba muncul watak bomoh pulak. Nampak sangat lah Melayu ni kalau dengan bomoh tak boleh lari. Kau kaya ke, kau miskin ke, kau berpelajaran ke semua nak ke bomoh saja. Ha, esok-esok budak-budak layan cerita bomoh ni jumpa bomoh jugak la ye?

Pengajaran? Ha'a. Memang pengajaran la. Lepas ni budak-budak semakin hebat la. Kau layangkan kisah benar remaja. Ala, kalau cerita kat KL tu semua budak-budak samseng jalanan kau ceritakan. Bahasa? Aduh! Aku rasa aku pun orang muda tapi, aku pening kepala dengar bahasa dalam cerita kau ni. Bahasa Melayu mana kau guna? Segala jenis bang***, si** kau tuturkan. Aku dengan adik aku pening dengar. Ingatkan nak layan cerita di malam-malam yang bosan. Sampai aku rasa bersalah nak kasi adik aku tengok cerita kau ni, kau tau?

Semua tu terlalu biasa. Cerita habis-habis romeo bertemu julietnya. Bahagia. Tak adventure. Sekarang dah mula musim adaptasi novel pulak. Habislah segala novel yang punya jalan cerita nak sama dulu tu keluar lepas ni. Bosannya.

Aku tak pandai menulis, tapi pengalaman hidup aku kata kat aku (walaupun belum cukup lama) hidup ni tak seindah cerita Cinderella. Apa salahnya buat cerita yang lain dari kebiasaan. Mungkin mulanya tak ramai orang suka, tapi bila masa lagi nak kasi orang celik dan bukak mata? Cerita korang tu mampu memberi seribu satu kesan atas orang yang tengok.

p/s: sila lari dari kebiasaan.

Graduan meningkat, Institusi pengajian tinggi bertambah, Umur persaraan meningkat, Majikan mahu pengalaman = Jumlah penganggur meningkat

Assalamualaikum

Ye, blog ni dah jadi ruang luahan perasaan aku yang sangat tertekan dengan status menganggur aku ni. Aku tak rasa seronok pun duduk rumah goyang kaki, makan minum ditanggung. Aku rasa tak berguna duduk saja macam ni. Apa sangat yang aku boleh buat duduk rumah ni pun.

Ye, aku mula mencari salah orang dengan situasi aku ni. Aku terfikir entah berapa ramai orang macam aku kat Malaysia ni. Berapa ramai pembaca blog, pengusaha blog, pemilik blog yang menganggur macam aku? Macam mana korang boleh teruskan hidup tanpa rasa tertekan macam ni? Cuba cerita sikit.

Bila nak bukak universiti, kolej dan sebagainya bukan main bagi alasan nak meningkatkan taraf pendidikan golongan muda, bukan main cakap nak memberi sumbangan pada negara dan sebagainya, tapi, bila graduan dikeluarkan berduyun-duyun, berapa ramai yang berjaya dapat kerja dan berapa ramai yang simpan ijazah mahupun diploma dalam almari buat pekasam?

Bila mintak kerja semua pakat sibuk nak pengalaman, tapi graduan macam aku tak diberi peluang, mana aku nak cari pengalaman? Cuba cerita sikit. Ambil lah pekerja-pekerja sedia ada tu ha. Tak payah dah nak latih atau bagi aku ambil ijazah kalau tak nak ambil bekerja. Buat bazir duit je. Eh, aku belajar kerajaan tanggung la. Bukan duit aku rupanya. Duit siapa yang terbazir entah? Duit rakyat jugak la.

Umur persaraan dinaikkan. Eh? Bukan kata nak buka peluang untuk golongan muda ke? Kenapa berlawanan sangat je rasa.

Mungkin kah aku salah pilih jalan? Aku tak patut belajar bidang ni? Tapi, kalau tawaran ada adakah untuk belajar semata-mata? Bukan ke tawaran belajar sepatutnya selari dengan peluang pekerjaan yang ada? Cukup dah ke jururawat ni sebenarnya?

Nak muntah dah bila lama-lama menganggur. Aku memilih ke? GMC?<-- satu-satunya tempat yang aku tau sangat mengalu-alukan kedatangan graduan macam aku. Ke mana agaknya hala tuju aku? Hanya Allah yang tau.

Ok. Aku tensen dah ni.

I just need a job!

Assalamualaikum

Masuk bulan ni dah berapa lama aku bergelar graduan menganggur? Kalau ikut tarikh tamat belajar dalam 5 bulan jugak lah. Aku masih terus mencari dan mencari. Sampai aku terasa nak jugak hantar resume ke seluruh Malaysia ni. Tapi, nanti susah nak pergi interview.

Kawan aku yang kerja kat GMC dah dapat tawaran ke Brunei pulak. Luas rezeki dia ye? Aku sampaikan terasa nak jugak mintak kerja kat Brunei tu. Tapi, aku masih tak pasti. Susah pulak kalau ke sana. Mak aku tak kisah ke aku kerja jauh macam tu. Dia kalau boleh nak aku dekat saja.

Entahlah. Aku tak kisah kot pergi jauh-jauh. Aku tak pernah kisah. Aku pun tak suka membataskan diri aku untuk duduk dalam kepompong kecil ni. Aku nak hidup kat dunia luar dan meneroka dunia yang baru. Nanti lah aku fikirkan. Mungkin aku punya rezeki bukan dekat-dekat sini. Maklumlah, sejak tingkatan 4 aku dah mula duduk luar.

Tinggal berapa orang je yang belum bekerja. Aku jugak ada terfikir nak mintak kerja kat GMC tu. Cuma aku masih tak berani nak pakai uniform dia. Aku terasa macam bukan aku. Aku takut kehilangan identiti aku selama ni.

Entahlah. Aku tak mungkin tau takdir aku sebelum aku sampai ke realiti takdir aku tu kan? Moga Allah permudahkan urusan aku.

p/s: dah mengidamkan pakai uniform nurse.

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday~

Assalamulaikum

Unwanted Apartment?
Holiday on mysterious island. :P

Sunday, December 4, 2011

Terlalu lama duduk rumah~

Assalamualaikum.

Selamat malam. Buat masa ni aku belum dapat mencari masa nak sambung kisah percutian. Mungkin nanti ia akan basi. Mungkin aku tak akan sambung. Entah. Bergantung.

Buat masa beberapa hari ni aku dah terasa sangat sesak nafas duduk rumah. Maklumlah, aku sudah mula duduk asrama sejak tingkatan 4. Selepas tu, aku terus sambung dan sambung belajar. Duduk rumah pun tak lama mana. Sekarang ni, sejak berstatus "belum bekerja" aku rasa dah terlalu lama aku duduk rumah. Aku mungkin tak betah.

Banyak benda aku malas nak buat. Banyak benda buat aku angin. Bosan hari-hari duduk rumah buat benda sama tak dapat nak tengok dunia luar langsung. (Okay, aku tak reti naik motor/kereta maka aku duduk rumah je la.)

p/s: Baru hari ni nak merasa seronok dapat jalan keluar tiba-tiba ada pulak yang merosakkan mood. Malas dah la nak keluar. Bosan!

Saturday, December 3, 2011

Wah, baru hari ni blog recover!

 Assalamualaikum.

Apa aku mimpi pagi-pagi buta gini main blog? Tapi, hakikatnya baru ni la blog aku dapat dibukak. Alhamdulillah. Nak nangis dah rasa. Huhu. Dah la tiba-tiba line waktu gini tak biru.

Aduh. Banyak dah rasanya tertinggal. Esok la aku kejar balik. Disebabkan line tak bagus. Aku nak tidur je lah.

p/s: nyamuk!!