Pengikut

Saturday, March 12, 2011

Aku dan Duit??


assalamualaikum
hari ni, aku nak cerita pasal duit. aku suka duit tau. haha. kadang2 orang kate aku kedekut. kadang2 orang kate aku materialistik. betul kot?

nak tau ape planning aku? mesti korag rasa cam, entah hape2 la budak ni. gile duit agaknya.

to be continued insyaAllah.. ada hal la pulak.. mau ready for shopping.. hehehe
continuation..

alhamdulillah.. dah balik shopping. shopping list pun dah ada kat atas tu..

ok. nak sambung cerita pasal aku dengan duit.

orang selalu kata, duit ni tak penting. tak bawak ke mana. cuma dunia je.

entah lah. aku tak setuju. aku suka duit. aku nak ada duit. mungkin pengalaman aku buat aku fikir camni. tapi, pada orang lain mungkin diorang fikir cara lain.

semalam aku borak2 ngan kawan aku. die kate, die tak kisah pasal simpanan. yang penting harta die ada cukup. die selamat. ada rumah, ada kereta, die boleh beli ape yang die nak.

aku pulak lain. aku nak ada simpanan. dari kecik aku suka simpan dui. aku dulu2 demi nak isi tabung sanggup tukar duit syiling. aku rasa bersalah kalau tak menyimpan.

aku nak beli tanah. wahaha. aku dah lama fikir nak beli tanah. aku nak ada income dari tanah tu. sewakan kat orang pun ok. aku nak ada rumah sewa. ape lagi? aku nak ada simpanan. sebab tu dari sekarang aku dah menyimpan walaupun beberapa kupang je.

mak aku kate aku kedekut. entah lah. aku pun tak tau status diri aku ni.

pada aku, aku perlu ada simpanan. aku nak simpan duit untuk hantar mak aku pergi haji, nak kasi adik aku belajar. kalau aku dah kahwin pun- ceh, gatai- aku nak ada duit sendiri. biar la macam mana pun, aku nak ada income sendiri so aku boleh guna duit aku ikut suka aku.

yela, untuk keluarga aku. lagipun, kalau ada ape2 jadi aku nak ada duit yang boleh back up keluarga aku. pengalaman kot yang ajar aku jadi gini.

aku memang nak duit banyak. tapi, aku tak nak ajar adik2 aku mewah sangat. tapi, maybe kakak memang macam ni kot, tak sedar aku manjakan diorang. aku mesti nak kasi diorang merasa ape yang budak2 lain ada. entahlah.

aku dan duit. aku suka duit. aku sanggup makan cincai2, tak beli ape aku nak untuk pastikan aku tak belanja lebih dan ada duit simpanan.

haha.

mungkin cara aku salah, tapi ini lah cara aku menguruskan duit. sesekali aku akan berbelanja sakan jugak. tapi, simpanan mesti tetap ada.

kalau ape2 jadi tak la aku teraba2 nak cari duit kan? ada simpanan sikit pun jadi la.

lagipun, ape salahnya menabung.. kan? kan?

2 comments:

Supriyani said...

setuju sangat2!!

'Tanah' satu pelaburan yg sangat menguntungkan!

Teruskan menyimpan utk masa depan..SIKIT2 LAMA2 JADI BUKIT =)

.................cP~ said...

yea....jom2 beli tanah...hehe