Pengikut

Monday, August 1, 2011

Mak suruh berhenti kerja?

Assalamualaikum dan selamat malam.

Ye, aku baru kerja dua minggu mak aku dah suruh aku berhenti. Mak kata ada orang mintak jaga budak 3orang. Aku berhenti tolong mak jaga.

Aku tak tau nak cakap macam mana. Aku baru kerja dua minggu. Tak pass lagi nak jadi pekerja yang berkaliber. Aku pening kepala. Aku tau bos aku perlukan pekerja musim raya ni. lagipun, lagi 3orang tu dah nak berhenti. Tinggal aku seorang. Pekerja baru tak kunjung tiba- ada pekerja nak buat part time kakak tak mau ambik pulak.

Aku dah beritahu perancangan cuti aku selepas raya, tentang kesibukan aku dan kakak juga berharap aku boleh tolong dia sebab dia nak pindah rumah- banyak hal.

Walaupun dia sseorang Cina, bukan beragama Islam tapi aku rasa macam kejam kalau aku masuk kerja tapi tiba-tiba tak sampai sebulan nak berhenti sedangkan kau tahu dia tengah perlukan pekerja.

Tapi, aku jugak rasa serba salah sebab mak mintak aku tolong dia jaga budak. Mak nak aku berhenti. Sebenarnya dah berkali-kali mak sebut aku kat rumah tapi pergi kerja pulak. Ingat boleh tolong-tolong mak kat rumah- kat rumah tak dapat duit mak, nak kena bayar bil, nak guna duit bila nak kerja nanti- tak ada siapa dah nak kasi duit.

Kadang aku rasa mak tak faham betapa aku perlukan duit. Bukan setakat cukup aku duduk rumah dapat makan minum. Aku tak nak mintak duit orang sebab status aku bukan lagi pelajar. Kalau jaga budak seorang baby mungkin dalam RM200, budak dah besar RM150 X 2 orang = RM500. Kena share dengan mak, belum tolak barang-barang lain, apa yang aku nak simpan?

Susah aku nak buat keputusan. Diluah mati anak, ditelan mati bapak. Seorang tu mak, seorang bos, dan aku pun nak duit.

Kalau mak tak redha tak bagus jugak, tapi.. Aku nak bekerja atas dasar aku nak dapatkan duit sendiri- abang aku dah cakap, dulu belajar bolehla mintak duit, ni dah habis siapa nak kasi?

Habis kalau aku mula kerja nanti, siapa nak bayar sewa? Siapa nak beli barang-barang? Makanan sebelum dapat gaji? Mintak tak boleh. Pening..........

Entah kenapa, dari dulu aku rasa mak memang nak aku duduk rumah je tolong dia. Tapi, aku betul-betul perlukan duit. Selagi tak dapat kerja tetap mana nak dapat duit dan macam-macam urusan perlukan duit. Susahnya nak bagi mak faham..

1 Ramadhan 1432 Hijrah/1 Ogos 2011

Alhamdulillah. Kita masih bernafas di pagi Ramadhan yang mulia ni.

Bukak TV3 pagi ni ada rancangan Kalamullah. Budak-budak Ma'ahad Tahfiz memperdengarkan bacaan. Bila dengar terkenang pulak. Rasa macam baru kelmarin aku dengan kawan-kawan aku berkumpul kat bilik study bertadarus. Cepat sungguh masa berlalu. Rindu pulak zaman belajar.

Tahun ni kira tahun pertama aku kerja dalam bulan puasa. Kerja 12jam, entahkan dapat habiskan entahkan tidak al-Quran tu sebulan.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan?

Macam mana dengan azam tahun ni? Apa azam yang nak kita capai sempena Ramadhan? Mungkin ada yang berazam nak pergi tarawikh penuh sebulan, puasa penuh sebulan, khatam al-Quran dan mungkin jugak hafaz al-Quran serta lain-lain lagi. Semoga niat baik semua orang, insyaAllah akan tercapai dan membawa seribu makna. Semoga azam ni jugak tak ditinggal takat bulan Ramadhan je.

Selamat menjalani ibadah puasa dan lain-lainnya. :)