Assalamualaikum warahmatullah..
Dah 2hari tunggu panggilan masuk kerja. Dah mula risau. Kenapa tak panggil lagi ni?(updated.dah telefon tanya, dia baru nak call petang ni. Jumaat ambik baju, Isnin mula kerja.) Aku tak suka duduk rumah abang aku lama2. Aku rasa tak boleh nak bergerak. Dah dua hari jugak aku tak makan nasik sebab tak nak keluar rumah.
Malam abang aku balik dah penat. Tak sampai hati nak ajak keluar makan. Huhuk. Masalah sosial aku memang dahsyat, kan? Sanggup tak makan sebab tak nak keluar rumah. Aku tak selesa nak berjalan sorang kat kawasan taman ni sebab ni bukan tempat aku.
Aku rasa macam semua orang perhatikan aku dan aku sangat tak selesa. Lebih baik aku tak payah makan. Hah. Lapar ke tak tu, cerita lain la. Tapi, harini nak ke kedai kot kalau aku tak ubah fikiran la. Fikir tentang keluar pun aku rasa berdebar. Errr..Jarak rumah ke kedai tak sampai 500m je kot, tapi macam jauh sangat je rasa.
p/s: aku dah terhabis bandwith sebab tengok youtube, maka, lembab sangat dah internet. Guna tab abang maka, aku tak dapat nak mendoodle. Tak ada application sesuai.