Yeay.. Is datang kedai tadi. Mula-mula dia diam je. Nampak je muka aku terus mulut dia.. wow....macam biasa.
Aku dukung Is kejap disebalik rak yang tak masuk kat CCTV. Takut aku kalau bos tengah menonton dari tingkat atas. - bos boleh tengok kitorang live dari CCTV dia. Kalau ada hal dia tak berkenan terus dia telefon.
Selepas Is datang, aku yang mulanya tengah menung kebosanan makin rasa nak balik rumah. Kalau bukan sebab duit...lama dah aku berhenti kerja. (baru 3hari kerja)
Bila balik tadi, Is belum tidur. Tak nak tidur. Semua orang cuba suruh tidur tak mau. Tak lama tu tiba-tiba dia nak didukung saja pulak. Habis semua orang memujuk. Letak dalam kereta, letak dalam raga motor. Tak mau tidur. Ayah dia kurung dalam "gua"@ bilik tidur mak ayah dia@ bilik gelap tapi makin lah dia nangis. Bila turun masih tak nak diam.
Mak aku cadangkan untuk pergi mandikan sebab siang mandi awal sangat. Tapi, sebelum sempat air dipanaskan aku ambik Is. Aku pun cuba tepuk-tepuk dia. Aku dodoikan lagu biasa (25 Rasul + Puji-pujian) tiba-tiba dia menguap. Abang aku cakap, "ada peluang ni." Aku pun teruskan la dengan suara tersekat-sekat, terbatuk-batuk. Alhamdulillah. Terlentok walaupun belum lena.
Tengah syok mendodoi, tiba-tiba kau tak tahan nak gelak. Sekali ayah dia pulak yang dah lena dulu. Amboi.. Menyengat suara aku ye? Is dah lena..
Bangga aku. Is nak tidur dengan aku dan mendengar suara aku yang dah macam apa ntah ni. Dengan terbatuk-batuk tak sudah. Rindu aku la tu.. haha.
No comments:
Post a Comment