Pengikut

Tuesday, January 29, 2013

Teringin tapi tak sampai hati keluarkan duit~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dilema. Aku dalam dilema.

Orang lain semua entah dah berapa kali tukar smartphone, aku masih pakai handset RM70 beli lepas handset Sony aku hilang.

Hakikatnya, aku sangatlah teringin nak beli smartphone, tapi aduhai sayang nak keluarkan duit.

Samsung Galaxy note II.. Wah, best je tengok. Boleh mencoret-coret atas tu. Tapi, harga? Err..habis gaji sebulan kot.

Samsung Galaxy SIII, macam pilihan yang menarik, tapi, tak boleh lawan Note II dan harga pun boleh tahan.. Gulp!

Samsung Galaxy Y, simple dan murah, tapi...sayang pulak dah alang-alang beli smartphone. Karang teringin nak tukar lagi pulak. Huhu..

Akhirnya, sampai sekarang masih pakai handset Nokia RM70 ni jugak.

Rebat RM200 tu pun tak tertunai lagi. Pun sayang jugak nak ada kontrak dengan internet plan. Aku dah ada broadband dah pun. Oh...Smartphone. Tak ada sesiapa nak bagi free ke? kuikui ..

p/s: Jeles kat kawan yang dapat Note II masa cabutan bertuah dinner anjuran hospital. Haha.

Friday, January 18, 2013

New Face~

Assalamualaikum warahmatullah..

Haha.. We got a new face in our ward. I'm going to be a senior any time sooner, and I don't actually like that.

Huhu.

You know how hard it is being a senior? You got bigger responsibility.

p/s: I'm getting a new face too. New haircut. Finally..

Thursday, January 17, 2013

First step: Finding goals!!

Assalamualaikum warahmatullah..

First step


Goals:

1.
2.
3.
4.

...................

It's time to revive!

What are my goals in life???

Wednesday, January 16, 2013

Because tears are overflowing~

Assalamualaikum warahmatullah..



Have you ever feel choked?

Like someone strangle you, but not to let you die

Just to see you suffer and cry


Have you ever been hurt?

Like thousands of swords stab right through your heart

And someone slowly pulls it out,

Just to make you bleed out blood


Have you ever feel suffocated?

Like being in a glass, but it's too dark

And thousands of eyes watch you from outside

Never once give you a light

Source: Google



Have you ever lift a weight?

And it's getting heavier every single step

Others watching you, but no one offer you help

Even you stumble and tremble


 And you feel like you are all alone...

p/s: Stress at work make you loose yourself..Hmm..

Sunday, January 13, 2013

Tak boleh buka Yahoo mail! Oh, no!

Assalamualaikum warahmatullah..

Wah, macam mana ni? Dua2 email yahoo tak boleh nak bukak. Tiba-tiba dia tanya jawapan untuk security question. Dah bertahun buat, tak ingat la pulak. Huhu.

Dah kena lock. Susahla tak dapat check email!

Tu la, dulu buat jawapan main-main. Tak nak buat yang betul2.. Sob sob..

Saturday, January 5, 2013

Layan lagu Barbie @ 25 y/o?

Assalamualaikum warahmatullah..

Ada sesiapa tak kenal Barbie Doll?

Mesti ada orang kata aku tak matang sebab aku sebut tentang Barbie Doll kan? Tapi, aku memang suka cerita Barbie, sebab lagu-lagu dia.

Kebanyakan lagu Barbie ni berunsur nasihat dan memberi semangat. Lagu yang menyentuh jiwa yang sedang berjuang. Ecece.

Jiwang.

p/s: Jiwa keanak-anakan lagi ke aku ni?

Friday, January 4, 2013

Dilema 25~

Assalamualaikum warahmatullah..

Nampaknya umur 25 buat aku rasa semakin berusia. Hee..

Suku abad dah umur aku. Apa yang aku dah capai? Tak rela nak jadi seorang yang semakin dewasa. Boleh tak aku nak, be lady but stay girl?

25 tahun.

(sumber: gambar lama)


Lain macam.



p/s: Umur bertambah, usia semakin singkat.


Thursday, January 3, 2013

Dah tak boleh duduk diam~

Assalamualaikum warahmatullah...

Sejak akhir-akhir ni, aku rasa tahap adrenaline aku memuncak la. Aku dah tak betah duduk diam dalam rumah. Cuti je, aku keluar. Cuti je, aku rasa nak keluar. 

Aku rasa nak involve dalam banyak aktiviti, tapi, tu lah. Aku tak ada lesen, tak ada kenderaan. Susah lah kalau aku nak involve dalam aktiviti-aktiviti yang memerlukan aku bergerak ke sana sini. 

Aku rasa nak join MERCY, nak join Aman Malaysia, atau apa-apa je.

Berangan!

Kerja je. Mana ada masa nak involve dalam semua tu. Sikit-sikit kena kerja double. Nak cuti pun susah. Huhu. Dalam mimpi la. Mungkin bila aku dah banyak duit sikit nanti, boleh la aku luangkan masa untuk kerja-kerja macam tu.

Hmm. Tapi, aku ada fikir nak habiskan cuti tahunan tahun lepas untuk bercuti ke, berkelah ke, camping ke, jungle trekking ke. Nak berjalan-jalan melihat alam.

"Berjalan-jalan melihat alam,
ciptaan Tuhan,
di langit, dan di bumi.."

Agak-agak ada tak kawan-kawan aku yang nak pergi aktiviti macam tu?

Tak tahan la duduk dalam kotak empat segi (bilik) ni!

p/s: Bila entah nak ambil lesen ni. Buku peraturan jalan raya tu dah jadi pekasam. Ngantuk je bila fikir buku. Aku shif malam sekarang ni.



Tuesday, January 1, 2013

Saat Kelahiran = Kematian~

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini 1 Jan 2013. Aku kerja dua shif (lagi).

Siang sangat sibuk, dan pada petangnya...aku menyaksikan kelahiran kandungan 20minggu lebih. Oh, tak, lebih tepat lagi keguguran secara spontan.

Aku saksikan depan mata semasa bayi kecil tu masih bergerak masa dia keluar dari rahim ibunya. Aku saksikan dia masih cuba bernafas dengan tali pusat masih utuh berpaut pada uri yang masih berada dalam rahim ibunya.

Hampir setengah jam, aku kira usianya bila dia menghembuskan nafas terakhir.

Aku rasa macam..aku tak mampu buat apa-apa. Memang kandungan tu sudah disahkan doktor berisiko tinggi dan kemungkinan besar tidak mampu bertahan. Si ibu menahan sakit dan menahan tangis.

Dan aku cuma mampu berdiri di sebelah mendengar keluhan. Aku tak belajar kebidanan, aku tak mampu buat apa-apa selain mengawasi apa yang perlu.

Aku ada jugak terfikir, bayi pramatang terkecil di dunia yang selamat umur berapa? Agak-agak boleh tak bayi tu cuba diselamatkan? Letak dalam incubator?

Rasa bersalah pun ada. Tapi, semua tu di luar bidang kuasa aku.

Search result: Bayi pramatang termuda yang berjaya hidup.

Kalau teknologi kat Malaysia secanggih kat sana mungkin boleh la selamat. Semuanya takdir. Ambil iktibar, kerana ajal ditentukan Allah.