Pengikut

Wednesday, January 18, 2012

Eh, rasa tak sedap hati pulak.

Assalamualaikum warahmatullah.

Prang..!! Gelas yang dipegang terjatuh dan pecah. Terus jantung mengalami perubahan dan berdenyut dengan pantas.

"Aduh!" Jari tiba-tiba terluka dek hujung kertas yang tajam. Tiba-tiba rasa tak sedap hati.

Credit to: google


"Opocot!" Kaki terlanggar bonggol di lantai. "Eh, kenapa ni?"

Pernah tak korang alami peristiwa kat atas ni, atau yang seumpama dengannya? Aku rasa kebanyakan orang pernah. Drama juga suka menyelitkan adegan macam ni untuk menambah rencah dalam jalan cerita kan?

Apa logiknya reaksi macam tu ye? Bila sesuatu yang tak baik jadi, terus kita terasa berdebar-debar dan risau, seolah-olah benda buruk bakal berlaku. Betul ke semua tu?

Diriwayatkan oleh Abu said al-Khudri dan Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada sesuatu musibah yang berlaku ke atas seorang muslim seperti kecelakaan, penderitaan, kedukaan, kesempitan, kesakitan dan kesedihan melainkan Allah akan menghapuskan segala kesalahan-kesalahannya”. (Muttafaq alaih) (sumber-tunmahani) 

Jadi, bila terkena luka tu, tak payah la fikir bukan-bukan. Elok jugak kita beristighfar tiap kali benda-benda macam ni berlaku, kan?

p/s: Tadi jari terluka kena kaki kipas. Terus fikir pelik-pelik. Astaghfirullah.

9 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

Nice info....biasanya dalam tv larr yang selalu tanyang drama2 macam tuh...klu luka kena kaca ke gelas ke....ada lak orang lain yang kecelakaan di luar sana....itu yang kadang2 tersongsang sket pikiran tuh...

.........cP~ said...

Tulah. Drama tu kehidupan atau kehidupan tu drama entah sekarang ni.

Zul Fattah said...

kadang2 ini dianggap naluri ibu dgan anak @ dgan org yg tersayang...
slalu mak aku pernah jd cam ni.. terjatuh gelas.. last2 dapat khabar abg aku exsident

.........cP~ said...

@zul fatah- mungkin jugak. Ada invisible punya ikatan.

Iffah Afeefah said...

slalu cmtu

cm de petanda tak baik

maybe kite terlalu pk

baby boo said...

klu sy bg pecah kaca, sy akn fikir 'mampus aku nak jawab dengan mak t' huhu

.........cP~ said...

@iffah- fikir bukan2 aje
@baby boo- haha. macam budak nakal je..

life + journey said...

betul22x lau kene benda yg mcm 2 je terus fikir bkn2 ..hee~

Eza Boom Boom :) said...

dulu pernah telepas pinggan, then pecah. Kaca kena kaki dan berdarah. Huhu. tapi, takde apa jadi yang buruk pun. He. Jangan fikir banyak sangat..