Pengikut

Sunday, July 17, 2011

Bukan lagi penganggur~

Alhamdulillah

Setelah kian lama aku menanam anggur yang tak nampak hasilnya, petang tadi tokey tu dah confirmkan suruh aku masuk kerja esok. Maka, aku bukan lagi penganggur. InsyaAllah.

Tapi kan, aku tak ingat nak tanya pasal gaji, pasal cuti, pasal peraturan. Aku main setuju je. Nanti raya aku dapat cuti ke tidak? Jeng jeng jeng.

Apa pun, esok baru aku nak tanya semua hal. Cuma.... Bila dah dapat kerja ni rasa malas pulak. Dah terlebih seronok nak cuti la ni. Lagipun, mak cakap mak lagi suka kalau aku duduk kat rumah. Ada orang tolong - jaga 2orang budak kan. Tadi pulak mak cakap lagi, mak baru demam dah nak mula kerja pulak. Buat aku serba salah.

Tapi.. kalau tak kerja mana nak dapat duit? Aku nak kena bayar bil broadband ni lagi. Nak kena simpan duit untuk kemudian hari. Abang aku pun dah cakap siang-siang dulu masa belajar boleh la nak mintak duit. Ni dah tak belajar jangan harap lah. See? Serba salah aku.

Tak pe lah. Moga dipermudahkan segala urusan dan rezeki. Nanti esok pagi-pagi sebelum pergi kerja kena la siapkan kerja rumah apa yang patut dulu. Mak dah la tak berani nak guna mesin basuh- selama ni guna semi auto, baru je tukar auto.

Ok lah. kalau dulu, kalau esoknya sekolah mesti kena masuk tidur pukul 10pm. Kalau tak nanti kena takut-takutkan. Sekarang ni, esok kerja. Aku kena la tidur awal jugak. (memang selalu pun tidur awal je)

Waktu kerja:

Selasa- Jumaat : 10am - 9.30pm
Sabtu- Isnin- 9.30 am - 9.30pm

Kerja kedai biasalah. 12jam sehari.

*p/s: dah la aku pun dah demam ni. Macam mana nak kerja? Belum kerja dah demam.

Pengakuan bekas Chatter~

Assalamualaikum.. :)

Sedang aku duduk-duduk, tiba-tiba aku terkenang kisah lama. Kisah aku menjadi seorang yang tenggelam dalam dunia chatting. Ye, aku merupakan seorang chatter tegar pada suatu ketika dulu. Aku sanggup bersengkang mata tak tidur malam, celik mata je chat.

Kelekaan aku pada dunia chat memang dah tak dapat dinafikan. Kawan-kawan aku sangat nampak perubahan aku. Aku semakin tak bergaul dengan orang di dunia sebenar- hidup aku asyik dengan dunia chat.

Aku tak ingat macam mana semua tu bermula. Aku kebosanan- mungkin. Aku yang tak pandai bergaul mencari-cari tempat nak berbual tanpa perlu memikirkan apa orang kata tentang aku. Dalam dunia chat, aku tak perlu risau orang pandang. Ye, dalam dunia chat cuma ada tulisan.

Pada mulanya, aku cuma berbual-bual kosong dalam alam siber. Lama kelamaan, aku tengok semua chatters kenal satu sama lain. Aku rasa nak jadi kawan macam diorang. Aku mula memperkenalkan diri dengan lebih mendalam. Akhirnya, titik permulaan yang lebih drastik adalah aku join gathering.

Aku masih ingat lagi abuya - paling tua dalam dunia chat tu- semua orang respect dia. Pertama kali aku join gathering, semua orang sangat berbeza dengan aku. Tapi, semua orang jugak sangat menghormati aku. Aku tak perlu buat apa-apa sangat, aku tak didesak atau apa-apa pun.

Dua kali aku join gathering. Sekali aku pergi ke rumah abuya - abuya ada ramai anak perempuan, cuma yang bongsu je lelaki. Diorang sangat baik dengan aku. Anak-anak abuya mengaku diorang senang dengan aku. Aku pun sangat kagum tengok adik-beradik perempuan yang ramai. Maklumlah, keluarga aku penuh lelaki.

Tapi, disebabkan hal tertentu aku mula merasa berat hati nak teruskan dunia chat. Akibat salah faham seseorang memfitnah aku. Mulanya, aku tak rasa terganggu. Tapi, bila perkara tu makin berterusan dan ada beberapa chatters yang termakan dengan fitnah tu dan mula mengenakan aku aku jadi tawar hati.

Akhirnya, atas alasan-alasan di bawah aku berhenti dari dunia chat.

1. pelajaran aku terabai sebab asyik dengan dunia chat

2. aku tak rasa senang dengan fitnah yang jadi

3. aku telah berani keluar berjumpa dengan orang yang tak dikenali hanya kerana nak join dunia chat- aku rasa aku dah buat satu perkara yang salah

4. hubungan aku dengan kawan-kawan aku dalam dunia realiti aku semakin jauh

Sesekali, aku nak jugak jenguk apa cerita dengan kawan-kawan chatters aku. Diorang masih kenal aku lagi ke? Adalah seorang dua yang masih aku berhubung- dalam FB. Tapi, aku dah serik kot.

Sekurang-kurangnya aku beroleh pengajaran dan pengalaman dari dunia chat tu. Semoga aku lebih berhati-hati kelak. - ex-chatters

Giveaway Dari Korea @fasihah.com


Assalamualaikum.
Dah lama tak join GA. Disebabkan perkataan Korea, maka aku nak join GA ni. Meh la join sekali. Hari tu pernah menang contest, mana tau ada rezeki lagi. Kan?

Sila klik gambar kat atas ni kalau nak join. Senang sangat nak join. Tak susah pun. :)