Pengikut

Sunday, February 5, 2012

My Childhood Friend's Wedding~

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ni, aku cuma sempat membalas beberapa kunjungan. Terima kasih, aku terharu ada orang datang.

Jap lagi nak keluar. Pergi walimah kawan. Kalau ada yang ingat, aku pernah cerita tentang seorang kawan yang menjadi tempat aku meniru kerja sekolah Bahasa Arab masa tingkatan 3. Hehe.

"Barakalallahu lakum"

Aku kenal dia sejak darjah satu walaupun lain kelas. Bila darjah empat kami sama-sama langkau kelas. Nasib baik ada dia.

Hari ni, dia mungkin dah sah jadi isteri seseorang. Dia pun dulu kecik-kecik je macam aku. Tapi, dia lebih popular sebab dia lagi pandai. Dia baik. Sangat. Lembut je orangnya, memang tak macam aku langsung.

Ni la satu-satunya perkahwinan kawan satu sekolah yang aku pergi kot. Aku dah lama lost contact dengan diorang. Baru-baru ni je jumpa balik. Maklumlah, aku cuma tau duk dalam rumah je. Dulu-dulu mana ada hanset nak tukar-tukar nombor.

Eh, dah melalut. Nak kena pergi bersiap. Tumpang kawan.

p/s: Ada orang patah hati hari ni. Opps. Lucu. Alamak, tak tau nak "becek". Tak ada hadiah sebab tak de duit. :P

*becek = ngeley = salam kasi duit bila pergi kenduri

3 comments:

Eza Boom Boom said...

heee, salam pengantin baru kawan CP. Heee. :) dah kawen dah dia, kita dua ni bila lagi? hihi...

becek? bahasa apa tu cp? ^^

Yana Nanako said...

bestnyaa tengok kawan dah khawin.. kita ni bila la nak khawin.. hehe

.........cP~ said...

@eza- bahasa jawa...

jangan ditanya bila..tak tau nak jawab. ada,nanti adalah. kan?