Pengikut

Wednesday, August 24, 2011

Runsing~

Assalamualaikum

Dah berapa hari aku online, tapi beberapa minit je dah tertidur. Penat mungkin. Ni pun aku cuma gagahkan diri aku. Ada hal penting yang perlu diuruskan- isi permohonan kerja kat IIUM. Internet pulak kejap elok kejap tidak. Jam pun menunjukkan pukul 1.42am. Esok entah bangun sahur entahkan tidak ni. Jangan jadi gajah sudahlah.

Beberapa hari ni jugak banyak perkara yang merunsingkan aku. Semalam, aku baru dapat tahu rupanya kubur arwah abah tak dapat ditemui- baru 7tahun dah hilang? Batu nisan kubur tu hilang entah ke mana. Banyak kubur baru sekitar situ, bila dicari-cari tak jumpa. Patutlah raya tahun lepas adik kata diorang tak pergi ziarah kubur arwah. Apa patut dibuat? Terkilan. Dah lama aku tak ziarah. Rasa nak cari.

Ada orang mimpikan arwah- aku rasa tak patut je dia cerita kat kami. Tapi, katanya arwah pesan sedekah kat dia banyak-banyak. -tak pasti mainan tidur atau apa, tapi aku kena pertingkatkan lagi usaha jadi bekalan untuk arwah dan mak- anak soleh= harta.

Sumber kewangan semakin meruncing. Badan makin penat dengan kerja- nak raya ni banyak kena isi stok. Aku pulak jadi tukang tambah stok yang memang laris dan hangat di pasaran- bunga, bekas kuih, pelita dan segala barisan depan kedai.

Mak dah asyik sebut tentang suruh tolong mak jaga budak. Tapi, mak jugak cakap mak nak berhenti jaga sampai bulan ni sebab lepas ni mak dah sibuk. Kesian kat orang tu kalau mak asyik cuti nanti tak ada tempat nak hantar budak-budak tu. Baik cari tempat lain dari awal.- Raya, konvo aku dan kenduri kahwin abang aku.

Kasut raya belum beli lagi. Ada yang berkenan Rm20 kat pasar malam- saiz paling kecik 37. Kalau ada yang kecik pun warna hitam- tak nak. Baju dah hitam. Kasut kat kedai mahal sangat untuk dimiliki. Tak sampai hati. Lagipun, cari kasut raya untuk konvo sekali- bertutup kalau boleh. Entahlah. raya tinggal berapa hari je lagi.

Duduk dengan budak-budak kecik kat kedai tu buat aku rasa sangat tua. 23<-- tua sangat ke? Krisis usia semakin ketara. Banyak benda terlintas kat fikiran. Sikap aku, kerjaya aku dna masa depan yang aku malas nak cerita.

Cuma mampu memohon pada Dia. Doakan aku. Amiin.

2 comments:

eezance said...

Salam'alayk..

Teruskan tabah menghadapi kehidupan yg bakal mendatang.. ;)

.........cP~ said...

thanx.. :)