Pengikut

Sunday, January 15, 2012

Anak Kampung Masuk Kota~

Assalamualaikum warahmatullah..

Salam pagi Ahad. Aku sekarang berada jauh dari kampung. Lokasi- rumah salah seorang teman.

Semalam, selepas Zohor (pukul 3 pm sebenarnya) aku bertolak dari kampung menumpang ibu saudaraku yang dalam perjalanan ke Melaka. Mereka hantar aku ke stesen keretapi KTM Sungai Buloh. Aku dalam perjalanan mencari sumber rezeki di ibu kota.

Terus terang aku katakan, aku sangat takut.

Mulanya, aku ke rumah nenek. Suami makcik aku ambil kat sana bersama nenek. Bila aku beritahu atok dengan nenek yang aku nak ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja, mereka bagi aku sedikit duit poket. Walaupun segan, aku ambik jugak. Ehem. Selepas hantar aku ke KTM, bila aku salam makcik aku, dia pun hulur duit jugak- banyak la jugak. Dia kata, ambil je. Tak tau berapa lama aku akan ada kat KL tu.

Pada mulanya, aku memang takut kalau terlewat sampai. Yela, pukul 4.30pm baru aku naik train. Aku dah la tak tau destinasi aku- tak pernah sampai sini. Aku kena tukar ke train LRT dan aku macam rusa masuk kampung. Sejak bila LRT pakai token?

Di depan mesin punch in tu,

"Alamak, macam mana nak guna ni?" Mata meliar baca. Tengok kanan kiri tak ada orang.
"Oh, kat sini," keluar jugak suara. Entah orang dengar entah tak.
-Rasa semua orang adalah bahaya-

Berdebar-debar je setelah lebih 5 bulan tak naik train. Naik train ke arah yang tak biasa pulak tu. Mula-mula kosong aje, bila kat sampai stesen ke berapa entah, baru la mula ramai orang. Dalam hati aku, cuma risau macam mana nak ambik bas nanti ke rumah kawan aku?

Alhamdulillah, aku sampai jugak. Terus terang, aku cuma berpura-pura berani. Aku tak nak orang nampak aku tak biasa, nanti bahaya pulak. Ini perasaan aku.

Nak ambik bas, kena merentas jejantas dulu. Semua benda aku rasa baru. Sebab aku berada kat tempat yang sangat asing. Mujurlah, tak lama lepas tu bas yang dimaksudkan oleh kawan aku sampai. Okay, dalam bas tu aku rasa nak tergolek sebab mula-mula aku berdiri. Beg aku dah la berat kat belakang ni.

Tapi, Allah sayangkan aku agaknya. Aku jumpa kawan aku dalam bas tu! Alhamdulillah. Masa tu aku tak berhenti senyum agaknya. Lega. Aku paling tak pandai tekan locen untuk turun. Aku takut salah tempat.

Syaf, nasib baik jumpa awak! Sayang Syaf lebih. Hehe. Kawan aku boleh pulak tanya, "awak takut ke?" Excuse me, mestila aku takut!

Syaf pun bawak aku ke rumah EJ, sebab EJ yang mula-mula ajak aku dan aku berjanji dengan dia. Ya Allah, leganya Dia aje yang tahu.

Apa yang jadi selepas tu? Nantkan episod seterusnya dalam, Anak Kampung Masuk Kota~


p/s: Dunia aku dan mereka sudah berbeza.

8 comments:

Cik Sibuk said...

salam,

ha..kalau tak reti pun buat2 reti aje. tapi kengkadang tu kalau dah tak reti langsung jangan lak segan tanya orang. tapi kena pilih la siapa yg ditanya.

good luck :)
me tunggu episod no 2..heheee

.........cP~ said...

Hehe. Perempuan keluar rumah sorang-sorang kat bandar besar memang susah. Tapi, nak cari rezeki. Teringat pulak lagu sudirman, apa khabar orang kampung.

aimie amalina said...

heheheh

waahh..saspenn je niii...cpat smbung ye!

ahsfantasy24 said...

kita takut sangat kalau jalan2
tak ada teman, rasa terancam ;(

.........cP~ said...

@ahsfantasy24- nak buat macam mana, terpaksa.

Iffah Afeefah said...

buat cm bese je

jgn terkene kejutan suda

CIK TOM said...

kena berani utk teruskan hidup!

.........cP~ said...

Sebenarnya, bukan tak pernah duk KL. Belajar kat KL jugak, cuma sebab dah lama tak datang. Lagipun, kali ni nak cari kerja. Perasaan tu lain.