Pengikut

Monday, September 19, 2011

Tersadai di Kuala Lumpur~

Assalamualaikum

Tak pernah aku bayangkan aku bakal tersadai di Kuala Lumpur dek takde tiket bas. Maklumlah, bukan jauh pun rumah aku. Aku tak pernah menyangka tiket bas ekspres Sabak Bernam boleh habis.

Semalam, aku dengan kawan aku bersama menumpang abang aku ke UKM Bangi nak ambik jubah konvo. Mestilah aku sangat seronok dan bersemangat.

Sesampai kat sana, aku diberitakan dengan berita sedih- selepas kekenyangan makan nasi beriani Anje- aku punya kad pintar tak ada. Sedih aku. Nak kata aku tak isi borang yang sepatutnya, aku dah isi. Nak menangis aku. Yela, orang seronok-seronok nak grad tetiba bermasalah pulak. Terpaksa isi borang baru, entah gambar aku nanti ada entah tak.

Lupakanlah kisah sedih tu. Masa aku nak balik, abang aku nak hantar ke Pudu Central. Dalam perjalanan ku sibuk membebel nak ponteng esok (hari ni la). Abang aku pulak boleh tersesat! Haha. Bukan sesat, silap masuk jalan sebab dia ingat satu jalan tu tutup. Katanya, hari Ahad selalu jalan tu tutup. Maka, kitorang pusing sampai hampir nak keluar KL, pusing balik ikut jalan ke arah PWTC.

Bila sampai, aku dengan kawan aku bergegas la ke kaunter tiket. Terlopong dan tergelak macam tak percaya aku. Kaunter tiket tu bertulis, "Hari ni tiket habis"!! (Nak sangat ponteng). Amik!

Terpaksalah aku menumpang kat rumah kakak kawan aku. Elok pulak kakak dia baru bertolak balik dari Perak. Kena la menunggu kat Pudu Central tu. Masa solat aku terpandang- tak boleh bawak beg. Oh, macam tu. Surau cuma boleh jadi tempat solat je. Ada masa kena tutup pulak. Aku sedikit tak setuju sebenarnya macam tu. Susah orang yang tersadai macam aku nanti tak ada tempat berlindung. Ececeh.

Lepas solat Asar kitorang duduk-duduk kat tempat menunggu. Aku baru teringat nak beli berus gigi. Tahu tak berapa harga berus gigi yang aku jumpa? RM5!! Adui..Koyak aku. Tak dapat aku nak beli komik.

Tak lama kemudian, kakak kawan aku - Miss Iffa- telefon. Kitorang pun naik train patah balik ke arah Selatan menuju Bandar Tasik Selatan. Menumpang satu malam kat rumah orang dah kahwin belum ada anak- dah mengandung- rasa sangat segan. Dah la dijamu makan. Bertambah la segan. Dah terpaksa. Terima kasih lah banyak-banyak.

Hari ni, aku menaiki bas jam 10pagi di Pudu dan selamat sampai di rumah. Di kala petang sempat la aku ber"poyo-poyo"an dengan jubah aku ni. Ok, aku sangat excited! Alhamdulillah. Berjaya pun aku menyarung jubah tu.

Sekian..Aku nak sajikan dengan gambar yang banyak, tapi malam ni aku punya broadband sangat perlahan. Mungkin wordless Wednesday nanti. InsyaAllah.

Sunday, September 11, 2011

Lampu basikal, G-Shock, Pistol/Senapang berpeluru, Remote Control Car.



Assalamualaikum.

Senarai ini adalah senarai barang-barang yang mencapai populariti yang tinggi kat kedai tempat aku kerja mengikut urutan masa.

Mula-mula, masa musim budak-budak sibuk berbasikal- entah apa nama basikal yang ringan tu- budak-budak ramai sibuk cari lampu basikal. Cepat je habis.

Lepas tu, trend G-Shock melanda- aku pun terpengaruh. Akhirnya, jam aku, aku kasi kat adik aku laki tu je. Aku tengok budak kecik ke orang besar ke, tangan kecik ke, tangan besar ke, laki mahupun perempuan semua sibuk nak G-Shock.

Lepas tu muncul musim senapang. Daripada penuh kedai aku dengan senapang tu, sekarang tinggal pistol-pistol berpeluru yang murah-murah dan kecik-kecik je. Budak-budak tu beli nak yang mahal saja- tahan lebih sikit kot. Murah cepat rosak-budak-budak tu tarik kuat sangat kot.

Sekarang, lepas raya (budak-budak dapat duit raya) masing-masing sibuk beli kereta control. Yang mahal, yang murah semua rembat aje. Ada yang sampai RM60! Mak aih. Aku Cuma senyum aje la terpaksa test kereta-kereta tu entah pusing skru segala. Pening aku.

Lepas ni, entah musim apa pulak lah. Kalau dulu, paling-paling pun musim tutup botol, gasing, layang-layang. Sekarang zaman moden, mana nak budak-budak main semua tu.

Saturday, September 10, 2011

Janganlah cakap macam tu.



Assalamualaikum.

Entry ni mungkin entry emosi. Tapi, rasa nak luah je.

Apa perkara pertama yang korang bayangkan dan terfikir bila sebut jururawat?

Aku dah penat dengar isu ni. Sudah-sudahlah buat aku rasa bersalah jadi jururawat. Dosa ke aku ni?

“Jururawat kan perempuan paling sexy dalam dunia.” – ok, aku mengaku- I’m offended. Ada ke orang yang patut rasa bangga bila ada orang cakap kerjaya yang dia ambik macam tu.

“Kenapa tak bergaya? Bukan ke budak nurse paling pandai bergaya?”< - ok, aku tak pandai bergaya.

“ Tak tau ke dunia gelap jururawat?” < - Apakah? – dijemput sebagai tetamu untuk parti-parti VIP. Perempuan apakah jururawat tu?

“Jururawat mestila pakai lawa-lawa.”

“Jururawat pakai tudung besar? Tak pernah jumpa pun.”

Boleh aku tanya? Rasanya siapa penyumbang kepada keadaan jururawat sekarang ni? Bukan korang yang kata jururawat begitu dan begini? Kalau tak bergaya bukan jururawat. Kalau tak sexy bukan jururawat. Jururawat kena la pakai uniform begini-begini. Semua korang yang tentukan.

Tapi, akhirnya aku jadi mangsa. Aku dipersalahkan. Kerjaya yang aku patut banggakan buat aku rasa aku buat kerja hina. Ok. Aku terasa. Sedih la orang kata seolah-olah aku sengaja cari kerja untuk buat dosa. Whatever.