Pengikut

Saturday, February 25, 2012

Inilah hidup~

Assalamualaikum warahmatullah

Aku ingin kongsikan dua cerita.

Cerita 1:

Adik aku telefon tadi. Katanya dia keseorangan. Kawan-kawan semua keluar. Dia takut dan tak berani ke mana-mana. Duduk dalam bilik dan telefon pun cakap perlahan je.

Dia kata, semalam makan sandwich je. Sardin pun dah habis. Hari ni, entah makan apa.

Aku cakap dengan mak, suruh dia belajar keluar. Kenal tempat, belajar naik train. Katanya, semalam dah keluar. Duit mungkin dah sikit. Zakat belum lagi berikan elaun yang dijanjikan. Mungkin masih dalam proses sebab kumpulan pelajar tajaan zakat bakal masuk.

Inilah dugaan nak belajar. Walaupun aku tak lah alami perkara yang sama, aku turut pernah alami kesusahan masa belajar. Aku pernah seminggu makan maggi dan berseorangan dalam bilik. Bilik air kat luar, takut tak payah cerita lah.

Sekurang-kurangnya adik aku, bilik air dalam bilik jugak. Sabar je lah. Aku kesian sebenarnya, tapi, aku belum mampu nak tolong. Kalau aku dah kerja dekat-dekat sana nanti, hari minggu kau turun la rumah kakak, ye? Kau duduk lah puas-puas.

Cerita 2:

Mak aku cerita tentang anak jiran. Sebaya adik aku kat atas. Dia memang budak pandai, dan cita-citanya nak jadi juruterbang. Walaupun dah masuk matrik sekejap, tapi dia keluar sebab dia memang sangat-sangat nak jadi pilot.

Dia dah belajar sekejap, tapi, terpaksa keluar sebab tak ada tajaan. Dapat separuh mak aku kata. Mungkin dah tak mampu nak tanggung, maka, dia terpaksa berhenti suku jalan.

Namun, dia tak berputus asa. Sekarang ni, dia bekerja dengan Score A, nak cari duit untuk dia belajar nanti. Dia memang sangat rajin. Bila balik kampung dia akan tolong mak ayah menyawit, kerja kebun. Aku tahu, dia anak yang baik dan bercita-cita tinggi.

Dengarnya, dia masih nak cuba cari lagi biasiswa. Aku doakan dia dapat mencapai cita-citanya.

Aku beruntung dapat biasiswa. Alhamdulillah.


Bukan senang nak senang, dan ada ketika dalam hidup kita kena belajar menerima perubahan dan berubah demi menyesuaikan diri dengan keadaan. Semoga dengan kesusahan yang dialami sekarang, kita akan senang kemudian.

Tapi, jangan lupa. Jangan mudah kita nak cari rezeki kat dunia hingga mengundang bala di akhirat nanti.

p/s: Aku masih berkira-kira dan mempertimbang. Aku masih mengharap supaya mendapat rezeki yang diredhai. Klik la churp-churp kalau sudi. Terima kasih.

4 comments:

Afiq Arif said...

Jangan mudah kita nak cari rezeki kat dunia hingga mengundang bala di akhirat nanti.

quote yang sgt bermakna. :)

Teenager Housemaid said...

betul3x..
bukan senang nak senang..

awak kakak yg baik..=)

moga anak jiran tu berjaya dalam menggapai impian..:')

klik huggies akak..:D

Farhan Yusuf said...

ohooo adik tuh kene kuat semangat
lg tuh...
hmmm anak jiran tuh bgus..nt dia mesti sgt puas bila berjaya..
sbb usaha kuat diri sendiri..
thumb up

.........cP~ said...

Adik pertama kali keluar..Belajar berdikari..Nanti lama2 ok la tu..Cuma harap dia selamat dan sihat..