Pengikut

Sunday, July 17, 2011

Aku dapat tawaran kerja~

Assalamualaikum dan selamat pagi.. :)

"Sini dari kedai sunrise, u blh masuk krj minggu dpn tak?"  Wahaha. Ada orang nak ambik aku kerja la. Kedai Sunrise juga lebih glamour dengan panggilan kedai dua ringgit- walaupun bukan semua harga RM2. Disebabkan aku tak ada kredit nak reply, maka aku terpaksa menunggu hari dah siang.

Lagipun, soalan tu tak jelas. Minggu depan tu bila? Isnin? Selasa? Atau hari ni, Ahad?

Aku jugak risau cuti raya- ceh, belum apa-apa dah fikir cuti. Yela, aku tak nak kerja kat SaKan sebab aku takut tak ada siapa tolong mak aku kemas rumah nak raya nanti. Aku akan mintak banyak cuti, dia sanggup nak terima aku ke?- ayat drama. Hujung bulan 9, konvo, abang aku nikah, kahwin- aku harap tak ada masalah semua ni.

Tak sabar pulak aku nak ber"wang". Gaji pun entah berapa aku tak tau. Aku berkira-kira nak ajak sesiapa ke kedai tu hari ni. Nak confirmkan segala status dan kondisi kerja tu. Walaupun kerja kedai biasa, mana la tau banyak syarat yang agak berat.

Alhamdulillah. Dapat duit sikit-sikt jadi lah. Nanti nak cover sementara tak dapat kerja. Ada lebih sikit boleh simpan- buat belanja awal kerja  (nurse) nanti. Wish me all the best..

1 comment:

^aku^ said...

Wish you the best Ckin-chan^^
Keje rajin-rajin..Gambatte!!

-akulife-