Pengikut

Thursday, October 20, 2011

Dah memang tak rasa nak update, nak buat camne?

Assalamualaikum

Ye, aku dah lama tak update. Orang kata kalau nak jadi blogger berjaya kena rajin update blog dan berkorban masa dan perah otak untuk memeriahkan blog. Ye, aku tak ada alasan sibuk atau sebagainya. Mungkin belum masa nak cari duit guna blog.

Semakin hari makin penat kerja. Dah la kepala asyik fikir soal diri yang tak ter"employed" oleh sebarang hospital. Duk pusing fikir hal rumah dan sebagainya. Kerja pun rasa sekadar nak duit saja.

Berfikir beberapa kali nak berhenti. Tunggu pekerja baru masuk. Tapi, kalau tak ada duit, broadband nak online ni siapa nak bayar, ye tak?

Entahlah. Bangun pagi je jalan kaku. Tapak kaki pun keras sakit nak menapak. Aku dah tak lalau nak kerja. Hari ni dapat cuti, bos suruh cuti. Minggu depan tak ada cuti dah la ni. Pekerja sementara pun esok hari terakhir kerja. Aku ni je la yang sementara punya la dah lama.

Balik kerja dah penat, tengok TV pun TV yang tengok aku. Dulu boleh lagi stay sampai pukul 1am, sekarang masa tu dah sampai London.

Nak duit, tapi tak nak kerja? Jangan harap! Ngek.. =_=

..maafkan saya..~

Petang itu mereka keluar menunggang basikal ke kedai berhampiran.

Si ibu membelek-belek barang-barang yang ada di kedai itu. Si anak turut sama membelek-belek, mencari sesuatu yang diminati.

Tidak lama kemudian, terjadi perbualan yang akhirnya menyebabkan Yuhara-san memarahi anaknya. Miko-chan jadi tak keruan. Dia memeluk ibunya, " Ibu..ibu..." dalam nada memujuk. Pada mulanya, ibu yang bertubuh kurus itu cuba tidak menghiraukan anaknya, namun, dia mengalah juga. Dipeluk dan dibelai anak kesayangannya yang satu.

Setalah selesai memilih barang yang dikehendaki, gam berharga 3000yen, Miko-chan menarik tangan ibunya. Bahagian barang permainan. Dia meneliti setiap satu permainan yang ada dan matanya terpaku pada sejenis permainan blok. Dia menunjukkan kepada Yuhara-san. Yuhara-san menyatakan bahawa itu tidak sesuai untuknya.

Miko-chan meneliti pula permainan yang lain. Sesekali dia mencuba dan menggayakan permainan yang ada. Entah kenapa, satu pun tidak diminatinya. Dia tetap menunjuk ke arah permainan blok tadi. Ibunya pula asyik menidakkan segala yang dia mahukan.

Bila dia terpandang mainan yang terletak tinggi, dia meminta Yuhara-san mendukungnya. Ternyata hubungan mereka amat erat dan mesra. Sepanjang masa itu, Yuhara-san kerap mengusap dan memperbetul rambut anaknya.

Dalam tempoh tidak sampai 30minit itu, hubungan dan kasih sayang antara mereka jelas tergambar, mungkin tidak cukup untuk digambarkan dengan kata-kata. Walaupun akhirnya tidak ada satu permainan pun yang dibeli, mereka tetap melangkah keluar kedai sambil berpimpin tangan dengan senyuman. Yuhara-san sempat meminta sekarung plastik untuk menutup kepala anaknya. Petang itu, hujan yang akhirnya semakin reda menyaksikan kasih sayang seorang ibu dan anak perempuan yang erat memeluk badan ibunya dari tempat belakang basikal.

p/s: adaptasi kisah benar. Seolah menonton drama kekeluargaan Jepun.

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday~

:) behind the scene

I need a job.

Assalamualaikum

Ini bukan iklan rancangan televisyen, tapi aku memang memerlukan pekerjaan. Adakah aku perlu lupakan keutuhan hati aku untuk tidak memohon bekerja di Glen semata-mata nak dapat kerja?

Menanti dan terus menanti. Aku sangat runsing orang asyik tanya. Aku sangat runsing aku tak mampu bawak diri dan skil dan pengetahuan aku dalam bidang ni jadi "cap ayam".

Setiap hari kawan-kawan aku yang belum dapat kerja duk pusing hantar resume. Aku berharap penantian ni akan berakhir segera dengan pengakhiran yang terbaik. Amin..

p/s: Terlalu sibuk dengan kenduri kahwin abang aku sampai tak berkesempatan online. Ahli rumah dah bertambah jadi 10orang. Nasib la abang aku yang sulung kerja luar, dah tinggal 9 semula.

Beli hanger banyak-banyak!

Aku masih di sini

Saturday, October 1, 2011

Under 15O~

Assalamualaikum.

Baru sampai dari Pahang beberapa jam tadi. Tujuan aku menulis entry ni sekadar nak tolong adik aku promote group Facebook dia.

Under 15O

Group ni ditubuhkan untuk mereka yang berketinggian kurang daripada 150cm. Saja-saja untuk comel-comel dan suka-suka. Bukan apa, adik aku berkongsi banyak cerita yang melibatkan perihal ketinggian dia walaupun sudah berumur 19 tahun.

Diharap dengan ada kumpulan ni bolehlah ahli berkongsi cerita-cerita menarik mahupun yang menyentuh perasaan.

Tak apa. Rendah tu comel - la konon. (Tak rela nak cakap adik sendiri comel kot. Hahaha.)

Kepada sesiapa yang berkenaan, dijemput untuk menjadi ahli. Sekian, terima kasih.

Duduk kampung susah, duduk bandar susah~

Assalamualaikum

Manusia tu tetap manusia. Itulah agaknya jawapan untuk semua persoalan dan kekusutan serta ketidakpuashatian.

Mana tidaknya, duduk kampung, mulut orang susah betul nak kawal. Aku tak sangka banyak cerita tersebar rupanya. Mulut-mulut. Berbual-bual dengan kawan sekerja yang jugak orang sekitar kampung aku, baru aku tau, cerita tak enak rupanya didengar jugak oleh orang. Betul kata mak aku.

Bukan apa, mungkin dah jadi lumrah, janda@wanita kehilangan suami, ada saja fitnah mengekori. Tolonglah. Kalau tak boleh nak tolong, simpan mulut.

Itu kisah duduk kampung.

Kalau kat bandar? Kawasan yang mana jiran tak kenal pun jiran. Kenduri macam mana? Nak mintak tolong susah. Apa-apa hal semua tak kenal. Nak kenduri tak ada orang datang pun payah. - tapi, ada kawasan kat bandar yang macam kampung. Siap ada "rewang" segala.

Kita semua ni saudara. lebih-lebih lagi kat kampung. Pusing-pusing rupanya ada jugak hbung kaitnya. jaga lah mulut. Jangan bawak fitnah kat orang. Aku akui, aku pun ada dengar cerita-cerita yang orang hamburkan, tapi, diam-diam sudahlah. Bukan kita saksi.

Fitnah lebih teruk dari membunuh. Lebih baik kau bunuh je orang tu. Ok, jangan-jangan. Jangan bunuh. Jaga mulut, jaga hati. :)