Pengikut

Saturday, September 3, 2011

"Nak mintak nombor telefon boleh?"

Assalamualaikum

Soalan si atas bukan diajukan pada aku, bukan jugak pada adik perempuan aku, tapi pada adik lelaki aku yang berumur 13tahun!

Ye, kejadian ini berlaku ketika adik aku sedang lepak-lepak kat simpang baru pulang beraya dengan kawan-kawannya.

Kisahnya, adik aku naik motosikal yang dah habis "terondol" @ botak habis, body cover semua dibukak sebba nak repair. Malah, bunyi absorber exzos jugak mungkin dah dibukak dan menyebabkan ia keluar bunyi yang kuat, prengg..prengg.. Adik aku duk syok memulas-mulas, tiba-tiba lalu la seorang budak perempuan bermotosikal ke arah simpang dan berhenti.

Budak perempuan tersebut berumur 14tahun- sebaya sepupu yang ikut beraya dengan adik aku. Dia mintak adik aku pulas motosikal- adik aku buat, dan sepupu aku pun pulas dia punya motosikal RXZ-tapi bunyi tak kuat.

Selepas tu, budak perempuan tu bertanya, " umur berapa?". Adik aku jawab, "tingkatan 1." Tiba-tiba je budak perempuan tu mintak nombor telefon! Haha.

Adik aku tak la kasi. Dia tu masih budak-budak lagi. Dia kata, "entah apa-apa entah." Sepupu aku pulak dan menumbuk-numbuk telapak tangan.

Aduh, budak-budak sekarang. Kecik-kecik dah pandai. Nasib baiklah adik aku belum matang lagi. Bagus jugak dia tu pemalu sikit dengan perempuan. :) Lucu.