Pengikut

Wednesday, June 22, 2011

Di Pagi Yang Nyaman~

Assalamualaikum

Macam biasa, budak2 tengah tidur. Boleh la aku meng"online"kan diri barang sebentar. Tadi, nak suruh budak kecik Isq tu tidur punya la susah. Kejap golek sana, kejap golek sini. Lepas tu berdiri jalan ke sana ke mari. Ditepuk tak mahu. Susu dah habis dua botol, pampers dah tukar, mata dah kuyu, tapi tak mahu tidur jugak. Akhirnya, aku biarkan je dia buat hal sendiri. Lepas tu, dia pun menung depan gril entah apa ditengoknya.

Demi nak mengumpan dia tidur, aku pun baring la atas sofa, pura-pura pejam mata. Dia pun apa lagi, kalau tengok orang baring terus menuju la. Melentokkan kepala atas badan aku, dengan gaya tertonggengnya. Tepuk-tepuk sikit lelap pulak. maka aku pun meniarapkan dia dan tepuk-tepuk la dia sampai tertidur. Dan akhirnya, dia lena atas bantal bersama bantal busuknya.

Cuaca mendung tadi dah bertukar kepada hujan lebat. kalau Awish bangun mau dia nangis- takut hujan. Langit gelap, rumah aku pun gelap je. Saja tak payah pasang lampu, jimat elektrik, bil kelmarin pun dah cecah ratus (bil 2 bulan-bil tertunggak).

Dah beberapa hari tak hujan, panas je memanjang, alhamdulillah hujan pun akhirnya. Sejuk sikit suasana. Tak lah sikit2 "panasnya..". Tapi, tu lah. Hari ni aku basuh cadar-sedang dibasuh oleh mesin- hari ini pulak hujan.

Tengah menaip, Isq terjaga pulak. Kena tepuk-tepuk lagi. Kalau tidak tak mahu tidur nanti dia. Tak perasan pulak aku, kipas terpasang dengan kuatnya. Dah la sejuk-sejuk macam ni.

Ok lah. nak pergi tengok mesin basuh. Entah apa ceritanya. Tak dengar bunyi siap ke tidak sebab hujan lebat. Adios amigos.

No comments: