Pengikut

Tuesday, January 1, 2013

Saat Kelahiran = Kematian~

Assalamualaikum warahmatullah...

Hari ini 1 Jan 2013. Aku kerja dua shif (lagi).

Siang sangat sibuk, dan pada petangnya...aku menyaksikan kelahiran kandungan 20minggu lebih. Oh, tak, lebih tepat lagi keguguran secara spontan.

Aku saksikan depan mata semasa bayi kecil tu masih bergerak masa dia keluar dari rahim ibunya. Aku saksikan dia masih cuba bernafas dengan tali pusat masih utuh berpaut pada uri yang masih berada dalam rahim ibunya.

Hampir setengah jam, aku kira usianya bila dia menghembuskan nafas terakhir.

Aku rasa macam..aku tak mampu buat apa-apa. Memang kandungan tu sudah disahkan doktor berisiko tinggi dan kemungkinan besar tidak mampu bertahan. Si ibu menahan sakit dan menahan tangis.

Dan aku cuma mampu berdiri di sebelah mendengar keluhan. Aku tak belajar kebidanan, aku tak mampu buat apa-apa selain mengawasi apa yang perlu.

Aku ada jugak terfikir, bayi pramatang terkecil di dunia yang selamat umur berapa? Agak-agak boleh tak bayi tu cuba diselamatkan? Letak dalam incubator?

Rasa bersalah pun ada. Tapi, semua tu di luar bidang kuasa aku.

Search result: Bayi pramatang termuda yang berjaya hidup.

Kalau teknologi kat Malaysia secanggih kat sana mungkin boleh la selamat. Semuanya takdir. Ambil iktibar, kerana ajal ditentukan Allah.


3 comments:

cik misi said...

tak terperi rasanya bila anak yang diharapkan untuk membesar didepan mata menghembuskan nafas terakhir... bila dah jadi mak neh, makin sensitif...nagis baca entri ckin..sedih. Ajal maut di tangan tuhan.. Dia tahu yang terbaik untuk kita...

Nurul said...

ya Allah, saya bersyukur kerana d beri peluang untuk bernafas :(

pha is said...

kematian tak mengenal usia...