Pengikut

Thursday, March 10, 2011

Mak Saya~


alhamdulillah..

hehe. setelah kian lama, aku dah tepon mak. kenapa aku lama tak tepon mak? sebab aku kedekut n mak dah guna maxis..

wawah. dengan mak pun aku berkira? huhu. sebenarnya, aku segan nak tepon mak. sebab aritu gi kursus BTN kena tulis surat ke mak- aku buat ayat sedih bagai- aku malu la. rupa2nya surat tu kena hantar ke rumah sungguh weh!!
teruk la aku ni. aku tak pandai nak express feeling kat family. sebab kitorang takde budaya tu kot. aku nak cuba sedaya upaya nih. sedih aku mak aku cakap anak2 tak mau mak lagi dah tadi.

hmm. tadi dah call mak, sangat seronok dan lega. aku tau mak mesti seronok anak die call. kan? kan?

ha.. mak cakap Ron-BNS- abang aku no 4- mungkin nak nikah bulan 5/6 ni!

TAK BOLEH!!! masa tu aku exam la..wuhuu. takkan aku tak nak balik? takkan aku tak nak pergi exam yang sangat penting nih?
penat aku pujuk mak. mak.. jangan deh. tau la tak baik tunang lama2, tapi sian la kat den..

hujung minggu ni diorang turun Pahang rumah maklong aku. sambil nak bincang2 kot. mak kata diorang tak mau buat bulan 10 sebab Pahang rajin hujan bulan 10. alohh...

hmm. yang aku nak cerita is- aku ni, sangat tak pandai nak express feeling. kat mak sendiri pun tak pandai.



camne nak buat ntah. sedangkan hati mak kena jaga baik2. dah la tak de abah dah. kenapa la aku tak amik pengajaran?
bukan aku tak sayang mak. tapi, tak reti la nak tunjuk. kenapa? bukan ke dalam adab berkawan pun, kalau sayang kena tunjuk dan berkelakuan yang kite sayang.

jangan EGO!! ingat tu.

aku tengok anak2 kat wad yang jaga mak ayah tu, sejuk dan bahagia je rasa. aku nak belajar daripada diorang. diorang tak semua muslim. bak kata budak yang aku citer kat sini nama je tutup aurat, tapi kat mak tak reti nak sayang.

malu jugak pada diri aku sendiri. kenapa ye macam ni? kenapa nak ego? aku sayang je mak aku. aku banyak benda dalam kepala ada planning untuk mak. tapi, kenapa tak zahirkan?

yosh!! aku nak shopping hadiah kat mak lah. tapi, nak kasi ape ek kat orang tua? tak reti la pulak.... dush!!

sebagai orang yang jaga makcik2 aku rasa geram je kalau tengok anak2 yang tak mau tukar pun pampers mak ayah. aku geram je kat orang yang mintak misi buat segala. bukan aku tak mau buat, tapi tu mak ayah tu.

aku?? aku dulu ngan arwah abah camne? hmm. kadang rasa geram. kenapa aku dulu macam tu? tak pandai jaga hati abah. masa tu aku bukan misi, aku budak sekolah. kenapa?

masa ni lah nak amik pengajaran. jangan dah tak ade baru nak menyesal. selalu2 la tepon mak. selalu2 lah tunjuk yang kite sayang. tanya kabo pun diorang dah suka sangat dah.

p/s: tapi, aku tak dapat nak nafi lah, aku cakap kasar sikit dan suara lantang dengan mak. memang gitu. kalau orang rasa aku kasar, aku tak dapat nak tolong dah la. memang high pitch bila excited.

mak. tunggu ye. nanti kin keje, insyaAllah.

jangan malu jangan segan.

SAYA SAYANG MAK SAYA!!

2 comments:

eezance said...

salam'alayk..

nice entry ni.. seronok je baca..

good2.. ;)

.................cP~ said...

waalaikumsalam. terima kasih.. baru berjinak2 je..