Pengikut

Tuesday, June 21, 2011

Hari-hari Seorang Penganggur 4

Assalamualaikum

Bertemu lagi dalam rancangan Hari-hari Seorang Penganggur.

20 Jun 2011

Aku dah tanya adik aku, dia bersetuju nak benarkan aku gunting rambut dia, nanti la aku cari idea nak buat gaya apa dulu.

Isq asyik nak ajak jalan2 je. Aku macam biasa, buat tak tahu je. Sebab aku nampak sangat2 la manjanya budak ni, aku malas nak ikut segala apa yang dia nak. Nanti sikit2 mintak jalan, panas2 pun ajak keluar. Uh. Mentang2 cucu sulung. Semua melayan je. Sekarang dia dah mula belajar, jadi aku rasa adalah tak patut untuk dia diikutkan sangat apa kehendaknya. Ke aku yang kejam? Aku tak rasa macam tu pun.

Aku rasa Isq dah jumpa kaedah melepas geram yang terbaru. Dia angkat patung Mashimaro adik aku lepas tu campak sambil jerit2. Lepas tu dia ulang2 sampai puas hati. Bukan main. Dah macam Nene @  cerita ShinChan dengan maknya dah. Kalau marah tumbuk teddy bear.

Aku dah mula fikir2 tentang kerja. Aku nak duit...! Terasa agak tertekan bila fikir tak ada sumber pendapatan. Dh terbiasa jadi beruang @ ber"wang". Nanti hujung bulan nak bayar berukban ni lagi. Nak beli rak, nak beli itu ini segala bagai. Nak jugak shopping2 hujung bulan @ ke awal bulan ek orang selalu shopping? Dah nak raya pulak tu. Kenduri abang aku lagi, nak konvo lagi. Duit2..

21 Jun 2011

Terdengar Isq batuk2. Semalam hingus dia pun dah meleleh2 je (geli ke?). Nak tak sihat agaknya. Muahaha. Dia dah bising2 tu. Suruh mak dia bawak keluar dari bilik la tu. Kalau dia celik mata, jangan la ada orang tidur, baring sedap2. Nak kena lepuk dengan dia. Ambik kau.

Dah siang dah. Sila2 la bangun..

Ok lah. Tunggu anak sepupu datang pulak. Adios. Dah dengar suara budak nangis tu.

No comments: