Pengikut

Monday, January 30, 2012

[Tulisan] Bunga juga punya resah~

Assalamualaikum warahmatullah


Fokus pada bunga je~



Tangkai leka senda
Angin endah tabur debunga
Semarak bunga mekar
Indah tanpa sedar
Mencuri pandang bola mata

Lenggok gemalai sang bayu
Bawa puisi-puisi berlagu
Khabar jauh haruman
Mengusik deria
Terpana sukma

Merah rasa mahu jadi putih
Lari enggan jadi panah
Menusuk kalbu-kalbu
Bimbang kalah
Sebelum tiba waktu


Sajak ni dah lama dah. Sebelum ni dalam blog lain yang aku dah tak aktif. Saja import semula ke dalam ni. Luahan hati kot. Kih kih.

p/s: Aku bukan penyajak. Cuma menulis suka-suka. Maaflah kalau tak berkualiti. 

7 comments:

Adylia Qarissa said...

pepagi dah bersajak yea ;0

hamzah ian said...

sajak reka sendiri eh?

Iffah Afeefah said...

suke la

bunga itu indah kan

agak masalah said...

cari komposer, boleh buat lagu dah ni

Teenager Housemaid said...

nice..:)

Eza Boom Boom said...

Rangkap last Eza tak faham. huhuk. Maksud tersiratt..

.........cP~ said...

Sajak luahan ikhlas hati seorang perempuan. Ecewah..

@hamzah ian- ha'a, reka sendiri

@iffah - indah tapi boleh jadi senjata yang tajam

@agakmasalah- ish, tak layak lagi

@Cik M- tq

@eza- kena fikir dalam-dalam