Assalamualaikum..
Ini bukan cerita Final Destination yang mengerikan tu. Tapi, sebenarnya lebih kepada final decision @ keputusan terakhir aku. Menurut kawan aku, minggu ni adalah minggu terakhir untuk interview kat Gleneagles. Setakat ni, sesiapa yang pergi memang semua dapat.
Nampaknya, aku betul-betul melepaskan peluang bekerja tu. Aku cuma mampu berdoa dan berserah ada tempat yang lebih baik untuk aku je. Kali ni, aku nak cuba hantar ke Prince Court. Aku tak ingat sebenarnya aku ada hantar ke sana ke tidak. Kena google image dulu rupa uniform kat situ.
Selain tu jugak, aku dah mula rasa nak hantar resume ke banyak tempat lain, bukan Selangor, KL je. Walaupun niat aku berada di sekitar sini adalah sebab mak aku, tapi mungkin rezeki aku kat tempat lain.
Mungkin jugak sebab aku dah penat kerja kat kedai tu. Kalau bahasa kasarnya, mungkin badan aku manja sangat. Tapi, memang dari dulu hidung aku sensitif banding orang lain, maka, aku tak tahan hari-hari erdepan dengan habuk - terutama bila kena isi stok bunga yang penuh habuk dan debunga-debunga palsu tu. Baru je dalam 2minggu aku baik batuk, ni dah mula nak batuk lagi. Tekak dah perit.
Hari-hari jugak aku perhati pelajat jururawat kolej-kolej yang posting kat Hospital Tanjong Karang lalu lalang- aku jadi terkilan. Aku nak kerja dalam wad jugak.
Masa yang aku ada pun terhad. Entah bila baru dapat hantar resume pun tak tahu. Hantar je lah. Yang pasti, mungkin Gleneagles bukan tempat untukku~
3 comments:
Caiyok2!! Jgn lupa hntr kt Pusrawi n hospital perubtn yg ada kt Kg. Baru tu jgk.
terima kasih.,dengar kata Pusrawi cuma ambik pelajar dia sendiri je. Entah lah. akan diusahakan sebanyak mana yang boleh, insyAllah. doakan la saya cepat dapat kerja..
Post a Comment