Pengikut

Thursday, September 1, 2011

Aku dan Kasut Raya~

Assalamualaikum.

Cerita ni berlaku sebelum raya, tapi cuma kali ni aku berkesempatan menaip.

Kasut raya aku bernilai RM20 dan berciri retro @ nampak la fesyen lama. Apa yang dah jadi?

Ceritanya adalah bermula dengan aku terpaksa beli kasut bertutup sebab aku skema. Dalam peraturan kata konvo kena pakai kasut bertutup. Maka, untuk jimatkan duit kasut raya beli sekali untuk pakai masa konvo.

Aku ada kasut yang berkenan kat pasar tapi saiz tak ada. Maka, aku teruskan pencarian dari minggu ke minggu kat berlainan gerai dan kedai. Akhirnya, dua hari sebelum raya aku pergi ke pasar malam dan aku tanyakan saiz kasut yang aku berkenan dah. Malangnya, semua tak ada saiz. saiz kecik habis!

Selepas aku penat mencuba dan bertanya beberapa jenis kasut, orang gerai tu mungkin kesian aku tak jumpa lagi kasut raya, maka, dia tawarkan satu kasut. Aku perhatikan kasut tu dan terasa lain macam je. Aku tanya, ada saiz besar ke? Dia angguk dan serahkan kat aku. Aku cuba dan muat! Tapi, nampak aneh. Kasut tu kasut kanak-kanak! Aduh! Nampak pelik je kaki aku dalam kasut tu. Rejected!

Akhirnya, pada sehari sebelum raya waktu rehat aku ke kedai kasut. Niat di hati nak beli kasut mahal yang pernah kakak ipar aku cadangkan- walaupun berat nak keluaran duit. Tapi, saiz dah habis! Tinggal saiz 8? Mak aih.

Dengan sedih aku ke pasar (pasar selalu waktu tu dah tutup, tapi nak raya punya pasal, sampai ke malam). Akhirnya, aku pun bertemu kasut aku ni. Walaupun tak berkenan malah tak berapa nak selesa aku terima je lah. Tu je pilihan terakhir. Aku pakai ni pun rasa cam itik je jalan.

Banyaknya kasut menarik kat pasar tapi saiz kecik dah habis. Sob sob sob.

Tuesday, August 30, 2011

Salam Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin..

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin buat semua pembaca blog ni. Kalau ada terkasar bahasa, salah silap, tersalah bicara harap dimaafkan.

Fuh. Setelah penat bekerja hari-hari hari ni badan rasa sengal-sengal. Raya pun kurang serinya. Tapi, memikirkan tahun depan entah aku dapat raya entah tidak aku cuba gagahkan diri menikmati raya. Aku fikirkan jugak cuti aku cuma 3hari je ni.

Malam raya aku kerja sampai hampir jam 2pagi. Memang dah sedikit tak berapa betul kepala aku masa tu. Masam je masing-masing. Masa bos suruh tolong kemas dan isi barang, kitorang ingat sekejap je dah boleh balik, rupanya nak pukul 2 pagi jugak. Cumanya, kitorang tak perlu masukkan barang ke dalam kedai. Masa nak balik, "kakak" kasi pulak duit raya.

Bercakap pasal duit raya, aku sangka aku dah takkan dapat duit raya dah, mana tau masih ada insan-insan prihatin masih nak kasi aku duit raya. malah, sepupu aku yang sebaya pun masih kasi duit raya. Dia tak tau kot aku dah habis belajar. Aku pun dapat kasi duit raya kat 4 orang budak je.

Wah, rasa macam nak demam dah. Mungkin kerja kuat sangat sebelum raya. Maklumlah, nak raya pelanggan berderet-deret, stok asyik kena isi je. Aku lah orang paling banyak kena isi stok.

Apa pun, salam aidilfitri dan semoga aidilfitri ni menjadi penghubung hubungan antara seluruh umat Islam yang jauh mahupun dekat. Semoga ikatan yang renggang jadi rapat, yang rapat jadi lebih erat.

p/s: jam raya putih merah (G-Shock) aku, aku kasi adik laki aku pakai. Mesti suka je dia. hehe. Tak apa lah. Aku pun bukan reti sangat pakai.

Monday, August 29, 2011

Tak mau kahwin ke?

Assalamualaikum

Soalan seperti ini akan mula membayangi anda juga jika anda berada dalam umur 20-an. Walaupun aku dah biasa dengan soalam macam ni yang selalu dianjurkan oleh makcik-makcik aku, tapi aku tak sangak bos aku pun akan tanya soalan yang sama.

Alkisahnya, sudah dua kali dia tanya umur aku berapa- mungkin dia terlupa- dan setiap kali aku kata umur aku 23tahun terus je meluru keluar dari mulutnya, "tak mau kahwin ke?". Aiyayai. Apakah? Dia kata kalau orang Cina tak kasi kahwin lambat-lambat. Tak bagus bersalin lewat-lewat (dengan penuh semangat). Melayu pun sama je "kakak"..

Budak-budak lain apa lagi, bergelak ketawa dengan soalan cepu cemas "kakak". Seronok la tu tanya soalan macam tu kat aku. Ceh. Siap berpesan-pesan pada kebaikan dan kebenaran supaya tak lupa jemput bila kahwin pulak tu.

Aku macam biasa cuma mampu tersenyum dan tergelak. No comment. Takdir dan jodoh ketentuanNya. Aku tak nak memberatkan kepala semata-mata menanti jodoh aku. Masih banyak perkara aku boleh buat sementara ia nak sampai. Kalau ada, datanglah dia, kalau tidak maka sendirilah aku.

p/s: Semalam terserempak encik yang tak berapa nak sihat mentalnya betul-betul depan stor. Aku melangkah turun dia dah ada depan mata. Bukan main dia meluru ke arah aku dengan tangan macam nak pegang aku, maka, dengan di tangan aku cuma ada pasu bunga RM19.90 aku halakan pasu tu dengan kata, " Jangan! Jangan datang dekat!" Brother yang jaga depan Karnival pun tolong aku untuk usir dia pergi, maka, alhamdulillah lepas tu dia berlalu. Seram sejuk dan kecut perut aku. Walaupun malu sebab ramai orang tengok aku acukan pasu bunga kat dia, tapi syukur. Kalau aku sorang-sorang entah apa jadi. Tak apalah kalau tak ada orang suka daripada orang yang admire aku menakutkan macam dia. Huhu. Lindungilah aku dari segala bahaya dan ancaman manusia. Amiin..