Pengikut

Tuesday, January 31, 2012

Admin/Call operator vs Wellness consultant~

Assalamualaikum warahmatullah

Alhamdulillah. Berita yang aku terima melalui email telah membuka satu lembaran harapan untuk aku.

Asalnya, aku datang KL ni untuk interview kat syarikat teksi untuk jawatan:

(11am-5pm)
1. Admin clerk
2. Call operator

tapi, pagi ni aku check email, aku dapat satu email dari satu Wellness Group Coach International untuk interview pada jam 12pm sharp, katanya.

Kalau melihatkan map, aku rasa insyaAllah sempat kalau nak lari-lari ke sana sini. Aku ada pilihan untuk interview hari Khamis kat wellness group tu, tapi aku kena balik kampung esok. Mak ada hal hari Khamis, nanti tak ada orang jaga budak.

Lari dari bidang dah ke aku? Lantaklah. Aku cuma nak cari rezeki yang halal. Harap ini jadi batu loncatan.

p/s: Alhamdulillah. Aku sangat teruja dan berdebar-debar.

Monday, January 30, 2012

[Tulisan] Bunga juga punya resah~

Assalamualaikum warahmatullah


Fokus pada bunga je~



Tangkai leka senda
Angin endah tabur debunga
Semarak bunga mekar
Indah tanpa sedar
Mencuri pandang bola mata

Lenggok gemalai sang bayu
Bawa puisi-puisi berlagu
Khabar jauh haruman
Mengusik deria
Terpana sukma

Merah rasa mahu jadi putih
Lari enggan jadi panah
Menusuk kalbu-kalbu
Bimbang kalah
Sebelum tiba waktu


Sajak ni dah lama dah. Sebelum ni dalam blog lain yang aku dah tak aktif. Saja import semula ke dalam ni. Luahan hati kot. Kih kih.

p/s: Aku bukan penyajak. Cuma menulis suka-suka. Maaflah kalau tak berkualiti. 

Aku semakin berani?

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini, aku akan ke KL lagi. Kali ni aku menumpang rumah bekas kawan sekelas kat U (seorang pengajar). Nasibla dia sporting. Tq, Kak Liza.

Ye, aku akan pergi untuk interview kat syarikat teksi tu. Aku bawak adik aku sekali, untuk langkah keselamatan.

Walaupun hakikatnya aku memang sedikit takut nak ke tempat baru seorang diri, aku rasa aku dah semakin berani. Kalau aku yang sebelum ni mustahil aku akan buat keputusan untuk pergi macam ni. Aku akan fikir lebih 19ratus kali kot. Tapi, kali ni aku lebih cepat buat keputusan.

Mak aku berkali-kali suruh aku mintak tolong abang sulung atau sepupu aku hantar bila kat KL nanti- ke tempat teksi tu- tapi, aku tak nak. Aku rasakan aku dah cukup besar untuk berdikari. Lagipun, KL tu penuh dengan public transport, tak macam kat tempat aku ni.

Aku memang takut tapi, aku fikir, sampai bila? Aku kena lebih berusaha keras untuk mencari rezeki kan? Hidup aku selama ni terlalu confined (terkongkong) dalam bilik kecil dan dalam dunia aku sendiri je. Aku kena berusaha untuk lebih matang.


Break It!

Mungkin melihatkan kawan-kawan aku yang bekerja bersungguh-sungguh haritu, siap buat extra kerja, OT, aku jadi cemburu. Aku nak kerja jugak. Walaupun diorang ada mengadu kepenatan kerja, tapi, diorang berusaha pergi jugak demi sesuap rezeki tu.

Ye, aku harap aku akan jadi lebih matang dalam menjalani hidup aku. Aku tak boleh terus berangan-angan nak jadi kanak-kanak yang sentiasa gembira.

Aku bawak adik aku jugak dengan harapan boleh beri resume dia sekali. Kot lah boleh nak interview dia sekali, kan? Adik aku pun duduk saja tunggu result STPM. Dia pun pandai bercakap (lebih pandai dari aku). Kalau aku dengan dia sama-sama dapat, boleh la sewa bilik sama-sama kan? Panjang aku fikir.

Ah, tak nak fikir aku akan gagal! (Okay, dah terfikir dah pun). Tapi, aku harap ni akan jadi batu loncatan untuk aku selepas ni. Bila dah kat sana, senang sikit kot nak cari kerja yang bersesuaian dengan bidang aku.

p/s: Ramai orang cakap, aku tak matang. Ramai orang cakap aku kurang keyakinan diri. Yosh! cP, sila berusaha lebih lagi!

Sunday, January 29, 2012

Interview Kat Syarikat Teksi?

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku dapat email interview kat syarikat teksi sekitar Sri Petaling. Aku saja hantar tadi pagi, jumpa kat laman web part time. Bila aku tengok map- aku pening pulak macam mana nak ke sana. Nak pergi tak? Isnin atau Selasa boleh pergi interview.

Camne ni? Aku masih kat kampung. Harini dah Ahad.

p/s: Aku hantar resume adik aku pulak ke situ. Kot la leh sekali.

Bahaya- Laptoping sambil baring 18SG!

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah tak korang main laptop sambil baring? Memang seronok kan? Tak payah nak guna banyak tenaga. Rasa rilex. Lain la kalau korang ada ipad atau tablet kan. (Uh... Aku takde)

Ni lah bahayanya kalau main laptop sambil baring. Budak malas punya balasan.

 .
.
.
.
.
.
.
.
..
.
.??
?
?


 .?!!!
!!!
??!?!?!
?!?!?!?!
?!?!
?!?!
.
.
.
.
.
.
.
.?
!
!?!?
?!?




Serius sangat sakit. Hidung aku yang mancung ni pon rasa dah kemek sikit. Nasib la berdarah sikit je. Tak la meleleh-leleh. Dah dua hari jadi masih rasa tak sedap je hidung ni, ditambah dengan selesema. Wahaha.

So, kalau rasa diri tak stabil, takyah la nak baring sambil main laptop. Malu weih. Nasib baik tak ada orang saksikan.

Nak beli iPad/tablet tak mampu, nak jugak baring sambil main laptop.

p/s: Hari ni dah tak mengurung diri dalam bilik. :)

Demam~

Assalamualikum warahmatullah..

Dah berapa hari tak sihat. Tak ada hati nak online.


p/s: Stress kot.

Wednesday, January 25, 2012

Bukan aku saja~

Assalamualaikum warahmatullah.

Read this.

Bukan private graduate je.

p/s: Cari laki kaya, kawen, duk rumah goyang kaki. Salah satu option yang bagus.

Cepat sangat melatah~

Assalamualaikum

Aku cepat sangat melatah ke? Baru dengar berita baik sikit dah teruja. Baru ditimpa susah sikit dah menderita. Aku terlalu cepat melatah ke?

p/s: Mimpi dah dapat kerja. Lucu kan?

:)

Tuesday, January 24, 2012

Buang masa ni ha~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kan line internet tak betul dah, ni la aku buat. Mengkaji. Semua takyah letak signature lah.

p/s: Diajak gi picnic ke sungai. Berat hati nak pergi.


Cubaan ke 4 kot.


Cubaan kedua

Cubaan ke 5







Cubaan pertama 

Yea, yea Line Dah slow~

Assalamualaikum warahmatullah..

Nak beritahu ni, aku tak dapat buat banyak benda sekarang. Mungkin akan kurang komen, kurang jalan-jalan ke blog korang semua. Sebabnya, aku dah terlajak guna bandwidth celcom brodband aku. . Kalau ada kelapangan akan jalan-jalan semampunya. Sekian terima kasih.

p/s: Dear Dr. Charajeet Singh, please accept me as your clinic nurse. Thank you. Ehehe.

Monday, January 23, 2012

Apakah pintu mula terbuka?

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah menjalani hidup sekejap. Ingatkan belum nak bukak blog, tapi ada urusan kena bukak email, maka, blog juga memanggil-manggil.

Tadi, tengah fokus melukis-lukis guna paint.net, aku dikejutkan dengan panggilan telefon. Terkejut la, tiba-tiba kawan aku telefon. Takkan dah rindu? Haha.

"CD ni. cP nak tak kerja dengan doktor ni? Dia nak pakai nurse. Tapi, dia suruh hantar resume."

"Ha? Apa ni? Tak faham." Aku sangat blur masa ni. Apa ni? Tak faham la pulak.

"Ni CD la. Kenapa cP ni?" Kawan aku pun pelik dengan aku.

"Yela. Tau. Tapi, tak faham. Nak pakai nurse apa ni? Doktor siapa? Kat mana?"

Rupanya, ada doktor kat Glen tu nak cari clinic nurse, sebab clinic nurse dia nak bersalin. Dia nak minggu depan. Kawan aku tanyakan untuk aku. Dia nak tak kalau fresh gradute. Dia kata tak kisah, bangsa apa-apa pun dia tak kisah. Maka, dia mintak resume aku dulu. Kalau-kalau dia nak panggil interview. Kawan aku pun hantarkan la email.

Sebab tu lah aku tergesa-gesa bukak email ni. Siap silap hantar email kosong tak attach resume. Punya la aku gelabah.

Aku memang mengharap. Doakan aku (hari-hari aku mintak kan?)

p/s: Adakah pintu-pintu yang dijanjikan mula terbuka? Ya Allah, bukakanlah pintu-pintu rezeki untuk kami dan jadikanlah kami orang yang bersyukur. Amiin.

Officially, new image and my concern over the job!

Assalamualaikum warahmatullah.

Okay, akhirnya aku dah buat keputusan. Buat masa ni, inilah imej baru blog aku. Memang masih amatur, tapi, aku nak belajar perlahan-lahan. Aku ada banyak masa lapang kot. Anak buah aku sekarang duduk kampung sana- tak payah jaga. Tak tau la kalau tau aku dah balik jap lagi dia balik jugak. Uhuhu.

Soal kerja? Aku ada beberapa perkara dalam pertimbangan:

1. Ada satu offer kerja bergaji lumayan ( RM2.5 k) asalkan ada degree tak kisah bidang, train sebulan. Yang peningnya, kontrak setahun. Setahun adalah sekejap. Kerja angkat telefon, kalau balik lambat ada teksi hantar sampai depan rumah tu.

But,

1. Ada akak blogger yang baik hati beritahu, ada satu dialysis center nak bukak dalam bulam Februari, mungkin boleh cuba.
2. PPUKM akan bukak tawaran jawatan dalam bulan Mac.
3. Ada ura-ura pilihanraya dalam bulan Mac. Mungkin ada rezeki nak kerja kerajaan - mengharap.

Walaubagaimana pun ,

1. Boleh je hantar resume kat tempat bergaji lumayan tu. Untuk cuba kalau-kalau tak dapat yang lain.
2. Boleh je kerja setahun baru kerja nurse balik untuk kumpul duit.

Namun,

1. Lesen jururawat tak boleh diperbaharui kalau tak kerja kan? Kena kumpul markah baru boleh baharui. Kalau tak, kena ambik exam semula la. Tak pasti ni.

Oleh itu,

Aku terus goyang kaki, hantar resume sana sini dan berdoa. Mungkin akan hantar resume kat tempat bergaji mahal tu. Ada sesiapa nak kerja tu? Boleh cuba. Nanti aku beri nama kat si pemberi maklumat.

p/s: Penat duduk. Berehat blogging, nak menjalani hidup sekejap.

Blog aku silau sangat?

Assalamualaikum..

Berkat kegigihan aku yang tak la rajin mana, akhirnya aku ambik keputusan untuk guna template ni buat sementara. Aku boring dengan color. Hehe. Tapi, kenapa aku rasa blog aku silau sangat dengan warna putih ni? Korang rasa? Atau kesilauan mata aku dah makin menjadi-jadi sebab menghadap benda alah ni?

Aku memang nak buat sendiri. Terima kasih yang offer nak tolong. Saja, sambil-sambil nak belajar buat nih.

p/s: Duk goyang kaki. Adik aku ada, lantak lah. Lalalala.

Sunday, January 22, 2012

Blog Reconstruction ~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah malam sangat rupanya. Aku pun tak sedar. Buat pengunjung yang dihormati dan dikasihi, blog aku sekarang tengah reconstruction. So, kejap pening-pening la keadaan blog ni. Harap maaf.

Terima kasih sudi datang.

p/s: Tetiba rajin plak mek nih.

Aku ni kat negara mana?

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini, seperti yang aku dah beritahu, aku balik kampung. Aku naik bas lah macam biasa. Maka, aku ke stesen bas awal sebab kalau aku dah bersiap aku tak boleh duduk diam. Mesti nak keluar punya.

Ok, back to the topic. Aku sampai dalam pukul 12.30pm. Mengikut andaian aku, dek esok Chinese New Year, maka, ramailah orang bercuti dan mereka juga nak naik bas. Sebelum menunggu solat Zohor, aku yang dah beli komik duduk la kat tempat menunggu sambil baca komik.

Lepas solat Zohor, aku duduk kat depan platform menunggu, platform 11 / 12 tulis kat tiket tu. Aku bosan. Maka, mata aku menerawang. Mencari idea untuk tulis dalam blog ni lah.

Aku sedar sesuatu, aku terasa sangat asing dan takut. Sebab kebanyakan kat situ orang asing! Aku rasa macam aku je yang berada di tanah asing. Bukanlah aku sengaja nak prejudis terhadap orang asing, tapi, lambakan mereka ni buat aku rasa tak selamat di Bumi sendiri. Lagi-lagi aku ni dah sah-sah penakut.

Korang rasa tak apa yang aku rasa? Dah lima tahun aku duduk kat bandar besar tu, aku dapat rasa perubahannya. Memang makin banyak. Kat kampung aku pun dah ada. Lepas aku tamat belajar haritu, memang aku terkejut. Mak aih! Kenapa pekan kecik aku pun dah jadi pusat cari rezeki pelbagai negara ni?

Aku ni kat Malaysia ke, kat mana? Atau aku patu bangga, Malaysia dah jadi lubuk cari rezeki - ala macam Amerika. Erk. Macam tak best je.

p/s: Berbual dengan abang sulung aku memang buat aku rasa lega. Aku dan dia ada pemikiran lebih kurang sama. :)

Aku meletup!

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Aku dah sampai kampung walaupun sampai sekarang hati aku masih keberatan. Lagi-lagi tadi masa aku dah dalam bas, lagi beberapa kilometer je nak sampai destinasi, kawan aku telefon kata ada orang nak cari personal nurse untuk sementara. Kalau aku masih kat sana, mungkin aku dah setuju dan boleh mula serta-merta. Aku terpaksa lepaskan dengan berat hati. Bukan rezeki la kot.

Dengan kekusutan yang melanda minda, hati dan sanubari (ceh), bila aku sampai je kat pekan aku telefon la mak aku. Tapi, akhirnya aku diberitakan bahawa tak ada sesiapa kat rumah nak ambik. Ok, adik aku dah mentafsirkan mesej aku dengan pening. Aku memang sangat bengang (memang geram tahap gaban Z la kalau aku guna perkataan bengang) dan marah sampai aku meletup tadi. Kesian adik aku. Tapi, aku memang selalu risau dengan cara dia mentafsir sesuatu ayat yang aku sampaikan. Selalu  jadi salah faham.

Azan Asar pun tadi tak mampu meredakan marah aku. Aku berisgtihfar beberapa kali tapi marah tu masih ada. Akhirnya, aku pun buat keputusan untuk membersihkan diri dan segera menunaikan solat Asar. Alhamdulillah, aku dah sejuk sikit dan aku jadi rasa bersalah kat adik aku.

Oleh itu, aku pujuk dia tanpa kata-kata, aku just bagi dia komik yang aku baru beli tadi dan jugak brooch yang aku beli untuk dia. Dia cakap, "terima kasih." Legalah aku. Harap dia tak kecik hati. Ha'a. Aku memang ego sikit bab sebut mintak maaf. Aku cuma reti tunjuk dengan perbuatan. :P

Oh, aku marah tadi sampai nak nangis. Lucu tul. Nasib baik sempat control. Hahaha.

p/s: Rasa nak cari kerja kat bandar pulak. Nampak beberapa klinik tadi. Hmm..

Kau buat aku ingin tahu~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah seminggu aku duduk sini dan ada seseorang yang menarik perhatian aku. Setiap pagi atau setiap petang, suara dia akan menggetarkan jiwa aku. Air mata aku pun rasa ringan je nak tumpah.

Mula-mulanya, aku tak sedar suara dia. Bila dah berhari-hari aku duduk sini, baru la aku perasan ia adalah seorang remaja lelaki menjual kuih, nasi lemak dan pelbagai makanan lagi.

Aku kagum. Di bandar besar ini, ada budak lelaki yang seperti dia. Aku tanya kawan aku, siapa tu? Dia cakap, budak tu memang selalu jual macam tu. Dia akan pergi ke setiap tingkat apartment ni (16 tingkat) dan mempromosikanbarang jualannya.

"Kuih...kuih...." "Bihun goreng..." "Karipap...apam.." Nasi lemak..."

kredit: google.  (budak tu tak jual kat gerai, dia jalan kaki)


Setiap kali aku dengar, aku terasa nak je jengah keluar dan tengok muka dia. Setiap kali jugak, aku terasa nak je beli. Tapi, kawan aku selalu dah siap-siapkan makanan.

Kawan aku ada cakap, budak tu selalu kena ejek dengan budak-budak lain kat apartmen ni. Tapi, dia tetap teruskan jugak. Mungkin dalam hatinya ada marah, tapi, dia tahankan aje dan terus jugak menolong ibunya. Aku sangat kagum!

Setiap hari. Kalau hari sekolah setiap petang dia akan meniaga. Kalau hari cuti, pagi petang dia tolong ibunya. Budak zaman sekarang ni, tak ramai yang macam tu. Baru mintak tolong buat kerja sikit pun kadang malu dengan kawan-kawan. Tapi dia tak

Dik, walaupun akak tak pernah nampak kamu, tak pernah beli makanan kamu, tapi akak doakan adik beroleh keberkatan dan berjaya dunia akhirat ye?..Amiin.

p/s: Hujan turun lebat.

Nukilan aku : Promote lagi~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kepada pengunjung baru dan lama, aku saja nak hebahkan cerita aku. Hehe. Takpe kan? Nama pun blogger. Dah tak ada idea baru nak menulis buat masa ni.


Baca lah kalau sudi. Saya suka kalau ada orang baca.


1. Cerita Cinta Satu Hari

2. Insan Terpilih


Buat masa ni semua cerita jiwang-jiwang. Mood jiwang je kot (hari-hari dengar cerita kawan nak kahwin..Hak hak)

p/s: Aku tak punya keberanian melahirkan suara hati yang terpendam kian lama. Aku pemalu. :P

Saturday, January 21, 2012

I've been holding~

Assalamualaikum...

T_T <----tersimpan kemas dan rapi. Tak mau keluar. Ok, aku menahan diri. Terima kasih.

p/s: Ada benda nak cerita tapi, dah lupa. Padan muka. Tadi tak nak tulis terus.

Terlajak beli tiket, kena balik~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Aku dah selamat pergi dan balik dari beli tiket. Maklumlah, kena naik bas sendiri. Memang aku seram sejuk tadi. Sampaikan masa beli token kat stesen LRT tadi pun tangan aku masih pucat lesi.

Dah lama sangat tak berurusan sendiri. Sepanjang perjalanan, aku tak mampu nak berhenti berfikir. Macam-macam aku fikir. Aku terasa usaha aku mencari kerja kat sini masih belum cukup. Betul ke aku nak balik dah?

Aku rasa nak je singgah mana-mana cari kerja. Aku tak reti nak jalan sorang-sorang, so, tak kot. Aku tengok-tengok ke luar kot2 nampak kawasan yang banyak klinik. Tapi, aku tau, aku takkan turun pun.

Sampai kat stesen, aku lega jugak aku buat keputusan balik esok. Terpampang dah, 'TIKET HARINI HABIS'. Okay. Aku memang ditakdirkan balik esok. Aku ambik tiket sebelah petang sikit biar tak tergesa-gesa.

Lega je bila dah beli tiket. Aku terus balik, tak singgah dah mana-mana. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang maka, aku akan balik esok. That's it. It's tomorrow. I'll be going home with no job yet. I hope they understand and will not complain. I will be very sad if they do.

p/s: I want to call someone, but she seems busy. I miss you, you know?

Aku ingin pulang..~

Assalamualaikum warhamtullah..

Sebelum ni, aku beritahu orang kat rumah nak balik hari Sabtu. Hari ni dah hari Sabtu. Adakah aku akan balik kampung hari ni?

Buat pengetahuan, aku sangat berat hati nak balik sebab tujuan asal aku nak cari kerja tak berhasil. Aku tengah pujuk diri supaya tabah menghadapi semua ni - okay, ayat novel.

Rasa macam tersia-sia datang sini, tapi, mungkin inilah usaha yang perlu aku buat untuk dapat kerja suatu hari nanti. Kan kawan aku dah kata, Allah nak bukakan pintu lain untuk aku? InsyaAllah.

Aku harapkan doa semua orang je. Orang kata, doa yang makbul adalah bila orang yang didoakan tak tau kita doa untuk dia. Lebih ikhlas mungkin. Doa kat aku rahsia2 ye? Amiin..

Hari ni, aku nak pergi beli tiket je. InsyaAllah balik esok- berat hati. Dah pesan siap2 kat adik, jangan tanya dapat kerja tak. Nanti aku tensen. Boleh tak?

Kawan-kawan aku ramai cakap, tak payah balik dulu. Stay je la dulu, cari lagi. Aku tau diorang baik hati nak kasi aku tumpang walaupun lama Tapi, mak aku dah tanya. Mesti dia risau aku duduk sini sorang-sorang tak ada duit. Aku janji seminggu je nak duduk sini. Aku pun serba salah macam ni duduk rumah diorang.

Always thinking about my future - but I think, sometimes, my brain is tired.


p/s: Sedaya upaya pujuk diri. Please show me the way.

Cicaktersepit Bloglist.

Assalaikum warahmatullah.

Dah terajin join segmen, hari ni aku nak join bloglist cicaktersepit pulak. Klik pada banner untuk ke sana ye?

Saya dah follow kamu. Harap dapat menambah kenalan dan followers saya. Ehehe.

"Life is not as awesome as you think" <--ini tagline kawan kita ni.

But it can be as awesome if you learn to enjoy and appreciate it. <--ini respon aku. Hehe.

p/s: Aku harus pulang. Maafkan aku kalau aku tak bawa berita gembira.

Fear of Rejection~

Assalamualaikum warahmatullah.

Wow, English day! Haha. With my low level English, I would like to talk about this thing so called fear of rejection. It's just pop out of my mind because of an entry by a certain someone, whom I think better be kept in secret.

Certain people close their doors to others. They feel that it is the best way to protect themselves. They might said that they just don't want to hurt anybody or they are protecting themselves as per say. However, fear of rejection can be the cause.

Because of something that happened in the past, they feel like they are not worth to be with. They are protecting their selves as they fear being abandoned in the future so, they end up not starting any relationship.

In connective behavioral therapy, the therapist would help in order to change the way of this kind of people think. They believe that the way we think will affect the way we act and how people react to us.

example:

Miss A saw a very nice gentleman and think, "He's so handsome and nice. But, I guess he will not look at me at all."

The result would be, she avoid the nice gentleman and he miss the chance to meet her.

Or it could be, she make a face as she look at him, and he would feel the negative aura written on her face.

If she was able to think rationally," He's so handsome. He might not look at me but there's no prove he will not. Maybe I should just walk naturally."

The result, the man might see her and only God knows what will happen. She already grabbed the chance!

So, fear of rejection sometimes haunt you a for a very long time that you end up feel miserable and pathetic. But, cheer up! When the time comes, you would see that the future is so bright if you want it to be to.

When God close a door for you, he is opening another one that is much much better for you to enter.

p/s: Kawan aku cakap, "Mungkin kau tak dapat kerja sekarang ni, sebab Allah nak kasi kerja yang lebih baik untuk kau."
 Dan seorang kawan lain cakap, "when God close a door, he will open another window for us, believe it"

Friday, January 20, 2012

Camne Perasaan Kawen ngan Artis?~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kawan aku tanya soalan ni. Camne rasanya kawen dengan artis ye?

Kawan sorang lagi jawab. "Tak tau la. tak pernah rasa lagi."

Cuba test.

Masalahnya, tak ada artis nak kat aku. Hahaha..

Merepek je!

p/s: Nikah kahwin ni, perkara serius. Jangan nak test2 ye. Kekgi nikah, pastu tak happy cerai pulak. Jauhkan lah.

"Jom Tambah Geng Blogger" by Nadia~

Assalamualaikum warahmatullah..

Dah lamanya aku tak join segmen mahupun contest. Kenapa aku tak join? Sebab syarat-syaratnya aku tak dapat patuhi sepenuhnya.

Kali ni, dia mintak id FB, aku tak dapat kasi. Tapi, aku nak masuk jugak contest ni. Saja nak bagi meriah.

Cik Nadia ni mempunyai blog berwarna pink. Bilangan followers masih belum ramai dan aku kagum dengan usaha dia buat segmen ni. Tak macam aku, aku masih tak rasa layak nak buat contest- ok, duit tak dak nak kasi hadiah.

Syarat dia jugak kira senang sangat banding orang lain. Maka, aku dengan ini merasmikan, aku nak join!

Boleh kan cik Nadia, walaupun tak kasi link FB?

Cerita Cinta Satu Hari II?

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari tu aku ada publish satu cerpen pendek atas tajuk Cerita Cinta Satu Hari. Kepada sesiapa yang belum baca boleh la sudi-sudikan baca ye?

Selepas aku menulis cerita tu, aku menerima beberapa respon yang menggalakkan aku. Kawan aku kata, aku kena sambung cerita tu. Hari ni pun, seorang kenalan kata aku kena sambung cerita Amani ni. Sebab dia kata, cerita tu dah buat dia terpikat.

Aku pun ada terfikir, cerita ni akan habis kat sini je ke?

Korang rasa macam mana? Patut ke aku sambung cerita ni? Kalau atas dasar desakan mungkin nanti cerita tu dah takkan ada uppmh. Kan? Aku kena fikir masak-masak.

p/s: Mungkin inspirasi akan datang lagi. Siapa tahu?

Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee~

Assalamualaikum warahmatullah.

Okay, Ally dah kahwin. Aku pasti ramai orang tengah heatbreak sekarang. Tipu la kalau kata tak ada sesiapa yang rasa, alahai, nak kawen dah dia ni? Dulu sibuk tanya, bila lah dia ni nak kawen, kan? Kan?

Sepanjang aku membesar, aku rasa Ally Iskandar ni adalah salah satu personaliti yang diminati ramai orang. Dari golongan budak, remaja, pemudi malah mak-mak orang. Ramai jugak orang ternanti-nanti siapalah yang bakal menjadi suri hatinya.

credit: beautifulnara.com
Hari ini, dia telah bergelar seorang suami. Tahniah.

Farah Lee. Seorang gadis yang telah menggemparkan dunia hiburan kerana dialah akhirnya yang berjaya merebut hati lelaki ini. Siapa dia dan macam mana diorang jumpa, aku yakin korang dah banyak kali baca kan? Malah blog dia pun dah capai tahap riban-riban followers.

Nikah jugak dia ye? Teringat zaman-zaman remaja masa semua sibuk kata,

"Ally aku punya. Dia nak kawen tunggu aku la tu."

Semua orang sibuk berebut. Dan sekarang pulak timbul kata-kata,

"Ala, kenapa dia tak tunggu aku?"

"Dia dah tak sabar tunggu aku lama sangat. Aku pun izinkan je dia kawen. Tak pelah. Aku bukan apa, malas la nak glamor-glamor ni."

Okay, semua pernyataan perasan tak ingat dunia. Tahniah buat pasangan yang melangsungkan pernikahan hari ni. Tak kira la korang artis ke retis, hari ni korang raja. Semoga Allah memberkati majlis kalian. Amiin.

p/s: Hari-hari dengar kawan cakap, "Aku nak kahwin." Aku mampu doakan aje. Nak carikan pun aku tak kenal sesiapa. Maaf deh..

Macam-macam hal!

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam pagi Jumaat. Semoga hari kalian sentiasa dicucuri rahmat dan keberkatan Allah.

Aku duduk seorang diri kat luar bilik kawan aku. Aku baca tajuk-tajuk blog dan menjenguk artikel yang menarik perhatian. Aku sedar, bahawa akhir-akhir ni banyaknya kes-kes yang mengundang kontroversi dan ia seolah-olah sengaja dibuat atas dasar musim dan mencari publisiti. Aku pun tak pasti yang mana benar, yang mana salah.

Kes Ilmu Hitam Artis:

Mula-mula kes ni cuma berbunyi suma-suam kuku. Dari satu kes ke satu kes dengan jarak masa yang panjang. Tapi, sekarang seolah-olah semua hal yang berlaku ada kaitan dengan ilmu hitam. Bukan aku tak mau percaya, tapi, adakah ia satu trend?

Mungkin saja ia dibangkitkan untuk mencari populariti yang kian merudum, mungkin saja ia salah faham maupun serkap jarang dan mungkin juga ia benar-benar terjadi.

Soalnya, kenapa? Begitu pentingkah hidup di dunia sehingga kita sanggup melakukan perbuatan yang jelas nyata syirik? Tak takut ke dengan hukum Allah? Bila dikaitkan dengan perkara-perkara macam ni, bukan ke ia akan menghantui hidup sepanjang hayat?

Sedangkan dalam industri hiburan, punya lah bersepah kisah-kisah pengajaran yang difilemdramakan berkaitan ilmu hitam. Tak takut ke? Rasanya, pengakhiran cerita yang jahat selalu kalah. Atau adakah dari kisah-kisah macam ni kita mencedok idea?

Sayangnya hidup kita yang singkat ni. Tersia-sia dek perkara sementara hingga menyekutukan Allah Yang Esa.

Kes Ugut Melalui Laman Sosial

Ini satu hal lagi. Aku memang tak dapat nak faham. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Dah besar sangat ke sampai nak ugut bunuh la segala? Hebat sangat? Nanti kena tangkap menangis merayu mintak pengampunan. Kecik-kecik nak jadi samseng, dah besar nanti nak jadi apa? Kita ni, orang muda, harapan untuk negara, harapan untuk agama, macam ni ke cara kita? Aku bukan nak masukkan isu politik dalam ni, tapi, begitu ke cara nak memprotes?

Tunjuk hebat dalam laman sosial boleh la. Cuba datang depan mata, mai aku nak tengok. Baru sergah sikit dah ketar lutut. Lagi  nak main ugut-ugut. Dah jadi kes polis baru nak sedar. Mula masa buat tu tak takut?

Aku malu. Malu kerana semakin hari, hidup kat Malaysia ni dah jadi macam ni. Aku mencari-cari arah yang patut aku tuju, tapi, aku nampak semua buruk saja. Aku baru nak hidup. Tapi, dunia luar nampak begitu menakutkan.

                    *                                     *                                      *                                       *

Pertama kali kot aku berani nak komen macam ni. Aku memang tak suka sangat cerita hal orang. Tapi, sampai bila nak hidup macam ni? Revolusi yang di cari tu, adakah dengan caci maki dan perbuatan syirik? Itu ke makna revolusi? Kita ada adab sopan, kita ada agama. Fikir elok-elok la kawan.

p/s: Aku juga ingin jadi pejuang. Tapi, sebelum itu aku perlu memperjuangkan nilai dan norma yang aku yakini (imani) dalam peperangan menentang aku sendiri.

Thursday, January 19, 2012

(Nukilan) Insan Terpilih!~

Assalamualaikum warahmatullah kepada pembaca budiman.
Entah apa yang buat aku ingin menukilkan lagi cerita. Silakan. Harap ia menghiburkan.

-Mula-

"Aku suka kau lah!" Aku menjerit. Biarlah apa orang nak kata. Aku dah penat berselindung. Kenapa dia asyik mengusik aku? Aku puas mengelak. Aku puas berdalih. Kenapa dia suka sangat menyakat aku yang jujur dan naif ni? Mungkin muka aku sekarang merah padam. Aku dapat rasakan darah mengalir cepat ke pipi aku. Geram!

Muka Aqil berubah. Tercengang. Aku tak tahu apa yang dia fikirkan. Aku malu. Ingin saja aku lari dari situ. Nina datang membawa dua botol air mineral sambil tersenyum. Aku cepat-cepat membalas senyumannya. Aqil pun begitu. Nina menghulurkan air mineral tersebut kepadaku. Aku ambil dan cepat-cepat minum. Lega. Muka aku yang tadi rasa panas kian sejuk semula. Sesekali aku menjeling ke arah Aqil. Muka dia tenang saja. Kami berjalan. Aqil dan Nina berbual seperti biasa. Aku ikut saja dari belakang. Diam-diam.

"Ah, Lara. Jom makan kat McD nak? Aku belanja. Eh, Aqil belanja," kata Nina memandang Aqil tersenyum. Mereka akan bertunang tiga minggu lagi. Hari ini, mereka keluar mencari tudung untuk hari pertunangan mereka. Aku, seperti biasa, peneman setia Nina apabila dia keluar dengan Aqil. Aku tak perlu keluar sesen pun, maka, aku ikutkan saja. Aku juga tak mahu mereka keluar berdua saja. Tak manis, mungkin.

Sampai di restoran makanan segera dengan huruf M berwarna kuning itu, Aqil mempelawa aku duduk. Nina menuju ke kaunter. Aqil menurut saja. Aku duduk diam. Mereka nampak bahagia. Aku ingin tersenyum untuk mereka, tapi, hati aku seolah dirobek dengan pisau tajam. Beberapa kali aku beristighfar. Kenapa aku ni? Kenapa aku cakap macam tu dengan Aqil tadi? Malunya lah! Rasa nak balik je.

Nina kembali dan duduk di sebelahku. Dia menggenggam tapak tangan kananku dan terseyum lagi. Hanya senyuman yang aku lihat di wajahnya hari ini. Mungkin sejak hari dia menyatakan keputusan untuk bertunang dengan Aqil. Senyuman sentiasa bersamanya. Dia pandang wajahku dalam-dalam buat aku rasa malu. Kenapa dia pandang aku macam ni? Aku rasa macam dia sedang membaca fikiranku.

"Lara, kau okay ke?" Tanyanya dengan lembut. "Kalau kau tak selesa keluar dengan aku dan Aqil, kau cakaplah. Aku faham." Ye, aku tahu dia faham. Dia tahu perasaan aku terhadap Aqil. Dia tahu sangat. Cumanya, dia juga tak mampu berbuat apa-apa. Dialah bakal tunangan Aqil. Dia yakin Aqil adalah jodohnya. Aqil sajalah yang telah mengetuk pintu hatinya.

"Aku tak apa-apa. Kau ni. Janganlah risau sangat. Aku tak kisahlah. Setakat Aqil, macam lah aku kisah," ujarku. Aku tipu. Memang aku dah puas menipu. Saat Nina menyatakan hasratnya untuk menerima kehadiran Aqil sebagai raja dalam hatinya, aku mula menipu. Aku senyum.

"Aku sayang kau lebih tau," aku tak pasti sebenarnya. Aku tak pasti siapa yang aku sayang. Mungkin juga aku terlalu sayangkan mereka, maka, aku ingin mereka bahagia. Bersama, mereka berdua sahaja tanpa aku jadi orang ketiga. Biarlah aku menipu sebegini. Mereka terlalu berharga untuk aku korbankan demi kepentingan diri.

Selepas makan, Aqil menghantar aku pulang. Nina terlebih dahulu turun kerana dia ada urusan di tempat lain. Dia siap berpesan supaya Aqil menghantar aku sampai ke depan rumah. Jangan biarkan aku berjalan seorang diri di kawasan perumahanku yang aku telah duduk lebih tiga tahun. Begitu dia menjaga aku. Aku tak mungkin mengkhianati dia. Aqil seperti cuba membuka bicara. Agak lama dia teragak-agak untuk bersuara.

"Weih, kau apa pasal diam je? Takkan merajuk kot?"

"Apasal pulak aku nak merajuk? Kau ingat aku kau ke? Sikit-sikit nak merajuk," ujarku. Sengaja aku menyakat supaya suasana tak jadi janggal.

"Sorry lah. Kau marah ke aku asyik usik kau. Tapi, kau tau kan aku anggap kau macam kawan baik aku? Kau kan kawan baik Nina, maksudnya, kau kawan baik aku jugak." Sedaya upaya dia menerangkan nampaknya.

"Ye. Kau dengan dia kan kawan baik aku. Aku tau la tu. Tapi, tak payah lah kau asyik-asyik nak usik aku. Sikit-sikit tanya bila aku nak kahwin. Cakap aku tak ada siapa orang nak lah. Menyampah aku!" Luah hatiku. Biar dia faham.

Aqil senyum saja. Dia mengangguk. Dia juga nyatakan bahawa dia tak sengaja buat aku marah. Selalu pun aku layankan aje usikannya. Kali ni, aku naik marah pula. Pasti dia kaget. Bukan dia tak tahu perasaan aku pada dia, cuma dia kaget aku berani suarakan kenyataan tu.

Semua orang tahu aku sukakan Aqil. Nina tahu, Aqil tahu. Kami sama-sama tahu. Tapi, Aqil memilih Nina. Nina juga memilih Aqil. Cuma aku bukan insan terpilih. 

Akhirnya, hari yang ditunggu tiba. Nina menjemput aku ke rumahnya sejak semalam. Malam tadi, kami berbual panjang. Nina menyatakan debaran hatinya sebelum menjadi tunangan orang. Aku juga punya debaran yang sama, Nina. Tapi, atas sebab yang berbeza dan punya rasa berbeza. Aku sedih tapi, aku tak boleh sedih. Kau faham tak, Nina?

Sekejap saja, majlis selesai. Saat ibu Aqil menyarungkan cincin di jari manis Nina, aku rasakan diriku menggeletar. Pucat. Tapak tanganku sejuk dan berpeluh. Kalau saat ini aku memegang sesuatu, mungkin barang itu jatuh. Lemah.

"Tahniah, Nina. Kau cantik hari ni," ucapku entah ikhlas entah tidak. Aku tak mampu membuat keputusan. Nina senyum lagi. Air matanya tiba-tiba mengalir. Aku jadi keliru. Alamak! Kenapa pulak ni?

"Nina? Kenapa kau menangis? Ala.. Janganlah macam ni. Tengok, habis make up kau, tau tak?" Aku ambil tisu dan mengesat air matanya. Janganlah menangis. Air mata aku mungkin akan mengalir juga kalau kau begini, Nina. Tolonglah jangan hancurkan dinding yang aku bina untuk melindungi perasaan aku yang berbelah bahagi ni. Aku sudah berusaha dengan sangat kuat untuk berada di sini.

Nina menggenggam tanganku. Makin lama makin kuat. Air mataku tak terbendung. Dalam kamar itu, kami berdua akhirnya menangis. Mungkin orang di luar mampu mendengarnya. Tapi, kami sudah tak peduli lagi. Air mata kami berjujuran dan kami teresak-esak. Nina memelukku seperti yang selalu dia lakukan. Hati aku seperti dihancur leburkan. Kenapa aku punya perasaan pada lelaki milik Nina? Kenapa Nina memiliki lelaki yang aku suka? Aku malu situasi jadi seperti ini. Aku adalah orang ketiga yang tak mungkin menggugat kasih mereka.

Mesej masuk,

Wei, ko kat mana? Mana Nina? Kenapa korang belum keluar lagi? Aku nak balik dah ni?

Aku tekan butang reply dan meminta dia menunggu sebentar. Aku tergelak melihat Nina. Begitu juga dia. Kami membersihkan muka kami yang pasti hodoh dengan air mata. Nina bangun dahulu dan keluar. Aku menyusul kemudian. Dari jauh aku perhatikan Nina bersalaman dengan ahli keluarga Aqil. Aqil nampak bahagia. Aku pasti harapannya semakin membunga. Dia amat harapkan gadis itu, teman baikku, menjadi suri hidupnya. Hari ini, dia selangkah lebih dekat dengan impiannya itu.

 Dia pandang aku dan senyum. Mengangkat kening, mungkin menyatakan rasa puas hati dan bahagia. Aku mencebik. Malas aku nak layan! Suka la kau kan? Aku mengangkat dua tanganku dan menunjukkan dua ibu jari tanda bagus. Dia membalasnya.

Malam itu, di rumah sewaku yang sunyi, aku termenung panjang. Sunyinya. Semua orang balik kampung. Aku membuka komputer riba dan melihat semula gambar-gambar aku bersama Nina. Ada beberepa keping gambar Aqil dalam simpanan aku. Aku beristighfar beberapa kali dan membuat keputusan. Aku padamkan semua gambar Aqil. Kemudian, aku mencapai telefon bimbit dan mencari nombor lelaki itu. Dia bakal tinggal sejarah.

Aku tak suka kau lah!

Mesej dihantar. Aku menarik nafas panjang dan cuba untuk tidur. Aku pasti, malam ini bakal panjang.

credit to : Google

p/s:  Adakah aku cuma melarikan diri dari realiti dengan duduk kat sini? Aku ingin pulang, tapi, aku ingin pulang dengan berita gembira.

No Money, No Love~

Assalamualaikum warahmatullah.

No Money, No Love.


What do you think?

p/s: aku pinjam ayat kau la, kawan lama. Hehe.

Tembok pemisah~

Assalamualaikum.

Hari ini hari Khamis. Sudah lewat malam. Aku tertanya.

Salahkah aku dirikan tembok pemisah antara aku dan dunia?

Biarlah aku menjaga hatiku.

p/s: kawan lama, hormati aku ye?

Wednesday, January 18, 2012

Eh, rasa tak sedap hati pulak.

Assalamualaikum warahmatullah.

Prang..!! Gelas yang dipegang terjatuh dan pecah. Terus jantung mengalami perubahan dan berdenyut dengan pantas.

"Aduh!" Jari tiba-tiba terluka dek hujung kertas yang tajam. Tiba-tiba rasa tak sedap hati.

Credit to: google


"Opocot!" Kaki terlanggar bonggol di lantai. "Eh, kenapa ni?"

Pernah tak korang alami peristiwa kat atas ni, atau yang seumpama dengannya? Aku rasa kebanyakan orang pernah. Drama juga suka menyelitkan adegan macam ni untuk menambah rencah dalam jalan cerita kan?

Apa logiknya reaksi macam tu ye? Bila sesuatu yang tak baik jadi, terus kita terasa berdebar-debar dan risau, seolah-olah benda buruk bakal berlaku. Betul ke semua tu?

Diriwayatkan oleh Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih) (sumber-tunmahani) 

Jadi, bila terkena luka tu, tak payah la fikir bukan-bukan. Elok jugak kita beristighfar tiap kali benda-benda macam ni berlaku, kan?

p/s: Tadi jari terluka kena kaki kipas. Terus fikir pelik-pelik. Astaghfirullah.

(Nukilan) Cerita Cinta Satu Hari ~

Assalamualaikum warahmatullah dan salam pagi rabu.

 Hari ni hari rabu dan biasanya orang buat Wordless Wednesday, tapi aku banyak benda nak tulis. Tak apa kan? Idea datang mencurah-curah.

-Mula-

Ayam berkokok buat aku rasa rugi. Kenapa aku masih lena dibuai mimpi? Aku bangun dan segera menyucikan diri untuk menghadap Illahi. Peristiwa dua minggu lalu buat aku terkenang. Selesai Subuh, aku menadah tangan semoga Allah menunjukkan aku jalan yang perlu aku pilih. Atau adakah aku sudah terlambat?

"Kakak, ibu nak kakak terima semua ni dengan hati terbuka. Ibu bukan nak paksa kakak terima membabi buta, tapi ibu yakin ini adalah yang terbaik untuk kakak."

Aku pandang wajah ibu dalam-dalam. Sudah banyak kedutan di wajah ibu. Ibu sudah tua. Mahu saja aku menangis depan ibu, tapi, aku tak mampu. Aku terlalu keras hati untuk mengakui bahawa aku sedih. Aku tak pasti, kenapa ibu perlu memaksa aku dalam hal ini. Bukan ke aku yang bakal menghadapi semuanya nanti?

Ibu, apa yang perlu kakak buat? Betul ke jalan yang kakak pilih ni? Ibu yakin dengan semua ni?

Bunyi bising di dapur menyedarkan aku dari lamunan. Aku buka telekung yang aku pakai dan lipat elok-elok. Aku letakkan di atas katilku. Selepas aku menghela nafas panjang, aku menuju ke dapur. Aku lihat ibu sedang sibuk. Kami akan menerima tetamu hari ini. Tetamu yang aku tidak begitu alu-alukan kehadirannya. Kesian melihat ibu, aku cuba membantu.

"Kakak, pergi mandi dan bersiap. Ajak adik ke pekan beli daun sup. Ibu lupa beli kelmarin," arah ibu sambil memotong daging ayam di sinki.

"Ye, bu. Ada apa-apa lagi nak kirim ke?" Ibu senyap. Dia cuma menggeleng kepala. Dengan langkah yang lemah aku mengikut arahan ibu. Hati aku terus sahaja berdebar dan aku rasa seoalah seluruh badan aku turut menggeletar.

Adik memandu kereta perlahan. Dia seolah cuba memberi aku ruang untuk berfikir. Sesekali dia memandang wajahku yang sedikit muram. Adik menyentuh tangan aku dan berkata, " kakak jangan lah risau. Adik kenal dia. Adik dah selidik latar belakang dia. InsyaAllah, dia boleh jaga kakak dengan baik."

Ah, kenapa aku perlu mengakhiri zaman bujangku dengan cara ini? Aku impikan lelaki yang aku sendiri pilih, yang aku sendiri rasakan getar bila melihat wajahnya. Aku tak kenal dia! Kenapa dia perlu setuju dengan pilihan orang tuanya? Tidakkah dia rasakan semua ini keterlaluan? Absurd!


Aku capai telefon bimbit yang aku letakkan atas dashboard kereta.

"Salam. Saya Amani. Saya tau semuanya dah terlambat untuk saya katakan tidak, tapi, kamu rasa kita tengah memilih jalan yang betul ke? Kamu tak rasa semua ni mengarut? Kalau kamu datang hari ni, maknanya, kita takkan boleh berpatah balik. Kamu tak kenal siapa saya kan? Saya pun tak kenal siapa kamu. Saya dengar kamu tak tengok pun lagi macam mana rupa saya. Kalau kamu nampak saya dan kamu rasa tak suka, macam mana? Kamu buatlah keputusan, sebelum semuanya terlambat."

Aku letakkan semula telefon bimbit aku setelah menghantar mesej kepada nombor tersebut buat pertama kalinya. Ye, aku tidak pernah langsung menghubungi dia, begitu juga sebaliknya. Malah, aku tak pasti macam mana kami boleh berakhir dengan menyetujui penyatuan kami sebagai suami isteri. Tidakkah semua ini merupakan kerja gila?

Dalam jam 8 pagi, kami sampai di rumah. Semua adik-beradik ibu sudah menghiruk-pikukkan suasana rumah yang aku rasa menyedihkan. Aku cuba untuk senyum. Mungkin senyum tawarku tidak disedari oleh mereka. Mereka terlalu teruja. Ah, suka hati koranglah! Aku terus menuju ke dapur dan meletakkan daun sup yang dikirim oleh ibu di atas meja.

Makcik Zara menarik tanganku dan membawa aku ke bilik. Aku perlu bersiap, katanya. Aku hanya perlu dipersiapkan seringkas yang mungkin. Itu pintaku. Aku tak mahu berlebih-lebihan dalam urusan yang hati aku sendiri ragu-ragu. Aku diam saja sepanjang makcik Zara menyiapkan aku. Aku merenung jauh ke dalam cermin yang sudah banyak kali aku lihat. Wahai cermin, dapatkah kau baca hati ku? Air mataku seolah mahu melompat keluar, tapi, aku cuba tahankan.

Beberapa orang sepupu perempuanku yang masih kecil merenung aku. Aku pasti, dalam hati mereka kepingin untuk berada di tempatku. Seolah-olah seorang puteri raja yang bakal disatukan dengan putera raja dari kayangan. Aku pernah mengimpikan begitu dulu. Tapi, semua itu hanya angan-angan dan mimpi. Itu tak mungkin berlaku dalam dunia realiti. Aku pasti.

Aku tak sedar berapa lama entah aku mengelamun. Bila aku sedar saja, Tania sudah berada di sisiku.

"Kak Amani, diorang dah sampai!" Suara terujanya menggetarkan seluruh jiwa dan ragaku. Aku cuba gagahkan diri untuk senyum. Aku terasa seperti ingin lari. Ibu, tolong kakak.

"Amani, keluarga Amar nak mintak izin untuk benarkan Amar tengok Amani," kata makcik Zara. Aku hanya mengangguk. Keluar dari bilik itu, seolah-olah aku mengangkat bendera putih. Menyerah kalah. Aku tunduk. Aku hanya mendengar orang berbisik-bisik, mereka sangka aku malu. Hakikatnya, aku rasa tewas dan lemas.

Makcik Zara menyuruh aku duduk disebalik pintu. Kemudian, aku menjenguk keluar. Aku mencari-cari wajah Amar. Entah yang mana satu. Yang kuruskah? Yang gemukkah? Yang tua atau yang muda? Aku tahu, umurnya adalah 3 tahun lebih tua dariku. Tak mungkin dia setua itu. Bukan juga yang itu. Adakah yang itu? Aku berkira-kira sendiri dalam hati.

Seseorang kemudian berpaling dan memandangku. Wajahnya rata. Aku tak mampu mentafsir emosinya melalui wajahnya. Dia seorang yang mempunyai wajah putih bersih, bermata sedikit sepet dan aku merasakan suatu perubahan dalam hatiku. Dia berpaling semula. Ah, nanti dulu! Biar aku lihat wajah kau. Astaghfirullah, aku beristighfar dalam-dalam. Siapa dia? Adakah dia Amar? Aku pandang makcik Zara dengan wajah penuh tanda tanya. Makcik Zara pula seolah-olah bermain teka-teki, mengangkat kedua-dua bahunya sambil menjuih bibirnya yang merah.

"Amar balik dulu la mak. Amar tak rasa Amani bersedia untuk Amar," ujar lelaki itu. Eh? Nanti dulu! Apa makna semua ni? Semua orang mula berbisik hingga suasana jadi hiruk. Aku semakin keliru. Kenapa datang kalau hanya untuk balik semula? Kenapa buat aku hadapi semua ni, kalau dia tak sudi? Adakah aku terlalu jauh menyimpang dari yang dia harapkan? Saat itu, ingin saja aku menjerit dan bangun untuk menghalangnya dari pergi. Makcik Zara mencuit aku. Air mataku menitik jua akhirnya. Tapi, kali ini atas satu alasan yang jauh berlainan dari pagi tadi.

"Tak lama lagi Zohor. Lebih baik kita segerakan semua ni," kata Pakcik Kamal. Dia wakil dari pihak aku. Aku masih terpinga-pinga.

Tak lama kemudian, seorang wanita sebaya ibu bangun dan menyarungkan cincin di jari manisku. Aku menerimanya dan mencium tangannya. Dia senyum. Aku yang masih dalam tanda tanya hanya membalasnya dengan lewa. Adakah aku kini tunang Amar? Tapi, bukan ke dia kata mahu pulang tadi? Bukan ke dia telah menolak aku setelah melihat wajahku?

Malam itu, setelah semuanya selesai, aku baring di katil. Semua orang telah mengucapkan tahniah dan mendoakan semoga aku bahagia. Tapi, aku masih tertanya-tanya. Tiba-tiba mesej masuk dan aku dengan pantas mengambil telefon bimbitku. Aku seolah tahu siapa dia.

"Assalamualaikum. Nur Amani binti Kamarul Ariffin. Tahniah kerana telah menjadi tunangan orang. Maafkan saya. Saya Amar, lelaki yang kamu lihat siang tadi. Itu memang saya. Maafkan saya juga sebab pandang awak tanpa apa-apa perasaan. Maafkan saya juga, sebab pergi tanpa kata apa-apa."

Aku terhenti. Tunangan orang? Dengan siapa aku bertunang? Bukan dengan dia ke? Aku cepat-cepat sambung membaca.

"Macam mana rasanya menjadi tunangan orang yang awak tak kenal? Awak masih lagi rasa semua ni merepek? Saya pun masih rasa macam tu. Tak sangka, awak yang baru pertama kali saya tengok tadi, dah jadi tunang saya. Saya bukan sengaja tak mahu melihat gambar awak dan tak membenarkan awak lihat gambar saya, tapi, hati saya kuat mengatakan bahawa pilihan emak saya adalah tepat. Saya tak rasa ragu-ragu, dan saya semakin pasti bila melihat wajah awak tadi. Terima kasih dan saya harap semua ni akan berakhir dengan saya sah menjadi suami awak. :) "


Aku tekan butang reply dan menaip, 

"Kenapa awak balik macam tu je tadi? Kenapa cakap dengan mak awak yang saya belum bersedia? Tapi, kenapa akhirnya jadikan saya tunang awak?"

Diam. Beberapa minit berlalu masih tak ada mesej yang masuk. Aku jadi geram. Ingin saja aku menekan punat call. Tapi, aku masih belum punya keberanian itu. Aku terus menunggu. Tiba-tiba mesej masuk lagi.

"Oh, maafkan saya. Bukan saya tak mahu teruskan pertunangan kita, tapi, saya takut awak tak jadi nak tunang dengan saya kalau tengok saya lama-lama. Yelah, mata awak bundar, hidung awak mancung. Saya pulak, mata sepet macam Cina. Saya takut nanti awak bandingkan wajah saya yang tak berapa nak handsome ni dengan wajah awak yang manis tu. Baik saya jadikan awak tunang saya dulu sebelum awak ubah fikiran. Hehe."

Aku tergelak kecil. Bukan main dia ni. Belum apa-apa dah pandai mainkan perasaan aku. Aku tersenyum malam itu. Adakah ini cinta? Adakah kami akan berakhir bahagia? Aku belum pasti, tapi hati aku terus berdoa.

Credit to: google
-Tamat-

p/s: apa macam? Ok, tak? Diinspirasikan dari sesuatu. Hehe.

Kerana internet- komunikasi gagal~

Assalamualaikum warahmatullah.

Ha? Kenapa aku buat pernyataan yang menghentam aktiviti melayari internet ni?

Pernah tak korang duduk berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan korang, tapi, masing-masing mengadap laptop mahupun segala jenis alat telekomunikasi yang mempunyai fungsi melayari internet..

Aku pernah. Dan kami buat hal masing-masing. Sepatutnya, niat asal nak berkumpul dan berbual setelah lama tak jumpa. Terukkan?

Tapi, itu masing-masing memang buat hal sendiri.

Ada satu kejadian yang aku saksikan dalam train semalam, dua orang teman, mungkin baru pulang dari kerja. Mereka nampaknya berbual. Tapi, yang seorang sibuk dengan iPad-berfacebook (okay, aku jaga tepi kain orang- aku jenguk apa yang dia main). Yang kawan ni beria-ia la bercerita. Tapi, kawan yang ada iPad ni sibuk check FB dia.

Sesekali dia pandang kawan tu untuk balas perbualan. Tapi, kebanyakan yang aku dengar, ha? Ha? Ha? Aku simpati kat kawan sorang tu. Beria-ia dia bercerita, tapi tak didengar dengan baik pun. Komunikasi = gagal.

Boleh aku tanya? Penting ke check FB sepanjang masa? Lebih penting dari menghormati kawan yang tengah bercerita dengan kita? Aku pun kadang macam tu. Pelik kan? Sedangkan bukan alam maya tu yang bantu kita kalau susah. Kawan kat sebelah ni yang lebih berkemungkinan besar menghulur bantuan. Tapi, kita leka.

p/s: pagi-pagi dah buka blog.

Cinta laman sesawang~

Assalamualaikum warahmatullah.

Kenapa tiba-tiba aku bercerita tentang cinta? Adakah aku dah menemui cinta? Haha. Itu aku tak nak komen. Bukan bidang kuasa aku.

Aku terfikir nak cerita sebab seorang kawan aku bakal bertunang bulan empat ni, malah mungkin mengakhiri zaman bujang selepas raya Aidilfitri. Seorang kawan lagi pun dengar ura-uranya macam tu. Apa kaitan semua ni?

Sebab, mereka berkenalan melalui alam maya!

Ingat tak dulu, masa mula-mula laman sosial alam maya bermula? Ramai orang marah dengan kisah cinta yang menular di kalangan pemuda-pemudi. Semua orang kata dunia maya ni tipu. Tapi, kawan aku dua orang ni, insyaAllah bakal menamatkan zaman bujang dengan orang yang dikenali melalui alam maya.

Malah, aku ada seorang kawan yang telah pun mendirikan rumahtangga dan menimang cahaya mata dengan kawan yang dikenali melalui laman sosial maya ni.

Yang paling aku suka, diorang tak lah bercinta mana. Yang satu, dah lama kawan tapi bila si lelaki suarakan hasrat dan dia rasa dah sampai umur, dia mohon petunjuk dan akhirnya mereka melangsungkan hari bahagia. Yang sorang lagi pulak, dalam sebulan si lelaki suarakan hasrat, mereka dah rancang bertunang dan bernikah.

Memanglah kes penipuan jugak semakin menjadi-jadi, tapi tak bermakna semuanya tak menjadi. Jodoh tu boleh datang dari mana-mana arah pun yang Allah tentukan.

Jangan salah faham. Aku bukan galakkan korang bercinta, tapi, cuma tak menolak kemungkinan jodoh tu ditemui dalam laman sesawang.

p/s: Untuk kawan-kawan aku yang dah rasa nak menamatkan zaman bujang, aku doakan korang dipertemukan jodoh segera ye? Untuk yang dah dalam perancangan, semoga semuanya berjalan lancar. Semoga yang baik dan terbaik untuk korang. :P Ya Allah, redhailah.

Tuesday, January 17, 2012

Impian dan angan-angan~

Assalamualaikum warahmatullah.

Pernah tak korang mengimpikan, bila kerja nanti aku nak ada rumah camni, rumah camtu. Aku pun pernah impikan menyewa sebuah rumah dengan kawan-kawan aku, lepas tu hias rumah tu cantik-cantik. Kongsi-kongsi beli perabot. Lepas tu, berseronok-seronok dengan kawan-kawan macam cerita dalam TV.

Tapi, walaupun aku belum kerja, aku dah lihat realiti sebenarnya tak semudah dan seindah tu. Kawan-kawan aku menyewa rumah yang paling murah diorang boleh dapat. Hidup kat bandar besar ni bukan mudah. Lebih-lebih lagi kalau baru berapa bulan sangat kerja. Kawan-kawan aku pun jenis berjimat jugak. Mungkin, bila dah berkeluarga nanti baru fikir nak ada rumah cantik-cantik.

Kawan-kawan aku masih tidur beralaskan toto/comforter. Mana ada perabot. Paling canggih adalah rak pakaian. Mesin basuh, peti ais pun kalau ada dari rumah lama (masa belajar-lebih mewah).
Mimpi seindah bintang~

Hidup ni, penuh dengan impian. Masa zaman belajar memang impian memuncak macam zaman kanak-kanak. Ramai orang ada cita-cita, tapi bila dah besar baru sedar tak semudah tu nak capai cita-cita. Kadang-kadang bidang yang kita ambil boleh jadi menyimpang jauh dari landasan asal.

Walau macam mana pun, punya impian tak salah. Kalau bukan sekarang, mungkin suatu hari nanti impian tu akan terlaksana. Kalau tak pun, mungkin jalan yang kita pilih ni akan bawak kita ke suatu kejayaan yang lebih hebat.

Kalau disulamkan usaha, doa dan penyerahan diri kepada Allah, insyaAllah akan tercapai semuanya kan? Mungkin aku tengah memujuk diri sendiri. Aku mahu yakin pada jalan yang bakal aku tempuh. Aku harap korang pun sama. :)

p/s: Nak tolong kawan masak.

Monday, January 16, 2012

Tips menguruskan badan~

Assalamualaikum..

Nak kurus?
Tips hari ni:

Pergi rumah kawan yang duduk tingkat 16. Setiap kali ke mana-mana, guna tangga. Tak kira la apa pun terjadi.

Ok tak?

Okay, aku tak berani naik lif. Aku rela turun naik tangga daripada naik lif dengan orang asing kat tempat asing. Stranger anxiety tak hilang lagi ni.

p/s: Kalau selalu duk rumah aje, budak baik ke?

Ada ke Nursing kat UKM?

Assalamualaikum.

Soalan ni, dah selalu ditanya kat aku. Memang selalu sangat. Buat pengetahuan semua, memang ada kursus kejururawatan kat UKM.

Pada mulanya, kursus ni menawarkan Diploma Kejururawatan, tapi sekarang semua untuk Ijazah Sarjanamuda (degree). Lain-lain adalah, PJJ degree, perbidanan, dan jugak sarjana (master). Pengajian peringkat diploma ditangguhkan atau ditamatkan -tak pasti sangat.

Kampus kejururawatan ni terletak di dalam Pusat Perubatan UKM, sekali dengan kampus kursus perubatan (doktor) dan jugak perubatan kecemasan dalam satu fakulti perubatan.

Permohonan adalah melalui UPU.

p/s: dah banyak tawar program ni sekarang. Tanpa kawalan.

Fresh graduate kami memang tak ambil~

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ni, aku keluar lagi dengan harapan untuk mendapat kerja. Memang tak mudah. Aku pergi ke klinik-klinik yang tutup semalam. Ada satu klinik je yang mintak aku isi borang, klinik gigi, walaupun tak ada kekosongan.

Masa aku mula-mula tanya tentang kerja kosong tu orang kat situ tanya, 

"Ni lepas SPM la ni?"
Aku buat muka segan dan beritahu la yang aku ni dah 24tahun. Aku seorang fresh graduate dari UKM dalam bidang nursing. Diorang tertanya-tanya, UKM ada nursing ke? Pulak.

Klinik lain? "Buat masa ni tak ada," itulah jawapan diorang.

Aku jugak buat lagi salinan fotokopi resume aku. Aku nak hantar ke hospital-hospital lain kemudian. Kat sini, ada satu hospital swasta yang uniformnya agak okay. Kawan aku yang dah kerja pun nak cuba mintak kat situ, sebab uniform. Kitorang pun berjalan lagi menuju ke hospital tu, tanya kat mana human resource department.

Sampai je kat sana, kitorang tanya la, boleh hantar resume?Kerani kat situ pulak tanya untuk jawatan apa? Bila cakap nurse je, dia tanya pengalaman. Bila beritahu, dia terus jawab, " fresh graduate kami memang tak ambik." Dia nak pengalaman satu tahun sekurang-kurangnya. It's happening again and again. Semua nak ada pengalaman. Aku nak bina pengalaman korang tak bagi peluang.

Terus terang, masa tu aku memang terus rasa seolah-olah nyawa aku terbang dari jasad. Lemah je. Mungkin kawan aku tengok muka aku lain macam, dia terus cakap,"tak apa, rilex cP, rilex."

Aku terus tersedar. Aku dah berusaha. Hasilnya, aku patut berserah pada Allah.

Tapi, aku dah penat dan kitorang pun dah tak tau nak ke mana. Aku ajak kawan aku ke pejabat pos dan aku hantar resume yang ada ke 2buah hospital lagi. Cuma dua cover letter je aku buat.

Lepas tu, aku beli cardigan. RM19.90. Aku tertinggal cardigan yang aku nak pakai kat kampung sebenarnya. Tak cukup baju kalau tak ada. Heh.

Petang, aku cuma duduk kat rumah, tengok cerita Korea dan tidur.

What more can I say?
p/s: Jangan biar aku kalah.

Dunia aku dan mereka~

Assalamualaikum warahmatullah.

Salam pagi Isnin. Untuk mereka yang bekerja, selamat bekerja dan untuk yang sedang berada di rumah atas apa alasan sekalipun, selamat menjalani hari anda.

Malam tadi satu malam aku tak boleh nak tidur lena. Begitu jugak malam sebelumnya. Setiap jam aku terbangun. Mungkin aku tak biasa tidur kat tempat baru. Lagipun, aku takut kalau mengganggu kawan aku. Semalam aku tidur kat rumah kawan lain, hari ni kat rumah kawan lain. Sebab kawan aku yang ini cuti maka dia tak tidur awal sangat.

Bila aku duduk-duduk je, aku terfikir tentang masa depan aku. Aku cuba bersikap positif dan berserah, tapi aku masih jugak rasa risau dan khuatir. Agaknya, sebab aku belum sepenuhnya bersifat tawakal dalam urusan aku.

Resah hati cP~
Aku juga merasakan kelainan bila berbual dengan diorang. Dunia kami dah berbeza sangat. Diorang masih sama, setiap gaya masih sama, tapi topik diorang, aku tak boleh nak masuk sangat. Aku teringin sangat nak join jugak.

Pagi ni, aku dengan kawan aku nak keluar lagi. Aku terpaksa susahkan dia lagi, nampaknya.

p/s:Sesuatu yang tertinggal~

Sunday, January 15, 2012

Aku dah segan~

Assalamualaikum warahmatullah..

Tadi aku cerita tentang perjalanan aku mencari kerja je. Tapi, aku tak cerita hal-hal lain.

Tadi, aku singgah ke kedai buku Popular. Aku sangat teruja. Ada banyak buku Jodi Picoult. Geram je aku tengok. Rasa nak beli semua. Tapi, satu buku je dah RM30 lebih. Mana aku nak cekau duit? Tengoklah nanti aku dah kerja, aku nak beli semua. Sebulan satu buku pun jadi la.

Apa yang aku malukan? Hari ni, kawan aku, Syaf, belanja goreng pisang. Aku terasa cam aku ni kesian je di mata diorang. Lepas tu CD pulak belanja aku makan ayam penyet. Dia ingat aku tau sebab makanan tu jugak dipanggil "pecel ayam". Ok, aku langsung tak pernah makan.

Aku ada je duit. Memang ada dan cukup sangat. Aku jugak tak reti nak menolak. CD dapat duit extra hari ni, sebab dia kerja jadi personal nurse untuk seorang kerabat diraja semalam. Bonda kerabat tersebut beri tips untuk semua nurse yang jaga anak dia. Maka, dia pun belanja aku makan.

Segan.

Ye, diorang memang baik sangat. Bukan sebab apa-apa pun. Maklumlah, diorang dah bergaji.

p/s: tak sabar nak balas semua ni.

Anak Kampung Di Kota~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah, aku dah keluar cari kerja pagi tadi. Akhrinya, aku tak makan sarapan pun, tapi terus lunch.

Kawan aku bawak aku ke dua tempat hari ni. Dari satu klinik ke satu klinik kami masuk. Aku dah tak ada rasa segan silu nak tanya ada kerja ke tak. Tempat pertama pergi tu, dia siap dah tengok resume dan fail aku, tapi dia kata dia nak midwife. Basic nurse dia tak mau. Masa tu, aku memang rasa kecewa.

Tapi, aku teruskan jugak. Kawan aku bawak je aku ke semua klinik yang kitorang nampak. Kitorang jalan kaki seluruh kawasan tu dah rasanya. Ada klinik yang mintak tinggalkan resume, ada yang suruh isi borang, ada jugak yang tutup. Lagipun, hari ni Ahad, doktor tak ada. Harap ada la yang panggil untuk interview dalam minggu ni.

Kawan aku ada tanya jugak, tak nak ke mintak kerja lain? Yang tak berkaitan dengan nurse. Aku fikir, kalau setakat kerja kat kedai-kedai biasa, lebih baik aku kerja kat kampung aje. Boleh jimat duit sewa rumah. Bukan aku tak nak, tapi, kalau nak hidup kat bandar ni, aku tak yakin kalau gaji cukup makan. Mana nak bayar sewa, duit pengangkutan, duit makan, nak kasi kat mak lagi. Kalau rumah aku memang kat sini, aku tak ada hal.

Aku memang dah sangat lapar dan penat, tapi aku gagahkan jugak. Kawan aku pun langsung belum makan atau minum. Aku serba salah sebenarnya. Selepas tawaf semua klinik yang ada kat kawasan tu, aku dengan dia pun pergi ke sebuah pusat beli belah dan makan. Alhamdulillah, lega. Tapi, tak berapa puas sebab dah terlalu lapar kot. Heh.

Tak lama tu, dalam pukul 3pm kawan aku sorang lagi yang tiba-tiba dapat cuti -annual leave- datang ke situ jugak. Lepas dia shopping barang keperluan sikit, kitorang pun balik.

Pengalaman berbaju kurung melangkah longkang, bawak fail ke hulu ke hilir, masuk dari satu klinik ke satu klinik dan bertanya tentang kerja kosong, aku sangka aku boleh tengok kat TV je. Aku tak sangka aku mengalaminya sendiri.

Oh, ye. Mak aku melawat anak sepupu yang ada leukimia tu hari ni. Mak telefon beberapa kali masa handset aku mati- lupa bawak charger- untuk beritahu. Sorry la mak. Sekarang dia telefon lagi beritahu yang dia jalan-jalan kat Istana Negara. Seronok agaknya dapat jalan-jalan. Abang aku pun cuti lagi esok.

Beberapa kali terfikir nak mintak jugak kerja kat tempat kawan-kawan kerja, tapi masih tak mampu nak terima syarat uniformnya. Kawan-kawan aku sangat baik sebab semua alu-alukan dan cuba nak tolong. Aku tak sabar nak balas budi diorang. Berjalan seharian semata-mata temankan aku cari kerja, okay, aku terharu sangat2. Siap offer nak bawak jalan-jalan pasar malam, jalan-jalan ke sana sini.

p/s: Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki kami dengan seluas-luasnya dan jadikan kami dalam golongan orang-orang yang berserah dan bersyukur. Amiin. (Tak de doodle, sebab tak larat nak buat rasa)

Lapar sangat- hypoglycaemia~

Assalamualaikum..

Duduk rumah kawan. Dia masih tidur. Penat agaknya, hari ni dia kerja petang.

Aku online sorang-sorang dan sangat lapar sebenarnya. Dia ada offer air nescafe, offer coklat- aku tak minum nescafe. Nak makan coklat, malu.

Aku lapar sangat. Nak pengsan. Bibir dah sejuk, tangan dah berpeluh dan menggeletar. Perut dah nyanyi lagu rock. Nak turun cari makanan, takut.

Hypoglycemic symptoms~
p/s: Nak keluar cari kerja pakai baju kurung.

Anak Kampung Masuk Kota~

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam pagi Ahad. Aku sekarang berada jauh dari kampung. Lokasi- rumah salah seorang teman.

Semalam, selepas Zohor (pukul 3 pm sebenarnya) aku bertolak dari kampung menumpang ibu saudaraku yang dalam perjalanan ke Melaka. Mereka hantar aku ke stesen keretapi KTM Sungai Buloh. Aku dalam perjalanan mencari sumber rezeki di ibu kota.

Terus terang aku katakan, aku sangat takut.

Mulanya, aku ke rumah nenek. Suami makcik aku ambil kat sana bersama nenek. Bila aku beritahu atok dengan nenek yang aku nak ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja, mereka bagi aku sedikit duit poket. Walaupun segan, aku ambik jugak. Ehem. Selepas hantar aku ke KTM, bila aku salam makcik aku, dia pun hulur duit jugak- banyak la jugak. Dia kata, ambil je. Tak tau berapa lama aku akan ada kat KL tu.

Pada mulanya, aku memang takut kalau terlewat sampai. Yela, pukul 4.30pm baru aku naik train. Aku dah la tak tau destinasi aku- tak pernah sampai sini. Aku kena tukar ke train LRT dan aku macam rusa masuk kampung. Sejak bila LRT pakai token?

Di depan mesin punch in tu,

"Alamak, macam mana nak guna ni?" Mata meliar baca. Tengok kanan kiri tak ada orang.
"Oh, kat sini," keluar jugak suara. Entah orang dengar entah tak.
-Rasa semua orang adalah bahaya-

Berdebar-debar je setelah lebih 5 bulan tak naik train. Naik train ke arah yang tak biasa pulak tu. Mula-mula kosong aje, bila kat sampai stesen ke berapa entah, baru la mula ramai orang. Dalam hati aku, cuma risau macam mana nak ambik bas nanti ke rumah kawan aku?

Alhamdulillah, aku sampai jugak. Terus terang, aku cuma berpura-pura berani. Aku tak nak orang nampak aku tak biasa, nanti bahaya pulak. Ini perasaan aku.

Nak ambik bas, kena merentas jejantas dulu. Semua benda aku rasa baru. Sebab aku berada kat tempat yang sangat asing. Mujurlah, tak lama lepas tu bas yang dimaksudkan oleh kawan aku sampai. Okay, dalam bas tu aku rasa nak tergolek sebab mula-mula aku berdiri. Beg aku dah la berat kat belakang ni.

Tapi, Allah sayangkan aku agaknya. Aku jumpa kawan aku dalam bas tu! Alhamdulillah. Masa tu aku tak berhenti senyum agaknya. Lega. Aku paling tak pandai tekan locen untuk turun. Aku takut salah tempat.

Syaf, nasib baik jumpa awak! Sayang Syaf lebih. Hehe. Kawan aku boleh pulak tanya, "awak takut ke?" Excuse me, mestila aku takut!

Syaf pun bawak aku ke rumah EJ, sebab EJ yang mula-mula ajak aku dan aku berjanji dengan dia. Ya Allah, leganya Dia aje yang tahu.

Apa yang jadi selepas tu? Nantkan episod seterusnya dalam, Anak Kampung Masuk Kota~


p/s: Dunia aku dan mereka sudah berbeza.

Saturday, January 14, 2012

Bila blog direview~

Assalamualaikum warahmatullah...

Semalam aku bukak blog selepas aku post entry Buta+Pekak+Bisu= CINTA, dan aku telah menerima kunjungan yang memberangsangkan. Seronoknya. Cik pemilik blog Iffah Affeefah telah review blog aku dan kawan-kawan dia datang ke blog aku. Macam ni rupanya hasil bila direview, dan perasaan ini adalah sangat seronok. Muahaha.. Untuk itu, aku telah siapkan satu doodle tanda aku terharu dan berterima kasih untuk Iffah dan mereka yang datang.

Terima kasih ye...
Aku suka! Tak boleh nak sembunyikan rasa seronok. Lalala..

Oh, ada orang nak doodle jugak. InsyaAllah aku akan buat bila berkesempatan. Mula-mula aku akan baca dulu blog tu sebab nak buat gambar yang signifikan. Tapi, kalau tak tepat maaf lah.

p/s: debar nak keluar. Dah lama tak travel. Hohoh. Doakan aku selamat pergi dan selamat di sana dan selamat balik dan dapat kerja dan selamat selalu. Ye?

Friday, January 13, 2012

Buta + Pekak + Bisu = CINTA~

Assalamualaikum warahmatullah.

Petang ni, aku tak ada idea nak tulis entry. Maka, disebabkan aku nak mengisi masa, aku telah buat satu yang aku tak tau lah boleh dipanggil doodle tak untuk seorang pemilik blog.

Buta + Pekak + Bisu = Cinta
(Cinta membutakan, memekakkan dan membisukan)

Kenapa aku nak buat untuk dia? (klik caption kat gambar untuk ke blog dia ye?)

Sebab aku suka blog dia, dan setiap kali aku ke blog dia, dia akan balas kunjungan aku dan komen jugak.

Sebab dia kata nak. Aku pun tak ada apa nak buat. Ada inspirasi aku buat je la. Best jugak.

p/s: Dah ada transport nak ke KL. Esok saya datang ye kawan-kawan.

1st doodle yang sebenar~

Assalamualaikum..

Sebelum ni, aku ada siarkan doodle aku yang buruk tu dan kata itu adalah 1st doodle aku. Aku terlupa pulak yang sebenarnya, lukisan aku yang pertama khas untuk blog adalah yang ada kat header aku ni.
Interpretasi diri

Sebenarnya, aku dapat inspirasi untuk lukis gambar ni daripada gambar profile aku ni.

Objek
Ni baru betul yang first.

p/s: berdebar menunggu hari esok.

Aku orang seni~

Assalamulaikum warahmatullah.

Salam pagi Jumaat. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung rahmat.

Pagi ni aku nak senaraikan beberapa perkara yang buat aku rasa aku orang seni, bukan orang sains.

1. Aku suka melukis - orang, fesyen baju

2. Aku sebenarnya suka menulis - cerpen dan sajak (tapi jadi koleksi peribadi).

3. Aku asalnya pengguna tangan kiri.

4.Aku tak suka baca buku yang panjang lebar ayat, aku suka gambar.

5.Aku suka musik - lebih-lebih lagi lagu bernada slow..yang orang tarik panjang-panjang bila nyanyi, aku jugak suka main alat musik walaupun tak reti main.

6. Aku pentingkan angle dalam ambik gambar, bukan kecantikan kualiti gambar.

Pandai tak aku bagi reasoning? Aku memang kalau bab mereka-reka dan merepek nombor satu. Sebab tu kalau tak baca buku untuk exam pun aku boleh merepek. Nampak cam penuh je paper.

p/s: dah beritahu mak nak turun KL, tapi, tak tau lagi nak pergi macam mana.

Thursday, January 12, 2012

Panggilan Jihad~

Assalamualaikum warahmatullah.

Malam ini, aku bersembang panjang dengan kawan-kawan aku. Dari perihal rumah tangga, sampailah ke hal kerja. Kawan-kawan aku ajak ke rumah dan mencari kerja kat klinik-klinik sekitar kawasan rumah diorang. Mesti diorang kesian kat aku sebab tak kerja lagi.

Aku terharu nih.

Diorang offer tempat tinggal, dan sorang lagi cakap, insyaAllah tak lapar. Wuhuhu. Nak nangis terharu jap. Sob sob.

Terima kasih kawan-kawan aku. Korang memang best.

p/s: kata sabar, tapi merungut. Lepas ni, jangan merungut lagi. Usaha dengan lebih kuat!

Dah jadi mak dah kau!

Assalamualaikum warahmatullah.

Aku ada seorang kawan yang sama gaya dengan aku. Style pemilihan pakaian kitorang agak serupa dan dengan dia je aku cakap aku kau masa kat U selain seorang lagi kawan. Sebab aku rasa tak sesuai cakap saya awak dengan dia.

Hari ini, baru aku dapat tau dia dah selamat melahirkan seorang puteri yang comel. Muka sah ikut mak dia, cam Cina. Dah jadi mak dah kau.

Aku ingat lagi dia selalu cakap tak nak kahwin awal. Tapi, dah jodoh tak ke mana. Dia orang pertama mendirikan rumah tangga dan jugak menimang cahaya mata. Tabik la kat kau.

Tapi, kau jauh sangat kat Kedah. Aku kirimkan tahniah dari jauh je la ye? Ada rezeki, aku akan melawat semua korang-korang ye?

p/s: Seronok!

Doodle ke-2 aku!

Assalamualaikum warahmatullah.

Fuh! Lenguh dan sakit pergelangan tangan aku. Patutlah orang boleh jual doodle. Rupanya sangat susah dan penat nak buat. Aku buat cincai2 pun setengah mati tak kot, tapi lenguh yang amat.

Aku harap tak ada sama dengan siapa2. Aku reka cincai2 je. Takut jugak blogger lain kata aku tiru. Pernah terbaca blogger marah, doodle dia kena ciplak.

Konon-konon tiba-tiba menjelma
p/s: jangan komen fesyen aku, aku memang selekeh.

Adik aku menggeletar!

Assalamualaikum warahmatullah.

Tak tenang hati aku tengok adik aku ni. dari tadi dia macam cacing kepanasan, menggelupur sana sini, menggeletar tak keruan dan berpeluh sejuk. Kenapa pulak dia ni? Simtom apa yang dia alami?

Rupanya, dia dah menggeletar bagai nak rak sebab tunggu keputusan MUET dia. Cuba punya cuba, alhamdulillah terpapar pun keputusan dia.

Dia dah terkinja-kinja pulak. Tak habis-habis nak sebar kat orang. Dia dapat 3.

p/s: korang pulak?

Keputusan MUET 2011~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini 12 Jan 2012 merupakan hari yang mendebarkan untuk mereka yang telah mengambil MUET 2011. Adik aku termasuk la dalam golongan tu.

Pagi ni je entah dah berapa ringgit kredit mak aku habis dia hantar mesej nak tau keputusan. Selamba dia je. Mestila server sibuk, semua orang nak check hari ni. Bukak website pun error je.

Cara mendapatkan melalui sms: Taip MUET (No. KP) hantar ke 15888
Atau boleh semak secara online di web Majlis Peperiksaan Malaysia.

Untuk yang dah berjaya mendapatkan keputusan, tahniah untuk yang berjaya mendapat keputusan yang dikehendaki dan untuk yang tidak, anda boleh cuba lagi.

p/s: MUET aku paling teruk berbanding ahli kumpulan aku, tapi alhamdulillah. Ok je.