Pengikut

Sunday, July 31, 2011

Perpekan~

Malam ni malam 1 Ramadhan. Malam ni juga adalah malam minggu yang mana Tanjong Karang ada pasar malam. Mak aku kata, ramai la orang hari ni. Masing-masing "perpekan". Tapi, apa itu "perpekan" ?

"Perperkan" merupakan perkataan bahasa Jawa yang bermaksud makan habis-habisan sebelum puasa.

Esok nak puasa, hari ni nak makan habis-habisan. Macam la puasa tu tak dapat makan langsung. Lucu la orang kita ni kan? Sedangkan nanti puasa masa berbuka berbelanja bukan main. Semua makanan nak beli. Nak "perpekan" buat apanya?

Itu saja kelas Bahasa Jawa untuk kali ini.

Sekian, terima kasih.

Friday, July 29, 2011

Bau durian satu rumah~

Assalamualaikum, selamat malam..

Mentang-mentang nak dekat puasa makan durian tak hengat. Ahli rumah aku la. Pening kepala aku dah la bau durian.  Bukak peti ais lagi la semerbak harum. Nasib la diorang ingat kat aku belikan aku rambutan.

Penat aku hari ni. Angkat stok raya. Tahu aje la kalau nak raya, macam-macam barang. Balang kuih punya la banyak tadi. tapi, aku lagi suka kalau buat kerja dari duduk sesaja. Walaupun penat dan kaki sangat la ketar- lapar walaupun baru lepas makan- tapi aku rasa seronok. Aku dah belajar cara nak enjoy kerja kot.

Walaupun cuma kerja kedai, aku rasa banyak benda aku belajar untuk kerjaya aku kemudian hari, insyaAllah. Cuma sesekali aku rasa nak rehat- cuti tak banyak kerja macam ni.

Khamis minggu depan aku mintak cuti untuk persediaan raya- awal kan? Sebab nak dekat raya tak boleh cuti- entah dapat entah tak. Pekerja tambahan tak dapat lagi. Budak-budak lain dah nak masuk U bulan 9, dengar nak cuti sebelum raya.

Gaji pun tak dapat lagi, tapi dah banyak pulak nak guna duit. Abang aku nak kawen lepas raya, aku nak konvo, kawan aku nak kawen. sorang lagi dah pregnant- aritu dia kawen tak sempat beli hadiah, kak angkat aku pun ok, laki dia dah tuntut hadiah untuk baby dalam perut, ah, hari lahir mak 5/8- fuhh...

Harap banyak la rezeki aku nak sediakan hadiah. Duit, come to momma..

p/s: ibu jari kaki kiri aku kebas dah dua malam. Nak kena mintak mak picit ni.. hehe.

Cerita Dia~

Sesekali dia akan bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Mengira-ngira sesuatu, meluahkan rasa hatinya. Dia mungkin nampak aneh pada pandangan orang lain, tapi ada sesuatu tentang dirinya yang mengundang rasa ingin tahu. Siapa dia sebenarnya?

" Ramai orang dah banyak tolong kitorang. Rasa nak balas je jasa diorang." Siapa? Apa jasanya?

" Nak puasa pertama kat rumah. Yela, kalau tak nak buka puasa dengan siapa?" Dia tinggal dengan neneknya.

Sesuatu mengatakan dia perlukan seseorang untuk berbicara. Sewaktu rehat, kelihatan dia menyenaraikan barang-barang yang perlu dibeli untuk bulan puasa. Perancangan membeli barang dibuat setelah dia memohon cuti sebelum sibuk untuk bulan puasa.

Banyaknya!

"Dulu kat S*** M*** ada jual beras yang paling murah tu. Sekarang dah bankrup tak de dah la." Dia susah hati memikirkan beras paling murah untuk dibeli.

"Anak sulung ke?" Soalan itu meluncur ke luar dari mulut yang gatal ingin bertanya- penuh rasa ingin tahu.

"Adik beradik berapa orang?"

Dia anak sulung dari empat adik beradik. Masing-masing dijaga oleh keluarga berlainan. Dia dijaga neneknya, manakala yang lain masing-masing dijaga oleh ayah, pakcik dan makcik.

"Ayah kahwin dengan orang ******** (sebuah negara lain). Dulu lahir kat Johor, tapi membesar kat sini."

Ibu dan ayahnya berpisah sejak dia berumur tujuh tahun. Ibunya telah kembali ke negara asalnya dan mempunyai keluarga sendiri- dia tidak langsung lagi pernah berhubung dengan ibunya. Di risau memikirkan kad pengenalan adiknya yang bermasalah- status warganegara dalam surat beranak adalah negara ibunya. Dia telah ke pejabat pendaftaran di sini, Klang malah ke Pejabat Kedutaan di Putrajaya, tapi masih belum selesai- akibat kesilapan semasa mula mendaftar sijil kelahiran.

"Risau kita. Nanti PMR susah, takut tak boleh ambik. Dah la budak pandai."

Untuk keluarga yang sering menerima bantuan orang lain, hanya pelajaran penyelamat yang dilihat mampu digunakan untuk mengeluarkan diri dari belenggu kehidupan yang sebegitu.

"Dulu ada dapat tawaran kat **** tapi ayah tak kasi pergi sebab tak mampu. Ayah tak kasi pinjam PTPTN- banyak sangat nak bayar. Ayah mintak tolong kawan dia masukkan tingkatan 6. Tengokla tahun depan."

Ah, dia cuma 18 tahun. Aku tak tahu betapa banyak lagi perkara yang perlu dia fikirkan. Bila dia melihat kawan-kawan sebayanya masing-masing sibuk menyebut-nyebut kemasukan mereka ke Uni bulan 9 ni. Dia juga tiba-tiba mengatakan dia mahu berhenti- mahu sambung belajar bulan 9 ni- dia minta catering- tapi ayahnya lebih suka dia masuk tingkatan 6.

Hampir saja aku jadi orang yang memandang aneh pada dia. Mungkin dapat bercerita perihal keluarganya pada seorang asing seperti aku saja sudah cukup untuk melapangkan sedikit kekusutannya- aku bersyukur aku mampu bertanya.

Semoga Allah mudahkan segala urusan dan dilapang dan luaskan rezekinya. Dia mahu balas budi semua orang, dia mahu adik-adiknya berjaya, dia juga mahu berjaya.

Siapalah aku yang dah hidup 23tahun ni kalau nak dibandingkan dengan dia yang dah tahu mana beras mahal, mana beras murah. Sibuk nak cari sayur untuk dimasak. Bangun pagi pergi kerja pun mak masakkan, dia semua kena buat sendiri. Kalau lewat abang-abang aku, mak aku boleh jugak hantar. Dia kalau lewat ayah dia dah pergi kerja- cuti saja la jawabnya.

Kenapalah aku hampir saja memandang sinis dia? Mungkin dah pandang pelik - syukur aku ada belajar psychology sikit dulu.

Manusia...

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapore - Winner?

Dengan rasminya Malaysia kalah dengan Singapore. (4-6)

Aku tak nampak pun diorang main, dengar radio je, tapi aku tau Singapore kuat jatuh je. Aku tak tahu la nak kasi diorang anugerah apa. Pemain bola terbaik ke, pelakon drama terbaik. Grammy tu.. Grammy...

Hangin pulak aku tengok bola je pun.

Lantak lah. Tahniah la pemain Malaysia, rilex la.

Oops. Terlebih emo sudah. Esok kerja.. Rilex2.

Please try again after the beep.. beep..

Hangin satu badan- Malaysia vs Singapore

Apa pasal pulak negara ni?

Dah kalah dengan Malaysia sibuk kutuk kat wall facebook. Adui, tak ada kaitan dengan kamu orang pun. Tak profesional langsung. dari nak tengok bola, aku dengan abang aku sibuk tengok orang kutuk mengutuk negara yang bagi makan anak bini diorang ni. Adui la..

15 minit- 2 Gol?? Malaysia vs Singapore

Aduh, Singapore dah dapat 1! Kenapa pengulas sukan ni makin cakap kata-kata yang melemahkan semangat?

Malaysia, ramai penyokong ni. Kat tempat sendiri. Bertahan, bertahan!

p/s: Aku tiba-tiba suka bola. Dengar bunyi-bunyi pun dah tensen je.

Malaysia vs Singapore

Assalamualaikum

Penat baru sampai rumah balik kerja, duk menonton TV sambil dengar radio Malaysia vs Singapore. Tv kami TV1 tak boleh nak clear langsung. Tak pe, dengar radio pun dah cukup dup dap dup dap. 1-0.

Singapore saja nak injured je nih. Konon nak delay game la ni. Aku menaip pun dah debar je. Abang-abang aku tengok TV entah apa gambar pun macam nampak je bola. Wahaha.

Saya tak nampak~

Assalamualaikum~

Ini auto post. Semalam (26/7/2011) ada seorang pakcik datang ke kedai. Dia tanya aku harga cermin yang dia pegang. Aku tengok dan beritahu, RM 3. Dia pun cakap lah, dia tak nampak.

Aku pandang ke muka pakcik tu, dan aku cuma mampu tersenyum sambil aku bermonolog,

"macam mana nak nampak, pakcik pakai spek itam..."

Aduh, pakcik ni. Bukan main. Aku tengok dia pun tergelak. Lucu la. Aku fikir dia dah tua, rabun tak nampak. Ataupun memang dia rabun dan tak nampak, malah dia silau sebab tu dia pakai "spek itam"@ cermin mata hitam.

Macam-macam jenis orang aku jumpa kat kedai ni.

Aku pun terkejut kat Tanjong Karang ni ada acam-macam jenis orang. Malah, kalau dulu orang fikir sini tempat orang Jawa, orang Banjar, orang Melauyu- semua tu dah tak boleh pakai. Ada banyak orang Kelantan, Kedah, Negeri 9, Sabah, Indonesia, India, Bangladesh dan sebagainya. Memang makin meriah.

Masa post ni InsyaAllah aku tengah kemas dan angkut-angkut barang.

p/s: aku dah plan nak mintak cuti Khamis minggu depan. Aku jugak dah terangkan kat "kakak" tentang hal konvo dan abang aku kahwin. Pening je dia. Khamis ni, cuti untuk shopping raya (awalnya). Terpaksa. -tak boleh bayang kerja masa hari pertama puasa. Aku selalu lebik kalau hari pertama ni. Huhu.

Wednesday, July 27, 2011

Nak kerja nurse jugak...!

Assalamualaikum dan selamat malam..

Baru je aku bukak FB aku dan aku baca ini di post oleh kawan aku,

" one more thing, sy dpt tawaran gleneagles, mse dia call bgtaw sy dpt offer, dia taya sy, "u ada kwn2 yg ada degree tak kerja lgi ker? yg frash graduate, ask them to apply here, boleh dpt, sbb kita mmg nk hire fresh degree kalau boleh", so korang, try la gleneagles, mmg btul i*** ckp isu tudung tu, for da time being tu la polisi hosp tu kne pki scarf je, sy dh tnye matron tu nk pki inner turtle neck boleh tak, or tutup leher, dia ckp tak boleh sbb nk standard. sy dpt ni pgi je la, tp if dpt interview hosp lain, sy akan reconsider utk kerja tmpat lain.. tp skng ni mcm susah nk dpt.. so sy kerja dlu mne yg dpt.. bg sy mcm tu la.. tp kalau korng taknak jugak, takpe la, takyah la try gleneagles k. tp kalau berminat, sy galakkan, sy dpt offer basic rm1900 + rm200 for degree alaun." <-- lupakan kesilapan ejaan dan segalanya.

Serba salah aku. Kawan aku pun cuba jaya je dulu kat situ. Lagipun dia memang duduk menganggur saja. Mak dia pun kata kalau dapat tempat lagi bagus sila lah pergi. Mak dia pun mulanya tak setuju- tapi, tak ada contract- maksudnya kalau dapat tawaran lain boleh la cabut lari.. haha.

Ya Allah, permudahkan la urusan aku. Aku nak jadi nurse. Rasa nak hantar je lagi resume kat hospital mana-mana pun, tak kisah la dekat ke jauh. Tapi, mak harap aku kerja dekat je. Tak tau la. Nak hantar resume pun asyik tak sempat je nak ke pejabat pos.

Bertindak profesional bila ditegur?

Assalamualaikum... Malam / pagi?

Hari ni aku kerja macam biasa, cuma lebih gila-gila. Hari ni aku kena tegur dengan "kakak" melalui telefon melalui rakan sekerja.

Terus terang aku kata, aku malu. Tapi, aku pura-pura boleh terima. Aku nak jadi se"skema" yang boleh, tapi aku masih tak mampu. Kali ni, aku kena tegur sebab membelakangkan pelanggan @ tak perhatikan pelanggan sebaliknya berpaling ke arah bertentangan. - Aku bosan asyik pandang barang dalam kedai, dan aku segan asyik tengok orang beli barang.

Dalam hati dan kotak fikiran aku timbul macam-macam isu. Ketidak puashatian aku yang aku diamkan selama ni. Aku tak suka kena jaga belakang seorang diri sedangkan budak dua orang tu jaga kaunter- sepatutnya bila sibuk- tapi diorang cuma berdua macam sibuk dan bersembang sedangkan aku cover satu kedai. Seorang lagi tu bila kat baris @ bahagian dia tak pandang sangat pun orang membeli tak pulak kena tangkap- diperhati melalui CCTV oleh bos.

...dan beberapa perkara yang aku cuba ungkit. Aku kena berperang semula dengan diri aku. Ini baru kerja kedai biasa. Kalau aku tak mampu hadapi benda macam ni dengan sikap profesional dan terbuka, macam mana aku nak kerja nanti? Aku pendam dan terima tapi dalam hatiaku tak puas hati. Sampai bila aku boleh bertahan berpura-pura? Aku kena belajar menerima dan bersikap lebih matang.

Mungkin kerja kat kedai ni, memang membantu aku memajukan dan mematangkan diri - persediaan kerja di alam yang lebih sistematik, berperaturan, punya undang-undang dan etika lebih ketat dan lebih mencabar. InsyaAllah. Go go!

Mak tetap mak~

Semalam mak datang kedai, silap kedai sebenarnya. Mak nak pergi kedai sebelah. Mak hantar laksa kat aku. :) Sukanya!

Tuesday, July 26, 2011

Mereka di mataku~

Kisah 1:

Aku lihat dia masuk ke kedai seperti pelanggan yang lain. Aku pandang atas bawah- tanpa sedar. Aku lihat kasutnya bukan main tinggi- dalam hati terdetik, "amboi, makcik ni." Namun, akhirnya aku tersedar aku membuat kesimpulan tanpa tahu hujung pangkal cerita- aku perhatikan betul-betul. Oh, cuma sebelah kakinya memakai kasut bertapak tinggi. Aku tak pasti apakah masalahnya, tapi aku perhatikan jalannya sedikit tempang. Mungkin dia memang punya kaki yang tidak sama panjang, atau berlaku kejadian atau dia ditimpa penyakit, atau itu kaki palsu yang lama- tak mampu nak beli baru. Ya Allah. Betapa aku patut bersyukur dengan kaki ku yang dua ini.


Kisah 2:

Seorang pakcik berjalan pusing satu kedai- ala-ala window shopping. Kemudian di tanyakan harga beberapa barang- dan berlalu tanpa membeli apa-apa. Aku terdetik, adakah dia tidak punya wang yang cukup untuk membeli apa yang dia mahukan. Dia ada bertanya tentang seutas jam. Bila dia tahu harga setelah dibelek-belek jam tu, dia berlalu. Esoknya, dia datang lagi. Kali ni, dia merokok- penjaga kaunter menutup hidung dengan tisu- terbatuk-batuk. Entah kenapa, kali ini naluriku kuat mengatakan aku patut hanya menahan sesak nafasku- bau asap rokok. Akhirnya, dia bertanyakan jam yang diminati. Dihulur wang RM50- aku perhatikan dia dari mula hingga kahir dari jauh. Oh, dia beli jam tu. Mungkin semalam dia survey jam, mungkin dia mahu belikan jam tu untuk cucunya. Tiba-tiba aku rindu arwah abah. Mungkin abah juga macam tu bila aku mahukan sesuatu sedangkan dalam poketnya tak punya wang yang cukup.

Kisah 3:

Mak aku cerita tentang kawan adik aku. Dia duduk di asrama di Kuala Lumpur sedangkan semua ahli keluarganya di Brunei (mak dan adik2 ke Brunei sebab ayah yang kerja kat Brunei dah sakit-kalau balik Malaysia susah nak dapat kerja)- aku jumpa dia kat kedai, ada makcik kat KL katanya. Mak cerita, dari kecil dia memang duduk dengan nenek jaga adik-adik. Mak di KL, ayah di Brunei. Dia balik sekolah masak buat semua kerja rumah. Bila neneknya meninggal maknya balik duduk kat kampung tapi balik lewat malam. Bila hujan, guruh, ribut- ajak jiran temankan kat rumah. Sekarang duduk di asrama- sambung tingkatan 6 kat KL sebab duduk asrama dan ada makcik. Bila duit poket habis dia akan tolong makcik kantin basuh pinggan, kemas-kemas. Wah, betapa dia hidup berdikari. Aku selalu rasa sesak dalam keadaan keluarga aku, tapi dia? Aku cuma mampu ucap "all the best" pada dia masa dia nak balik bertolak ke KL petang semalam.

Siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka?

Monday, July 25, 2011

Dah berisi~

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Wah, dah lama tak online pagi-pagi macam ni. Saja je nak mengulas khabar. pagi ni bangun bukan main batuk ni main kejar-kejar. Silih berganti.

Bukak facebook, alhamdulillah seorang kawan aku dah berisi. Isi apa? Semakin gemuk ke? Ha'a, perut dia insyaAllah akan semakin membesar - a little baby is inside her womb.

Aku ada dua housemates ni kat U dulu sebelum aku pindah masuk ke kolej - seorang dah nikah sebelum tamat belajar- sekarang dah kerja dan baru diberitakan dah ada baby kat dalam, yang seorang insyaAllah akan melangsungkan perkahwinannya raya Aidilfitri nanti - masih belum dapat tarikh la.

Semoga semuanya berjalan lancar dan semua sihat-sihat belaka.

Sunday, July 24, 2011

Demam berlarutan~

Assalamualaikum dan selamat malam..

Dah seminggu aku demam dan batuk. Aku jarang sakit lama-lama macam ni. Aku dengan mak asyik bersahut-sahut @ berduet - batuk. Mungkin sebab aku bantai kerja jugak walaupun tak larat kot. Angkat stok sesuka hati.

Semalam aku dah pergi jumpa doktor- klinik je la. Kena RM65- banyak benar. Malam semalam dapat la aku tidur dengan lena tak macam malam sebelum tu, 2jam saja aku tak dapat tidur sebab batuk tak henti-henti. Nak menangis pun ada, sesak tak boleh bernafas.

Asalnya demam aku dah kebah masa hari pertama kerja, sekarang dah demam semula. Berpeluh-peluh hidung aku sebab panas sangat. Bernafas pun rasa sangat panas. Buat masa ni, makan ubat yang terpaksa beli dan jugak letak tuala basah kat kepala ni ha.

Tadi siang, sorang pekerja tak datang. Terpaksa la aku tolong cover kawasan dia- tolong yang mana tahu je. Penat aku sorang jaga belakang. Lagi dua orang jaga counter bila ramai orang. Aku sorang kena tengok orang membeli dan memilih- aku tak puas hati tapi diam je lah. Bos yang suruh gitu.

Cepat la aku dapat kerja nurse. Aku dah tak larat kot nak kerja sehari suntuk macam ni. Nak pengsan. Kerja kedai, nak mintak cuti pun rasa serba salah- baru sangat- tapi bila sakit camni dapat rehat sehari pun ok dah la. Hmm..

Entah lah. Semua dalam rumah ni pun macam dah berjangkit-jangkit je batuk. Harap cepatlah semua sembuh. Karang pusing-pusing jangkit sakit sampai sudah.

Ok lah. Tak larat dah nak membuka mata. Doakan aku dan keluarga aku lega dari sakit ni. Amiin..

Saturday, July 23, 2011

Aku rasa aku dah ada "muscle"~

Assalamualaikum

Dah tengah malam. Hari ni aku malas nak cerita panjang sebab aku nak rehat lebih sikit.

Hari ni stok bunga sampai- berkotak-kotak. Nak kena letak kod dia, susun, kira punya lah banyak bunga. Penat sampai lencun aku. Nasib la aku makan banyak masa rehat sebelum tu.

Aku rehat ke-3 maka, aku rehat hanya setelah jam 7 malam. Penatnya kerja tak berhenti-henti. Lepas dah rehat semua orang kena angkut kotak pulak naik stor. Entah berapa dah angkat pun tak perasan, tapi memang penat.

Aku terfikir macam mana la buruh-buruh, petani kerja. Aku sikit masa tak dapat pun dah merungut. Bos tak fikir pasal keselamtan pekerja konon, diorang panjat bangunan tinggi tak ada guna tali keselamatan pun kebanyakannya- langgar peraturan jugak.

Batuk aku makin menjadi. Tapi, dah mula nak ada kahak - rasa lega kalau dah keluar. Tapi masih malu-malu dia nak keluar. Tadi batuk dengan teruk depan pelanggan, aduh, malu aku! Ni aku ada buat chest percussion sikit, baru la rasa luruh sikit kahak yang melekat kat paru-paru ni. Tapi, masih tak berapa produktif. Aku makan ubat batuk Breacol -expectorant tulisnya. Aku harap betul la.

Mak aku batuk berkahak @ productive cough- bunyi batuk tu macam ngeri tapi yang tak berkahak ni lagi perit kot. Sebab dia tersekat tak mau keluar. Geram aku. Rasa nak jolok je -patut la Is masa batuk suka jolok tekak. Mesti dia tak selesa kahak sekat kat tekak.

Geli ke cerita aku kali ni? Nasib la..

Friday, July 22, 2011

Baru rasa macam kerja-sikit la..~

Assalamualaikum

Di kala hampir tengah malam ni je la peluang aku nak membebel. Aku tak boleh nak curi-curi online sebelum pergi kerja sebab banyak kerja rumah nak siapkan. Masa kerja lagi la tak sempat. Waktu rehat perlu diguna sepenuhnya, nak makan, nak rehat, nak solat.

Pagi ni, semua pinggan mangkuk dah dibasuh. Mungkin mak, mungkin Paten atau K. Na yang basuh. Lega aku. Badan pun masih sengal-sengal ni. Maklumlah tulang dah lama tak buat kerja berat. Elok aje aku sidai baju - bukan semua, tapi dah penuh ampaian- hujan turun selebat-lebatnya. Masa tu aku tengah suap budak-budak makan. Awish tu takut hujan, terpkasa ditunggu je. Is pulak sibuk nak tengok hujan sampai tak nak makan. Lastly, dua2 menyusu je.

Aku sampai tadi masih belum ada sesiapa. Cuma ada budak kedai sebelah. Dia tanya aku lama ke kerja. Lepas tu, bila dia tanya umur dia kata ingatkan 19 ke 16 tahun. Wahaha. Mudanya. Sedangkan dia lagi muda, 18tahun- baru nak masuk UiTM katanya.

Aku bawak bekal lagi- dah dua hari mak masak untuk aku. Aku ingat nak masak sendiri, tapi mak dah siapkan segala benda. Aku just buat kerja rumah yang lain. Nanti aku dah rasa sihat sikit aku buat kerja awal dan lebih sikit lah- mak pun bukan sihat sangat sekarang ni. Masing-masing jangkit menjangkit.

Hari ni, budak dua orang tu sama-sama terpakai baju sama- Kolej Matrikulasi Melaka. Aku terkejut, ingat kedai ada uniform. Bila masa pulak? Aku pun elok je pakai baju KTDI (Kolej Tun Dr. Ismail). Nasib color hitam oren, bukan hijau.

Macam biasa, pagi-pagi lepas susun barang kena bersihkan barang-barang tu semua. Dengan keadaan aku yang batuk, habuk berterbangan, aku rasa aku terdedah pada occupational hazard. Kalau aku tak batuk pun, aku rasa ia tetap hazardous @bahaya. Dah la tak ada langkah-langkah keselamatn langsung. (Aku terfikir, berapa ramai bos kat Malaysia yang betul fikir pasal keselamatan dan kesihatan perkerja- full time@part time- boleh buat kajian ni.)

Srok sampai hari ni. Baru la aku rasa tenaga aku dikerah sikit. Hari-hari aku kerja kemas bahagian aku cepat je siap sebab ruang aku sikit berbanding orang lain. Bosan.Angkat barang, punch harga, susun barang baru la seronok aku nak kerja.

Oh, ye. Aku bukan nak cerita apa la. Tapi, ada seorang lelaki yang pada pandangan aku mungkin ada penyakit mental iaitu schizophrenia suka kacau budak yang jaga kaunter. Macam-macam dia bebelkan. Bila aku pandang - sebab risau dia kacau budak tu- dia akan cakap, "adik jangan pandang. Adik muda lagi. ....Siti Nurhaliza. .....dah ada makwe.." dan sebagainya. Aku risau sebab selama ni dia cuma kacau kat depan kedai, hari ni dia berani masuk kedai ambik plastik- aku dah tau lelaki tu, dia memang suka mintak plastik. (pengalaman kerja kat satu kedai lain masa zaman muda-muda dulu)

Ada satu lagi perkara yang aku fikir, iaitu bila aku tengok seorang budak lelaki umur lingkungan 5-6tahun pakai rantai dengan loket besar lebih kurang macam ayahnya, aku terus terfikir kumpulan mafia. Haha. Rasa macam drama. Tau je la, mafia ni kalau dalam cerita sayang betul dengan anak kecik dia. Anak dia nak mainan, ayah dia pilihkan satu. Lepas tu, budak tu ambik mainan yang dia suka tadi kata dia nak dua-dua boleh main sama dua barang tu. Ayah dia pun belikan je.

Bila aku tengok mainan yang tergantung kat kedai tu aku selalu terfikir ada orang nak belik ke mainan macam ni. Kaku je pun, bukan ada apa-apa. Kena tipu je la budak-budak ni. Tapi, bila kenang semula aku pun antara budak yang tertipu jugak. Apalah main patung ultraman yang kaku tu? Apalah main kereta yang kita terpaksa tolak ke depan dan ke belakang siap kena buat bunyi wennggg... wenngg... atau vroomm.. vroomm.. guna mulut sendiri.

Apa pun, hari ni baru aku rasa macam buat kerja. Itupun, aku sempat turunkan beberapa jenis senduk yang dijual dan aku bersihkan satu persatu. Esok aku sambung lagi sampai habis satu rak, lepas tu pusing semula. Baru la hari-hari aku ada kerja. Tak tau la kalau betul bulan puasa nanti kerja sangat sibuk sampai nak rehat pun tak sempat. (sebenarnya kakak@bos perempuan cakap tak sempat minum, tapi bulan puasa memang tak minum maa..)

Oklah. Aku balik tadi Is dah tidur. Tapi, aku balik tadi abang aku, mak aku, adik aku dua orang datang ambik. Diorang shopping puasa. Apa pun, yang pasti sejak 4 hari aku kerja, semua family aku dah datang ke kedai tu. Lucu betul.

Nak blogwalk..Selamat malam dan rehat cukup-cukup..

Thursday, July 21, 2011

Nak berhenti kerja~

Assalamualaikum..

Seperti biasa, aku sedang mengangkat kaki atas dari paras jantung untuk mngurangkan risiko deep vein thrombosis. Satu hari berdiri, 12 jam naik lemau tulang belulang aku. Tajuk aku tu gimik je. Bukan nak berhenti betul pun. Perasaan nak berhenti je.

Hari ni, pada awal hari aku rasa seronok sebab aku dapat layan pelanggan aku dengan baik-aku rasa la. Aku cuba untuk jadi lebih mesra pelanggan, bagi ruang bila diorang nak beli barang dan menawarkan diri bila rasa diorang perlu bantuan.

Tapi, semua jadi makin tak seronok bila aku perasan air aku tertinggal. Tekak aku terasa perit dan kering, rasa haus sangat-sangat. Teringat aku baca kat majala Wanita- kak ipar aku punya-, jangan biarkan rasa dahaga. Minum air walaupun segelas untuk elakkan dehidrasi.

Aku tak sabar nak rehat. Kejap-kejap tengok jam je. Bila dapat rehat aku pun beli air mineral botol besar punya. Nah, kau! Baru puas hati. Aku beli jugak air sejuk- air asam limau- walaupun batuk. Hehe.

Lepas tu, nak solat zohor air tak pasang lagi.Paip dari rumah atas-rumah sementara bos- kena pergi pasang dulu. Diorang kata kadang bos yang pasang. Aku pun pujuk la L untuk naik pasang. Puji-puji sikit. L yang baik hati... Tapi, L yang baik hati telah pujuk A yang lebih baik hati pulak. Maka, A yang lebih baik hati naik atas pasang paip. Terima kasih..

Stok datang petang ni. Baru la aku rasa tenaga aku digunakan. Kalau tak asyik melanguk je kerja. Angkat barang, punch harga. Tpai, lepas dah siap semua mula la bosan balik. Dalam satu hari tak tau berapa kali aku round kedai tu, belek satu persatu barang yang ada.

Bila layan customer, bila bercakap dengan budak-budak tu, aku rasa aku dah semakin pandai bercakap la. Sebelum ni, dengan budak satu course kelas aku setahun baru aku boleh bercakap dengan diorang dengan mesra, kali ni satu hari je dah boleh masuk. Cuma aku kadang lebih banyak diam sebab diorang sebaya, kawan sekolah, kawan matrik, nak masuk U so, diorang bincang hal diorang je la.

Penat jugak angkat stok. Aku fikir bila bulan puasa nanti macam mana? Nak angkut barang naik stor lagi. Tadi baru barang ringan. Nanti puasa entah apa barang ntah ada.

Apa pun aku rasa sangat letih sebab tak ada apa-apa nak dibuat. Aku rasa jaga Is kat rumah lagi best. Sekurang-kurangnya ada jugak keletah dia. Tadi aku memang rasa tak sabar sangat nak balik. Lebih-lebih lagi lepas  ......perkara ini terjadi.

Oh, tadi sebelum kitorang tutup kedai semasa tengah angkut barang masuk kedai -tinggal dua ekor binatang tu je (mainan haiwan masukkan 50sen pastu dia nyanyi2 dan berjoget) tak masuk lagi- tiba-tiba bekalan eletrik terputus. Nasib la kitorang dah hampir siap. Kesian tengok kedai sebelah-sebelah yang besar dan banyak barang tu terpaksa kemas dalam gelap. Tak lama tu bos pun turun tanya lampu dah tutup belum. Budak tu kata dah- memang dia dah tutup tapi tertinggal satu lampu. Bos pun kata, " ni apa ni? Kata sudah." Tertinggal je pun. Bukan sengaja.

Bos aku ni, kalau apa yang dia kata kita mesti kena buat dengan betul dalam satu percubaan je. Jangan buat salah langsung maka dia akan buat perangai lawak. Tapi, kalau salah dia terus marah. Aku masih tak berani nak cakap sangat dengan dia. Aku seriau la...

Nak berhenti tapi baru 3 hari. Sekarang dah fikir masa yang sesuai nak berhenti. Lepas raya 2 minggu?

Wednesday, July 20, 2011

Is datang kedai...!!

Yeay.. Is datang kedai tadi. Mula-mula dia diam je. Nampak je muka aku terus mulut dia.. wow....macam biasa.

Aku dukung Is kejap disebalik rak yang tak masuk kat CCTV. Takut aku kalau bos tengah menonton dari tingkat atas. - bos boleh tengok kitorang live dari CCTV dia. Kalau ada hal dia tak berkenan terus dia telefon.

Selepas Is datang, aku yang mulanya tengah menung kebosanan makin rasa nak balik rumah. Kalau bukan sebab duit...lama dah aku berhenti kerja. (baru 3hari kerja)

Bila balik tadi, Is belum tidur. Tak nak tidur. Semua orang cuba suruh tidur tak mau. Tak lama tu tiba-tiba dia nak didukung saja pulak. Habis semua orang memujuk.  Letak dalam kereta, letak dalam raga motor. Tak mau tidur. Ayah dia kurung dalam "gua"@ bilik tidur mak ayah dia@ bilik gelap tapi makin lah dia nangis. Bila turun masih tak nak diam.

Mak aku cadangkan untuk pergi mandikan sebab siang mandi awal sangat. Tapi, sebelum sempat air dipanaskan aku ambik Is. Aku pun cuba tepuk-tepuk dia. Aku dodoikan lagu biasa (25 Rasul + Puji-pujian) tiba-tiba dia menguap. Abang aku cakap, "ada peluang ni." Aku pun teruskan la dengan suara tersekat-sekat, terbatuk-batuk. Alhamdulillah. Terlentok walaupun belum lena.

Tengah syok mendodoi, tiba-tiba kau tak tahan nak gelak. Sekali ayah dia pulak yang dah lena dulu. Amboi.. Menyengat suara aku ye? Is dah lena..

Bangga aku. Is nak tidur dengan aku dan mendengar suara aku yang dah macam apa ntah ni. Dengan terbatuk-batuk tak sudah. Rindu aku la tu.. haha.

Hanya kamu~

Ye, cuma dia seorang je. Buat masa ni memang tak ada yang lain. Dialah si comel aku, satu-satunya anak buah aku. hari ni, dia datang ambik aku kat kedai. Tadi dalam jam 9.45pm kot, aku dah mula tutup kedai.

Aku mesej mak ada orang ambik ke tidak. Tiba-tiba tengah aku angkat rak aku nampak kereta hijau NN tu. Lepas tu, adik aku keluar, mak aku keluar pegang Is! Terus aku menjerit, " Is!" tanpa segan silu. Seronoknya aku. Yela, sebulan dah jaga dia. Walaupun aku bosan duduk rumah sebab jaga dia aku tak rasa bosan sangat. Aku rasa jaga kedai lagi bosan. tak boleh ajak main, tak boleh cium bau baby, tak boleh buat dia ketawa dan tak boleh buat dia sayang aku.

Dah siap kemas tu, aku terus dukung dia. Tengok muka aku je terus berbunyi mulut budak tu. Memang ceriwis -javanese-@ becok. Semua dia tunjuk , " uhh..uhh..uhh..." Seolah-olah berkata, " wah... Masuk kereta dia peluk aku. Aku pun terus tepuk-tepuk nyanyi lagu 25 Rasul dengan Puji-pujian oleh Raihan, dia tidur! Sah, mesti dia rindu aku ni. Dapat bau peluh busuk pun boleh lena- ke pengsan? Ni buat aku rasa nak duduk lepak-lepak, guling-guling je kat rumah dengan Is ni. tapi duit tak dak.....

Melilau mata tengok orang~

Mungkin dah tabiat aku suka tengok orang. Entahlah. Aku bukan tengok orang tu hensem ke tidak, lawa ke tidak - tapi aku suka banding budak kecik dengan Is. Aku tetap rasa Is jugak hensem. Aku cuma perhati orang keluar masuk kedai tu-tugas aku- sambil perhati segala benda yang aku boleh perhati.

Aku dah jumpa orang yang ada satu masalah kesihatan yang kau pernah tengok masa belajar mental health dulu. Aku rasa la- aku tak layak nak diagnose. Aku rasa orang tu ada tic disorder. Ataupun tourette syndrome. Aku kesian sebenarnya kat makcik tu. Kalau orang awam yang tak tau mesti kata makcik tu pelik.

Aku juga jumpa seorang yang aku rasa memerlukan perhatian dan ada masalah personality complex. Aku kesian jugak, tapi, aku tak mampu nak buat apa-apa selain layan macam orang lain jugak. Menjadi itik di kalangan ayam mungkin buatkan itik nak berkokok.

Dalam ramai-ramai pelanggan jugak, ada yang suka kita ada kat tepi sebab senang dia nak panggil. Kena tunjuk muka sedia membantu. Tapi, orang macam aku tak suka kalau diikut. Cukuplah perhati dari jauh. Bila dah rasa orang ni mungkin cari sesuatu, perlukan bantuan nak angkat barang baru aku hadirkan diri. Tapi, aku tak pasti berapa ramai yang rasa kehadiran aku merimaskan.

Tak kurang jugak dengan budak-budak kecik yang ada kat situ. Macam-macam jenis ada, Ada yang nak sangat sesuatu barang tapi malu-malu nak mintak kat mak dia. Ada yang bagi hint sikit-sikit. Ada yang diam membisu tapi tangan sikit-sikit pegang benda tu. Ada jugak yang terus je mintak siap nangis-nangis.

Oh, ada seorang ibu yang aku kagum- tak tau bagus ke tidak. Korang tau tak mainan budak kecik yang kita masukkan duit syiling nanti dia goyang-goyang lepas tu bunyi? Ada sorang budak ni, mak dia sporting habis. Mula-mula semalam anak dia mintak naik dia kasi. Lepas tu dah stop, anak dia nak lagi dia kasi lagi. Hari ni nak tau apa jadi. Anak dia seluk je poket ambik duit masukkan syiling sendiri. Mak dia dah bagi duit siap-siap. Entah berapa ringgit habis tadi.

Mamcam-macam jenis orang ada. Ish, aku sibuk tengok orang. Perangai sendiri tu? Harap aku dapat belajar dari perangai dan sikap orang lain.

Tuesday, July 19, 2011

Dilema Hamba Allah~

Assalamualaikum..

Aku tak berapa nak sihat- walaupun tak ada siapa tanya. Satu hari aku batuk je.

Terus terang aku tulis, aku agak menyesal sikit kerja dengan kedai ni. Buat masa ni aku tak ada masalah nak solat, kawan aku pun ada beritahu kakak tentang keperluan kitorang ambil masa 5minit nak solat. Cuma, aku kesian dengan budak yang jaga kaunter. Kena tunggu bos ada baru boleh pergi solat. Buat masa ni yang reti guna mesin kat kaunter tu cuma 2orang je. Yang seorang tu memang si cashier ni seorang lagi pulak buat kerja lain. Dia pun asyik susah sangat nak ganti tempat.

Kalau bos laki ada, semua orang jadi takut-takut jugak nak ke bilik rehat tu. Susah hati aku. Apa guna dapat duit kalau nak solat pun susah. Rasa menyesal tak kerja kat SAKAN yang sah-sah Melayu manager dia pun. Entah lah. Menyesal kemudia tak berguna. Kena cari jalan boleh ganti sekejap untuk budak cashier tu solat. Kesian dia dapat Asar nak dekat Maghrib- masa waktu rehat ke-2 (setengah jam). Speechless aku tengok.

Aku lebih suka kalau kakak yang jaga kot dari bos laki@ uncle- semua orang berani panggil dia uncle, tapi, aku tak berani langsung. Sejak aku masuk dia langsung tak pernah senyum. Nak panggil uncle pun rasa macam buat salah besar je.

Aku fikir puasa nanti. Satu hari suntuk kerja, oh, ruginya Ramadhan aku. Hari-hari dari pagi sampai malam dalam kedai tu. Raya pun entah apa cerita ni. Budak dua orang tu nak masuk U jap lagi, nak berhenti sebelum raya dengarnya. Aku?

Wah..Tokey marah sudah..~

Alhamdulillah berjaya hadapai hari kedua kerja. Tapi, hari ni telah jadi peristiwa yang buat darah aku berderau. Bos marah. Dahsyat dan agak tak dapat diterima dek akal aku. Bukan aku yang kena, kawan sekerja aku.

Aku rasa kawan tu tak perasan apa yang bos cakap. Maka, dia tak bertindak mengikut arahan. Tapi tiba-tiba bos tegur@marah lepas tu cakap, "lain kali saya cakap sekali saja dengar!" Mak aih. Tak ada sebarang kompromi lansung.

Yang aku paling cuak sebenarnya, sebelum tu ada seorang customer Cina- bukan nak kata lah- tapi, dia tak fasih cakap Melayu. Aku faham apa yang dia cuba cari tapi aku tak dapat nak bayangkan barang apa. Aku baru dua hari kerja, mana nak master semua benda yang ada- akhirnya, benda tu memang kat tempat aku jaga. Aku tak perasan benda tu apa. Ya Allah. (Ia adalah sejenis alat pemukul nyamuk@ lalat yang berbentuk seperti raket tenis yang boleh dicas dan ada keluar apa ntah dari jaring dia. Bila kena binatang di atas ia insyaAllah akan mati.)

Maka, bos yang faham terpaksa turun padang untuk beritahu apa bendanya. Aku dengan lurus bendulya tanya bos apa nama benda tu. Bos aku lansung tak jawab dan terus berlalu teruskan kerja dia. Dek sebab kawan tu masih ada kat situ terus bos marah. Aku terfikir, sebab aku ke tiba-tiba bos marah? Yela, dioraang nak pekerja tau semua benda kat mana beserta kegunaannya dalam tempoh 1/2minggu <--? aku tak faham tulisan ni. setengah ke 1 atau 2 minggu ntah.

Cuaknya bila dengar bos marah. Kakak @ tokey perempuan tak tau la marah ke tak kemudian. Seram wow..

Aku ada banyak lagi nak cerita tentang benda yang terlintas dalam kepala aku hari ini je. Rajin jenguk la entry seterusnya ye?


1. Dilema hamba Allah.

2. Sibuk perhati orang.

3. Kau satu-satunya.

Kalau tak nak baca hari ni, esok pun boleh. Macam aku, baru sempat baca surat khabar semalam, hari ni. Surat khabar hari ni, malam ni baru aku baca, "orang tengah cetak surat khabar esok," kata abang aku.

Monday, July 18, 2011

Menggigil cari mak~

Assalamualaikum

:) Kisah ni menandakan malah membuktikan kasih seorang emak. Sila hayati...

Di satu malam yang dingin, seorang anak terjaga dari tidur dan menggigil kesejukan- tak sihat. Seluruh tangan dan kaki bergetar kerana kesejukan yang tak terbendung. Terasa nak menangis meraung je.

Dia cuba memakai stokin. Masih kesejukan. Maka, dia menyarung sarung lengan pada kaki dan tangan, malah memakai sarung tangan yang dibeli masa main ice skating kat Sunway Pyramid suatu ketika dulu.

Terlalu sejuk. Maka, dia mengejutkna adiknya- tukar selimut. Adiknya pakai TOTO yang tebal. Dia berselubung. Masih kesejukan. Akhirnya, kerana tidak lagi mampi menahan dia pun bingkas bangun membawa TOTO mengetuk bilik emaknya. "Mak, sejuklah. Menggigil."

Emak pun menyuruh makan panadol dan berselubung supaya keluar peluh. Selepas beberapa ketika emaknya bertanya, " keluar peluh tak?". Malangnya, dia tidak berpeluh. Tiba-tiba tangan si emak naik ke kepala memicit-micit kepalanya hingga tak lama dia tertidur. Bila dia bangun, badannya mula berpeluh dan dia semakin lega. Tidak lagi menggigil.

Sepanjang malam itu juga kedengaran emaknya batuk-batuk. Emaknya juga tidak berapa sihat. Sudah dua-tiga hari demam. Tapi, emak tetap jugak jaga si anak yang tiba-tiba menyelit masuk ke dalam kelambunya mengadu kesejukan.

Cuba la teka siapa si dia. Haha.

Hari pertama~

Alhamdulillah. Dah tamat aku punya pening-pening lalat fikir nak kerja. Akhirnya, aku kerja jugak.

Cuma aku tak puas hati, bos tak kasi sebut pasal gaji langsung. Boleh ek gitu? Atau disebabkan tu cuma kedai kecik, memang tak ada peraturan khusus untuk ambik pekerja? Entah lah. Aku pun memang pekerja sementara. Banyak songeh pulak.

Yang aku pasti, aku adalah pekerja junior yang paling tua. Sorang tu baru 18tahun, lagi dua tu 19 tahun- jap lagi baru nak melangkah masuk U- Unimap & UUM. Aku dah tamat belajar dah pun. Betapa tuanya aku.

Selain tak tau gaji, biasalah kalau kedai barang macam tu, 2minggu sebelum raya tak boleh cuti- sama je macam kedai Sakan. Huhu. Dah la kerja 12jam sehari. Abislah mak aku nak kemas rumah.

Tadi, aku tak bawak bekal sebab terlalu berdebar dan aku pun tak selera makan (sambung cerita kat sini). Lagipun aku nak berkejar ke pejabat pos- pos surat lapor diri JPA. Sempat. Alhamdulillah. Aku belanja berapa ringgit sehari je. Esok aku nak mula bawak bekal lah. Jimat2. Semua orang pun bawak bekal. Adik aku kerja dulu pun bawak bekal.

Penat jugak berdiri sebab dah lama tak berdiri. Teringat pulak saat2 kat wad masa awal2 dulu. "Kamu tak dibenarkan duduk langsung."- masa tu memberontak jiwa aku. Staff nurse walaupun berdiri, dia ada tugas dia dan bila tulis report duduk jugak. Kitorang ni melanguk berdiri. Aku rasa dah melanggar hak asasi manusia. Eh, dah cukup merepek.

Buat masa ni, aku masih sangat kabur-kabur pandangan tentang tugas aku. Kakak@ lau pan niang@ tokey perempuan cakap aku kena ingat kat mana barang-barang dalam masa seminggu. InsyaAllah boleh kot. Aku cuma tak pandai nak ingat stok dan top up stok buat masa ni. Semoga semua berjalan lancar.

Macam-macam aku dapat perhati orang melalui kerja aku ni. Aku harap aku dapat belajar beri servis yang baik kat orang- boleh aku gunakan bila jadi nurse nanti, insyaAllah.

p/s: aku rasa aku dah semakin pandai bercakap dan bergaul. Dah ramah aku sekarang :)

Sunday, July 17, 2011

Bukan lagi penganggur~

Alhamdulillah

Setelah kian lama aku menanam anggur yang tak nampak hasilnya, petang tadi tokey tu dah confirmkan suruh aku masuk kerja esok. Maka, aku bukan lagi penganggur. InsyaAllah.

Tapi kan, aku tak ingat nak tanya pasal gaji, pasal cuti, pasal peraturan. Aku main setuju je. Nanti raya aku dapat cuti ke tidak? Jeng jeng jeng.

Apa pun, esok baru aku nak tanya semua hal. Cuma.... Bila dah dapat kerja ni rasa malas pulak. Dah terlebih seronok nak cuti la ni. Lagipun, mak cakap mak lagi suka kalau aku duduk kat rumah. Ada orang tolong - jaga 2orang budak kan. Tadi pulak mak cakap lagi, mak baru demam dah nak mula kerja pulak. Buat aku serba salah.

Tapi.. kalau tak kerja mana nak dapat duit? Aku nak kena bayar bil broadband ni lagi. Nak kena simpan duit untuk kemudian hari. Abang aku pun dah cakap siang-siang dulu masa belajar boleh la nak mintak duit. Ni dah tak belajar jangan harap lah. See? Serba salah aku.

Tak pe lah. Moga dipermudahkan segala urusan dan rezeki. Nanti esok pagi-pagi sebelum pergi kerja kena la siapkan kerja rumah apa yang patut dulu. Mak dah la tak berani nak guna mesin basuh- selama ni guna semi auto, baru je tukar auto.

Ok lah. kalau dulu, kalau esoknya sekolah mesti kena masuk tidur pukul 10pm. Kalau tak nanti kena takut-takutkan. Sekarang ni, esok kerja. Aku kena la tidur awal jugak. (memang selalu pun tidur awal je)

Waktu kerja:

Selasa- Jumaat : 10am - 9.30pm
Sabtu- Isnin- 9.30 am - 9.30pm

Kerja kedai biasalah. 12jam sehari.

*p/s: dah la aku pun dah demam ni. Macam mana nak kerja? Belum kerja dah demam.

Pengakuan bekas Chatter~

Assalamualaikum.. :)

Sedang aku duduk-duduk, tiba-tiba aku terkenang kisah lama. Kisah aku menjadi seorang yang tenggelam dalam dunia chatting. Ye, aku merupakan seorang chatter tegar pada suatu ketika dulu. Aku sanggup bersengkang mata tak tidur malam, celik mata je chat.

Kelekaan aku pada dunia chat memang dah tak dapat dinafikan. Kawan-kawan aku sangat nampak perubahan aku. Aku semakin tak bergaul dengan orang di dunia sebenar- hidup aku asyik dengan dunia chat.

Aku tak ingat macam mana semua tu bermula. Aku kebosanan- mungkin. Aku yang tak pandai bergaul mencari-cari tempat nak berbual tanpa perlu memikirkan apa orang kata tentang aku. Dalam dunia chat, aku tak perlu risau orang pandang. Ye, dalam dunia chat cuma ada tulisan.

Pada mulanya, aku cuma berbual-bual kosong dalam alam siber. Lama kelamaan, aku tengok semua chatters kenal satu sama lain. Aku rasa nak jadi kawan macam diorang. Aku mula memperkenalkan diri dengan lebih mendalam. Akhirnya, titik permulaan yang lebih drastik adalah aku join gathering.

Aku masih ingat lagi abuya - paling tua dalam dunia chat tu- semua orang respect dia. Pertama kali aku join gathering, semua orang sangat berbeza dengan aku. Tapi, semua orang jugak sangat menghormati aku. Aku tak perlu buat apa-apa sangat, aku tak didesak atau apa-apa pun.

Dua kali aku join gathering. Sekali aku pergi ke rumah abuya - abuya ada ramai anak perempuan, cuma yang bongsu je lelaki. Diorang sangat baik dengan aku. Anak-anak abuya mengaku diorang senang dengan aku. Aku pun sangat kagum tengok adik-beradik perempuan yang ramai. Maklumlah, keluarga aku penuh lelaki.

Tapi, disebabkan hal tertentu aku mula merasa berat hati nak teruskan dunia chat. Akibat salah faham seseorang memfitnah aku. Mulanya, aku tak rasa terganggu. Tapi, bila perkara tu makin berterusan dan ada beberapa chatters yang termakan dengan fitnah tu dan mula mengenakan aku aku jadi tawar hati.

Akhirnya, atas alasan-alasan di bawah aku berhenti dari dunia chat.

1. pelajaran aku terabai sebab asyik dengan dunia chat

2. aku tak rasa senang dengan fitnah yang jadi

3. aku telah berani keluar berjumpa dengan orang yang tak dikenali hanya kerana nak join dunia chat- aku rasa aku dah buat satu perkara yang salah

4. hubungan aku dengan kawan-kawan aku dalam dunia realiti aku semakin jauh

Sesekali, aku nak jugak jenguk apa cerita dengan kawan-kawan chatters aku. Diorang masih kenal aku lagi ke? Adalah seorang dua yang masih aku berhubung- dalam FB. Tapi, aku dah serik kot.

Sekurang-kurangnya aku beroleh pengajaran dan pengalaman dari dunia chat tu. Semoga aku lebih berhati-hati kelak. - ex-chatters

Giveaway Dari Korea @fasihah.com


Assalamualaikum.
Dah lama tak join GA. Disebabkan perkataan Korea, maka aku nak join GA ni. Meh la join sekali. Hari tu pernah menang contest, mana tau ada rezeki lagi. Kan?

Sila klik gambar kat atas ni kalau nak join. Senang sangat nak join. Tak susah pun. :)