Pengikut

Friday, July 22, 2011

Baru rasa macam kerja-sikit la..~

Assalamualaikum

Di kala hampir tengah malam ni je la peluang aku nak membebel. Aku tak boleh nak curi-curi online sebelum pergi kerja sebab banyak kerja rumah nak siapkan. Masa kerja lagi la tak sempat. Waktu rehat perlu diguna sepenuhnya, nak makan, nak rehat, nak solat.

Pagi ni, semua pinggan mangkuk dah dibasuh. Mungkin mak, mungkin Paten atau K. Na yang basuh. Lega aku. Badan pun masih sengal-sengal ni. Maklumlah tulang dah lama tak buat kerja berat. Elok aje aku sidai baju - bukan semua, tapi dah penuh ampaian- hujan turun selebat-lebatnya. Masa tu aku tengah suap budak-budak makan. Awish tu takut hujan, terpkasa ditunggu je. Is pulak sibuk nak tengok hujan sampai tak nak makan. Lastly, dua2 menyusu je.

Aku sampai tadi masih belum ada sesiapa. Cuma ada budak kedai sebelah. Dia tanya aku lama ke kerja. Lepas tu, bila dia tanya umur dia kata ingatkan 19 ke 16 tahun. Wahaha. Mudanya. Sedangkan dia lagi muda, 18tahun- baru nak masuk UiTM katanya.

Aku bawak bekal lagi- dah dua hari mak masak untuk aku. Aku ingat nak masak sendiri, tapi mak dah siapkan segala benda. Aku just buat kerja rumah yang lain. Nanti aku dah rasa sihat sikit aku buat kerja awal dan lebih sikit lah- mak pun bukan sihat sangat sekarang ni. Masing-masing jangkit menjangkit.

Hari ni, budak dua orang tu sama-sama terpakai baju sama- Kolej Matrikulasi Melaka. Aku terkejut, ingat kedai ada uniform. Bila masa pulak? Aku pun elok je pakai baju KTDI (Kolej Tun Dr. Ismail). Nasib color hitam oren, bukan hijau.

Macam biasa, pagi-pagi lepas susun barang kena bersihkan barang-barang tu semua. Dengan keadaan aku yang batuk, habuk berterbangan, aku rasa aku terdedah pada occupational hazard. Kalau aku tak batuk pun, aku rasa ia tetap hazardous @bahaya. Dah la tak ada langkah-langkah keselamatn langsung. (Aku terfikir, berapa ramai bos kat Malaysia yang betul fikir pasal keselamatan dan kesihatan perkerja- full time@part time- boleh buat kajian ni.)

Srok sampai hari ni. Baru la aku rasa tenaga aku dikerah sikit. Hari-hari aku kerja kemas bahagian aku cepat je siap sebab ruang aku sikit berbanding orang lain. Bosan.Angkat barang, punch harga, susun barang baru la seronok aku nak kerja.

Oh, ye. Aku bukan nak cerita apa la. Tapi, ada seorang lelaki yang pada pandangan aku mungkin ada penyakit mental iaitu schizophrenia suka kacau budak yang jaga kaunter. Macam-macam dia bebelkan. Bila aku pandang - sebab risau dia kacau budak tu- dia akan cakap, "adik jangan pandang. Adik muda lagi. ....Siti Nurhaliza. .....dah ada makwe.." dan sebagainya. Aku risau sebab selama ni dia cuma kacau kat depan kedai, hari ni dia berani masuk kedai ambik plastik- aku dah tau lelaki tu, dia memang suka mintak plastik. (pengalaman kerja kat satu kedai lain masa zaman muda-muda dulu)

Ada satu lagi perkara yang aku fikir, iaitu bila aku tengok seorang budak lelaki umur lingkungan 5-6tahun pakai rantai dengan loket besar lebih kurang macam ayahnya, aku terus terfikir kumpulan mafia. Haha. Rasa macam drama. Tau je la, mafia ni kalau dalam cerita sayang betul dengan anak kecik dia. Anak dia nak mainan, ayah dia pilihkan satu. Lepas tu, budak tu ambik mainan yang dia suka tadi kata dia nak dua-dua boleh main sama dua barang tu. Ayah dia pun belikan je.

Bila aku tengok mainan yang tergantung kat kedai tu aku selalu terfikir ada orang nak belik ke mainan macam ni. Kaku je pun, bukan ada apa-apa. Kena tipu je la budak-budak ni. Tapi, bila kenang semula aku pun antara budak yang tertipu jugak. Apalah main patung ultraman yang kaku tu? Apalah main kereta yang kita terpaksa tolak ke depan dan ke belakang siap kena buat bunyi wennggg... wenngg... atau vroomm.. vroomm.. guna mulut sendiri.

Apa pun, hari ni baru aku rasa macam buat kerja. Itupun, aku sempat turunkan beberapa jenis senduk yang dijual dan aku bersihkan satu persatu. Esok aku sambung lagi sampai habis satu rak, lepas tu pusing semula. Baru la hari-hari aku ada kerja. Tak tau la kalau betul bulan puasa nanti kerja sangat sibuk sampai nak rehat pun tak sempat. (sebenarnya kakak@bos perempuan cakap tak sempat minum, tapi bulan puasa memang tak minum maa..)

Oklah. Aku balik tadi Is dah tidur. Tapi, aku balik tadi abang aku, mak aku, adik aku dua orang datang ambik. Diorang shopping puasa. Apa pun, yang pasti sejak 4 hari aku kerja, semua family aku dah datang ke kedai tu. Lucu betul.

Nak blogwalk..Selamat malam dan rehat cukup-cukup..

No comments: