Pengikut

Friday, September 2, 2011

Pertama Kali Ikut Bara'an~

Assalamualaikum

Wah, mengantuknya! Hari ni aku bara'an. Pertama kali dalam hidup aku. Adik aku pulak tu yang bawak motor. Haha. Orang tengok pun pelik. Kenapalah yang kecik yang bawak? Naik EGo pulak tu. Motor gemuk tu buat aku susah nak naik. Yela, pakai baju kurung maa.. Nampak sangat pulak tu adik aku tak larat nak bawak. Tiap kali nak naik memang payah lah.

Mula-mula kitorang sampai, bara'an dah mula. Kitorang masuk je tak salam sesiapa pun. Oh, salam tuan rumah je. Lepas tu, ikut aje la makcik-makcik tu. Kitorang senyap je - ala-ala gadis pemalu. Lepas tu, orang mula tanya-tanya, tegur-tegur. Baru lah rasa selesa sikit. Hari ni bara'an belum sampai rumah aku sebab hari ni Jumaat. Balik awal. Esok kalau aku ikut barulah bara'an naik. Tapi, esok kitorang kena turun rumah pakcik aku, Andak, ada rumah terbuka. Kiranya, tak merasa bara'an naik rumah la.

Mak aku kata, tak ape lah. Janji kita dah ikut. Itu pun orang tanya je kenapa mak aku tak ikut. Aku cakaplah mak aku "momong" @ jaga budak. Bukan cucu, tapi anak orang yang memang mak jaga. Kalau cucu boleh tinggalkan dengan orang lain je. Aku harap orang tak anggap mak aku saja tak ikut lah. Maklumlah orang perempuan. Duduk saja sekejap masa bara'an boleh macam-macam cerita muncul. Astaghfirullah, mintak jauh.

Kesimpulan, kalau aku tau naik motor @ bukan adik aku bawak tapi aku bawak adik aku, aku akan rasa lebih tak segan kot. Haha. Tapi, aku entah bila nak reti bawka motor.

Tuan rumah: Nopo kabare sampeian sedoyo?
Ahli bara'an: Wi..Lu jeng...

No comments: