Pengikut

Saturday, March 2, 2013

Pencerobohan di Lahad Datu~

Assalamualaikum warahmatullah..

Beberapa hari dengar sambil lewa tentang pencerobohan di Lahad Datu, kali terakhir aku dengar rundingan sedang dijalankan. Tetapi, semalam aku dengar berita tentang berita ada anggota keselamatan yang terkorban.

Al- Fatihah.

Seeloknya, kita biarkan pihak perhubungan awam dan sumber-sumber berita yang boleh dipercayai sahaja menyampaikan berita. Sebagai sahabat blogger, semoga kita tidak mengambil kesempatan pada isu ini.

Lebih baik kita doakan semoga keamanan dapat dicapai secepat mungkin dengan keputusan yang terbaik dapat dibuat.

Untuk para wira kita di Lahad datu dan ahli keluarga, semoga Allah lindungi perjuangan anda.

*Masa belek-belek cari matlumat tantang Kesultanan Sulu jumpa blog ni Sulu. Baca dulu jangan pandai-pandai buat andaian. Blog ni tak ada kaitan dengan pencerobohan tu.


p/s: Ada takut, ada sedih. Keamanan Malaysia bergolak. Teruskan berdoa- bantuan semampunya.

5 comments:

sitiezahim said...

betul tu. saya pon before ni tak ambik pot sangat. apapon semua benda ni pinjaman Allah je kan, so sekelip mata je kalau Allah kata jadi, jadilah sesuatu tu. moga kemelut ni cepat selesai, insyaAllah

Lia Irdelia said...

memang rasa takut bila terbaca kisah2 lahad datu ni.. sedih bila ada yg terkorban.. smoga keamanan kembali sepeti sdia kala..

Eza Boom Boom :) said...

Kesian orang Sabah.. Pray for Sabah. Semoga cepat aman dan tak bergolak lagi. Amiin.

pha is said...

semoga segalanya kembali pulih.. ameen..

Mak Wardah said...

ZSemoga keamanan dpt dikembalikan secepat mungkin