Pengikut

Saturday, March 12, 2011

Surat Mohon Maaf ~

assalamualaikum

kat sini, aku nak mintak maaf sebab tetiba blog aku jadi blog luahan perasaan la pulak.

tak berniat, tapi mungkin aku memang nak share, sebab melalui kaca mata aku sebagai seorang pelajar misi aku dapat faham sebahagian perasaan misi2 kat luar sana.

aku bukan nak bersikap menangkan pihak mana2, tak berniat langsung, tapi bila kita baca ape luahan pihak tertentu harapnya, jangan buat kat orang macam tu na..

aku tak ape la. ni rezeki aku.

sama macam kite dengar susahnya cikgu ngajar murid, kite ajar orang hormat cikgu, aku pun harap kite sama2 hormat menghormati..

aku tak ape.. aku muda lagi. masih tough. misi yang sensitif sikit tu.. sian la kat depa. yang tua2 tu.. yang dulu2 amik sijil, kerja keras nak sekolahkan anak2. bukan tak ade..

sekali lagi, maaf la ye. ter "emo" pulak.

walaweih..

esok aku happy balik. esok aku wat renungan balik deh.. insyaAllah..

gambarimasu!!!

p/s: oh, aku suka citer jepun n korea.. lalala..

Misi ~

astaghfirullah..

hakhak.. tetiba rasa sedih banget..

gedik kan? entah lah. sebelum ni, aku pernah nak cakap soal isu nurse nih. mungkin ni la masanya. aku pernah baca macam2 komen pasal nurse. dan aku terima sebab aku tau nurse pun manusia.

cuba cakap manusia mana yang sempurna? orang kate nurse garang, ok aku terima je. memang ada yang garang. nak buat macam mana? takde angin pokok
tak goyang. paling2 ada orang goncang kan. gempa bumi ke.. wat so ever..

aku pernah gak terbaca ayat2 yang tajam bak pisau tanya kat nurse. nurse xde keje ke nak tengok2 benda tak sepatutnya, nak pegang2 bukan muhrim? bwahaha.. hang ingat nurse je ke sentuh2? lucu la..

* bestnya nurse HUSM baju panjang...

marah ke aku? sikit la. sedih wo.. ko bayangkan la ko punye kerja dihina.. ahaha.. sakit gak la. sama la macam bila ko kate kt tukang sapu. bayangkan perasaan die? die buat kerja halal, nak cari makan, ko pi kutuk2. agak2 ar wei..

astaghfirullah...

aku tak marah.. serius aku sedih je. bukan nak menggedik. tapi, cam entah la. tak tau nak cakap.

gini la. orang cakap nurse ni tak bagus, baju seksi, sentuh orang sana sini. memang takde sikit ruang ke ek untuk orang tengok dari sudut positif. lagi2 soal agama..

ye la.. kalau nak banding dengan ustazah, jauh panggang dari api la. diorang ajar ilmu akhirat. misi buat ape je. duk konon nak selamatkan orang nak mati la konon.

bunyi cam merajuk je kan aku?? haha. lantak la korang nak cakap ape.

tapi, ni lah dilema seorang jururawat tau. ingat kitorang tak de dilema ke? aku ni tak jadi jururawat lagi. macam2 dah aku nampak dan lalui.

ini la jalan yang Allah pilih untuk aku. bertabah la wei, tak kira korang kat mana. doakan la aku jadi nurse yang beriman ye. aku pun takut gak jadi nurse ni.

maklumlah .. nurse..

hahak... lucu la.. tak jadi nak cerita panjang. cam sedih pulak...

boring2..

p/s: korang try la wat google image.. taip la nurse ke jururawat, gambo ape yang kuar. hahaha.. rasa nak gelak guling2 weih..

Memberi Itu Bahagia III



assalamualaikum!!

hee. dah ada part III. tak de tajuk lain ke ape? hehe

tak kira. aku nak kongsi kegembiraan aku ni.
tadi, aku keluar shopping!! haha. mesti korang rasa ape la aku ni
kan? shopping je. excuse me. aku dah lama sangat2 tak berbelanja tau.

hari ni, aku nekad. aku cucuk duit bebera
pa. pergi ke sogo dengan kawan2 aku, diha N che (BNS) pergi shopping......!!

ape yang aku beli ek?

ni yang aku nak cerita ni. betapa bahagianya memberi. aku beli

1) seluar untuk anak buah kesayangan aku sempena bday 1st die.
2) seluar jeans untuk adik bongsu aku sempena bday 13th die.
3) handbag untuk mak aku sebagai tanda kasih sayang aku.
4) wallet untuk adik perempuan aku, sebab nanti aku beli hadiah kat semua orang die tak de plak.


seronok2. tak sabar nak balik kasi hadiah kat diorang.

aku dapat ape? hmm. aku beli buku satu, Fathi Yakan- Apa Ertinya Saya Menganut Islam (aku ada pdf die je)

aku beli buah2 an dan LAKSA!! untuk dinner.. alhamdulillah..

tak sabar weh nak balik. tik tok tik tok.

hehehe..

p/s: rasa nak beli sumthing untuk kak ipar aku gak. nanti sian die aku beli adiah kat sume orang, die tak dapat pape. abg2 aku lantak la. tak payah!!

SERONOK KAN, MEMBERI. seronok.... tak caye, cubalah sendiri..!!

end~

Aku dan Duit??


assalamualaikum
hari ni, aku nak cerita pasal duit. aku suka duit tau. haha. kadang2 orang kate aku kedekut. kadang2 orang kate aku materialistik. betul kot?

nak tau ape planning aku? mesti korag rasa cam, entah hape2 la budak ni. gile duit agaknya.

to be continued insyaAllah.. ada hal la pulak.. mau ready for shopping.. hehehe
continuation..

alhamdulillah.. dah balik shopping. shopping list pun dah ada kat atas tu..

ok. nak sambung cerita pasal aku dengan duit.

orang selalu kata, duit ni tak penting. tak bawak ke mana. cuma dunia je.

entah lah. aku tak setuju. aku suka duit. aku nak ada duit. mungkin pengalaman aku buat aku fikir camni. tapi, pada orang lain mungkin diorang fikir cara lain.

semalam aku borak2 ngan kawan aku. die kate, die tak kisah pasal simpanan. yang penting harta die ada cukup. die selamat. ada rumah, ada kereta, die boleh beli ape yang die nak.

aku pulak lain. aku nak ada simpanan. dari kecik aku suka simpan dui. aku dulu2 demi nak isi tabung sanggup tukar duit syiling. aku rasa bersalah kalau tak menyimpan.

aku nak beli tanah. wahaha. aku dah lama fikir nak beli tanah. aku nak ada income dari tanah tu. sewakan kat orang pun ok. aku nak ada rumah sewa. ape lagi? aku nak ada simpanan. sebab tu dari sekarang aku dah menyimpan walaupun beberapa kupang je.

mak aku kate aku kedekut. entah lah. aku pun tak tau status diri aku ni.

pada aku, aku perlu ada simpanan. aku nak simpan duit untuk hantar mak aku pergi haji, nak kasi adik aku belajar. kalau aku dah kahwin pun- ceh, gatai- aku nak ada duit sendiri. biar la macam mana pun, aku nak ada income sendiri so aku boleh guna duit aku ikut suka aku.

yela, untuk keluarga aku. lagipun, kalau ada ape2 jadi aku nak ada duit yang boleh back up keluarga aku. pengalaman kot yang ajar aku jadi gini.

aku memang nak duit banyak. tapi, aku tak nak ajar adik2 aku mewah sangat. tapi, maybe kakak memang macam ni kot, tak sedar aku manjakan diorang. aku mesti nak kasi diorang merasa ape yang budak2 lain ada. entahlah.

aku dan duit. aku suka duit. aku sanggup makan cincai2, tak beli ape aku nak untuk pastikan aku tak belanja lebih dan ada duit simpanan.

haha.

mungkin cara aku salah, tapi ini lah cara aku menguruskan duit. sesekali aku akan berbelanja sakan jugak. tapi, simpanan mesti tetap ada.

kalau ape2 jadi tak la aku teraba2 nak cari duit kan? ada simpanan sikit pun jadi la.

lagipun, ape salahnya menabung.. kan? kan?

Rescue 911

assalamualaikum..

apekah? aku masuk 911 ke ape ni? kat Malaysia mana guna 911 da...

macam ni lah. aku pendekkan cerita.


ada beberapa orang kat halaqah tu mintak nasihat dari segi cinta,
bermasalah dengan hubungan.

terutama bila bab cinta ramai orang marah2. ramai orang sewenang2 lontar kata2.

pada aku, kenapa mesti cakap macam tu?

orang macam aku contohnya, aku takde la ada ilmu hebat2. aku tak pandai dalam bab2 bagi hukum hakam.

tapi, aku mampu nak bagi sikit sebanyak sokongan dan pertolongan.

entahlah. aku tak mau lepaskan peluang tolong orang. korang tak rasa macam tu ke?

walaupun masalah cinta nampaknya soal remeh, tapi berapa ramai yang kecundang dan tewas sebab cinta??

aku lah, diri aku sendiri, pada pendapat aku, jom la kita - aku je kot, sebab aku tak pandai sangat bab agama- sekurang2nya tolong selamatkan sekurang2nya sorang dari diorang yang bermasalah cinta ni, sebelum parah.

aku tak sanggup tengok diorang yang tengah tercari2 dihujani dengan kata2 yang buat diorang rasa takde sokongan.

bukan ke kita gah cakap Islam itu ini, tapi, kita buat diorang macam tu. sama jugak kes dengan mualaf yang selalu convert balik. sebab ape??

sebab kata2 kite yang selalu tunjuk keburukan Islam tu sendiri..

entah lah. aku tak mampu nak goncang dunia, aku cuma harap aku mampu beri sumbangan sikit pada orang2 yang punya masalah kecik2 je.

masalah dengan keluarga, masalah dengan kawan2. aku tak pandai selesaikan masalah dunia. lagipun, pada aku, latar belakang sosial setiap orang tu bagi pengaruh besar pada pandangan die terhadap dunia.

mula lah dari yang kecik. kalau buaian kat rumah pun tak boleh nak hayunkan, macam mana nak goncang dunia nih?

wallahua'alam.