hmm. hari ni aku nak cerita sikit dilema aku lah. sejak duduk buat management ni, aku jadi dalam dilema. aku akan jadi nurse yang camne ek?
risau2.. junior mesti kena ikut cakap senior kan? semua benda mesti nak kena siap cepat kan? adakah aku akan care pasal patient? adakah aku akan jadi nurse atau just misi yang buat keje janji done?
malah, aku akan bekerja dengan nyawa. semua kena ada protokol yang menyerabutkan dan buat rasa hilang keikhlasan dan kepuasan bekerja. aku tak suka..
entah. sampai satu tahap aku rasa malas nak kerja. penat fikir nyawa orang. buat silap sikit tak boleh maa.. nyawa tu. zaman sekarang zaman "see u in court"
oh, berat!
bukan nak merungut, tapi aku sangat risau. aku dah nampak macam2 perangai bila jadi misi. dulu masa belajar lain, dah keje.. oh.. takutnya aku..
aku akan jadi nurse yang camne ek?
rasa nak duduk jadi surirumah tangga je pun ada. tapi, xleh. aku nak cari duit. banyak tanggungjawab lagi. harap2 aku jadi nurse yang baik....yang pasti patient selamat...
ya Allah.. permudahkan urusan ku dan berkati pekerjaan ku.. amiin..
2 comments:
"harap2 aku jadi nurse yang tak bagus sangat pun, ok la.."
tak faham dengan ayat ni... kenapa nak jadi yang TAK BAGUS SANGAT... jadi la yang BAGUS SANGAT... kan melibatkan nyawa... berikan perkhidmatan yang terbaik...
ahaha...tu la. bila baca semula sendiri pun konpius..ok2, saya edit balik, maksud die bukan gitu...haha
Post a Comment