Pengikut

Friday, August 19, 2011

Aku kalah~

Assalamualaikum

Seperti yang telah aku beritahu, aku cuti hari ni. Aku dapat tolong selesaikan cat rumah sikit. Bila dah cuti, rasa malas betul nak kerja esok.

Pada mulanya, aku plan banyak benda aku nak buat, tapi satu apa pun tak jadi. Cuma satu je, aku keluar cari tudung raya. Dan kisah sedihku bermula di sini.

Aku ajak kak ipar aku keluar ke pekan cari tudung. Aku tak tahu pulak dia belum dapat gaji- maka, tak nak beli apa-apa lagi. Aku ingat dia nak cari tudung sebab kelmarin dia ada kata nak survey tudung.

Maka, aku masuk ke satu kedai yang aku yakin ada jual lebih banyak tudung 4segi- tapi akhirnya aku kecewa. Warna yang aku nak- diorang cadangkan- tak ada. Malah, semua sibuk suruh aku pakai lycra ke apa entah tu. Aku dah rasa serabut sebab tudung yang dicari dan aku bayangkan tak ada. Aku cuma mampu merindui gerai-gerai tudung kat Jalan TAR.

Kitorang jugak singgah ke kedai kasut dan aku disuruh test kasut yang tak pernah aku rasa aku akan pakai. Aku segan kot. Entah lah. Semua tu sangat asing bagi aku. Diorang sangat beria-ia dan kau boleh pertimbangkan, tapi aku minat lagi jenis lain. Dan aku jugak tak cukup duit mungkin. Akhirnya, aku keluar dari kedai kasut tu dan ajak ke gerai-gerai yang ada- gerai raya.

Di sinilah kisah sedih aku yang buat aku hampir nak menangis jadi. Aku dipaksa beli tudung tu. Aku cuba menolak tapi memandangkan aku dah ajak diorang keluar untuk cari tudung dan tudung 4segi yang aku nak tak ada, aku terpaksa dengar je. Walaupun tudung tu aku rasa buat aku nampak macam orang tua. RM26. Aku jugak belikan tudung kat adik aku- macam sama, cuma warna benaang lain sikit.

Entah kenapa, semua orang kritik bila aku tak ikut perkembangan pakai tudung sarung tu. Aku masih tetap suka tudung 4segi. Aku rasa tak rela nak pakai tudung tu sebenarnya- nak nangis je rasa. Adik aku lagi la sibuk nak suruh aku pakai selendang. Lagi la aku tak rela. Leceh. Tapi, aku kalah jugak. Entah macam mana aku nak pakai nanti. Aku masih tak pasti.

Aku nak tudung 4segi. Kenapa semua orang terus lupakan dan kedai tak jual tudung yang aku nak? Penting sangat ke ikut perkembangan fesyen?

3 comments:

mynameismy said...

My tak shopping raya pun lagi... belum smpai mood...-.-'

Mohamadazhan.com said...

kes tudung menyedihkan ni.hehe.xpalah, berfesyen selagi menjaga aurat itu sudah sgt baik =)

~MiSs iFF@~ said...

haha. sy pun tak suke tudung tu. hr tu kak ipar suh pakai sbb senang, pakai sarung je. sy ckp xnak. sy terlepas ckp kt dia nnt nmpak mcm bibik. senyap terus kak ipar sy. hahaha. mulut ni mmg susah skit nk jg. tp atleast sy xperlu pki tudung yg sy tak suke tu. ohoho..