Pengikut

Saturday, January 21, 2012

Terlajak beli tiket, kena balik~

Assalamualaikum warahmatullah.

Alhamdulillah. Aku dah selamat pergi dan balik dari beli tiket. Maklumlah, kena naik bas sendiri. Memang aku seram sejuk tadi. Sampaikan masa beli token kat stesen LRT tadi pun tangan aku masih pucat lesi.

Dah lama sangat tak berurusan sendiri. Sepanjang perjalanan, aku tak mampu nak berhenti berfikir. Macam-macam aku fikir. Aku terasa usaha aku mencari kerja kat sini masih belum cukup. Betul ke aku nak balik dah?

Aku rasa nak je singgah mana-mana cari kerja. Aku tak reti nak jalan sorang-sorang, so, tak kot. Aku tengok-tengok ke luar kot2 nampak kawasan yang banyak klinik. Tapi, aku tau, aku takkan turun pun.

Sampai kat stesen, aku lega jugak aku buat keputusan balik esok. Terpampang dah, 'TIKET HARINI HABIS'. Okay. Aku memang ditakdirkan balik esok. Aku ambik tiket sebelah petang sikit biar tak tergesa-gesa.

Lega je bila dah beli tiket. Aku terus balik, tak singgah dah mana-mana. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang maka, aku akan balik esok. That's it. It's tomorrow. I'll be going home with no job yet. I hope they understand and will not complain. I will be very sad if they do.

p/s: I want to call someone, but she seems busy. I miss you, you know?

5 comments:

Iffah Afeefah said...

Alahai

kne belaja la ni

erm cptnye nk blik

.........cP~ said...

Bukan tak nak usaha lagi, tapi, orang kat rumah dah la asyik tanya je. duk sini kawan2 asyik belanja duit je. Duit pun dah tak banyak. Kalau nak turun sini lagi nanti dah takde duit pulak. Tak apalah. Balik dulu, lain kali ada rezeki datang lagi.

Eza Boom Boom :) said...

Hehe, tak pe dear. Kat kampung pun mungkin ada kerja sampingan dapat buat. tolong parents ke. Hihi. stay positive girl...

pha is said...

insyaAllah.. semoga dipermudahkan oleh-Nya atas segala urusan... (n_n)

Teenager Housemaid said...

saya pasti Allah dah sediakan yg terbaik utk awak cuma masanya belum tiba...:)