Pengikut

Sunday, July 17, 2011

Pengakuan bekas Chatter~

Assalamualaikum.. :)

Sedang aku duduk-duduk, tiba-tiba aku terkenang kisah lama. Kisah aku menjadi seorang yang tenggelam dalam dunia chatting. Ye, aku merupakan seorang chatter tegar pada suatu ketika dulu. Aku sanggup bersengkang mata tak tidur malam, celik mata je chat.

Kelekaan aku pada dunia chat memang dah tak dapat dinafikan. Kawan-kawan aku sangat nampak perubahan aku. Aku semakin tak bergaul dengan orang di dunia sebenar- hidup aku asyik dengan dunia chat.

Aku tak ingat macam mana semua tu bermula. Aku kebosanan- mungkin. Aku yang tak pandai bergaul mencari-cari tempat nak berbual tanpa perlu memikirkan apa orang kata tentang aku. Dalam dunia chat, aku tak perlu risau orang pandang. Ye, dalam dunia chat cuma ada tulisan.

Pada mulanya, aku cuma berbual-bual kosong dalam alam siber. Lama kelamaan, aku tengok semua chatters kenal satu sama lain. Aku rasa nak jadi kawan macam diorang. Aku mula memperkenalkan diri dengan lebih mendalam. Akhirnya, titik permulaan yang lebih drastik adalah aku join gathering.

Aku masih ingat lagi abuya - paling tua dalam dunia chat tu- semua orang respect dia. Pertama kali aku join gathering, semua orang sangat berbeza dengan aku. Tapi, semua orang jugak sangat menghormati aku. Aku tak perlu buat apa-apa sangat, aku tak didesak atau apa-apa pun.

Dua kali aku join gathering. Sekali aku pergi ke rumah abuya - abuya ada ramai anak perempuan, cuma yang bongsu je lelaki. Diorang sangat baik dengan aku. Anak-anak abuya mengaku diorang senang dengan aku. Aku pun sangat kagum tengok adik-beradik perempuan yang ramai. Maklumlah, keluarga aku penuh lelaki.

Tapi, disebabkan hal tertentu aku mula merasa berat hati nak teruskan dunia chat. Akibat salah faham seseorang memfitnah aku. Mulanya, aku tak rasa terganggu. Tapi, bila perkara tu makin berterusan dan ada beberapa chatters yang termakan dengan fitnah tu dan mula mengenakan aku aku jadi tawar hati.

Akhirnya, atas alasan-alasan di bawah aku berhenti dari dunia chat.

1. pelajaran aku terabai sebab asyik dengan dunia chat

2. aku tak rasa senang dengan fitnah yang jadi

3. aku telah berani keluar berjumpa dengan orang yang tak dikenali hanya kerana nak join dunia chat- aku rasa aku dah buat satu perkara yang salah

4. hubungan aku dengan kawan-kawan aku dalam dunia realiti aku semakin jauh

Sesekali, aku nak jugak jenguk apa cerita dengan kawan-kawan chatters aku. Diorang masih kenal aku lagi ke? Adalah seorang dua yang masih aku berhubung- dalam FB. Tapi, aku dah serik kot.

Sekurang-kurangnya aku beroleh pengajaran dan pengalaman dari dunia chat tu. Semoga aku lebih berhati-hati kelak. - ex-chatters

1 comment:

Shaherah said...

shera pun bekas chatters.. shera stop chat pun sebab kena fitnah.. tapi shera tak pernah join mana2 gathering.. pelajaran shera pun terganggu.. >.<"