Tetiba terjaga di tengah malam la plak. Mood masih dalam keadaan kecelaruan emosi. Tapi, xpe la. yang tu aku citer kat blog rahsia aku je. Cam saje je nak gitau ada blog rahsia, ye x? ahaha..
Ni, aku teringat tentang seorang kanak2 perempuan yang menarik perhatian aku. Namanye cukuplah aku panggil sebagai, Tikah (bukan nama sebenar).
Masa tu, aku xde sesape nak diajak borak. Aku pernah jumpa dah budak ni sekali dan sekali lagi aku jumpa die, die duk lekat je kat aku. Aku pun cam konpius sikit. Aku pun interview la die.- Tikah ni lawo budaknyer.. Kecik2 je. Tapi, dengan aku die rendah sikit je la.. heheh.
Aku: Tikah, kenapa Tikah tak kawan dengan budak2 lain?
Tikah (12tahun): Tikah tak suka la diorang tu. Cam budak2. (like she's not budak2 je ayat)
..... Tikah kat sekolah kan, ramai la kawan2 yang suka pakai seluar tinggi, and jerut kat kaki tu. Tikah tak suka.
..... Akak tengok la tu, diorang tu (merujuk pada beberapa orang remaja-20-an) Tikah tak suka la. Gedik betul! (walah). Tu ape tu dengan laki macam tu. Tengok2 tu. Tengok2 gambar lepas tu ketawa2 camtu. Tikah tak suka.
...... Tikah nak pakai tudung, tapi ibu tak kasi. Ibu kata panas. (Die ada masalah kulit yang serius- dan belum akil baligh)
..... Tikah tak suka kawan dengan budak2 macam tu. Tikah suka kawan dengan akak. (bukan aku nak puji diri sendiri. aku dapat rasakan die tengok aku and makcik die-sorang- seolah2 role model dan sangat2 padang tinggi kitorang.
ada satu ketika, sepupunya berusia 3/4 tahun baru lepas mandi tak berbaju berdiri depan aku! ceh budak kecik ni.
Tikah: jangan tengok! tak boleh tengok la.
Aku: la..bukan ada benda ape pun. budak kecik. (tambah2 aku ni misi, aku bukan ada perasaan mende pun. - hello, jangan fikir bukan2 ok. memag aku misi, korang nak cakap pe kalau mata aku ni dah lali dengan benda2 gitu)
Tikah: memang lah. tapi tetap ada jugak kan? ape la kakak ni, tutup aurat mana boleh tengok benda2 camtu.
sedang menonton TV. aku bukak TV sebab kebosanan. ada tayang cerita Korea, masa tu 5minit gi nak habis. dah nak berita dah masa tu. tetiba ada la scene kekasih tu duk dekat sangat.
Tikah: ha, jangan tengok. ape akak ni, dah la tutup aurat. mana boleh tengok. (aduh. aku tak de la tengok mende pun. aiyo..kalau die tau ku suka tengk citer Korea, abis la entah die cakap ape)
yang aku nak sampaikan kat sini, aku nampak macam secebis harapan kat budak ni. aku tengok die boleh dibentuk dan diasah untuk jadi harapan pada agama. yelah, budak ni la yang akan jadi umat Islam untuk masa depan. cuma aku rasa die ni perlu diajar jangan suka cakap pasal orang kat belakang je la.
sepanjang duk dengan die, ada je la idea die nak cakap pasal orang sekeliling yang die tengok. semua die tak suka. semua die kate gedik! ahaha. aku pun hampir2 kena dengan die nih. entahla. budak ni sangat jujur. die cume suarakan ape yang die rasa. aku cam suka gak la. padan muka aku!!
aku harap, die akan membesar jadi macam yang die harapkan sekarang. aku harap, die akan jumpa kawan2 yang boleh sama2 bawak die ke arah itu. aku harap, die faham yang xelok kite duk kate pasal orang dari blakang. ngumpat tu dosa!!
dan aku harap, die tak terlalu sinis dan pandang buruk kat orang lain terutama adik beradik and sedara mara die sendiri. sebab aku nampak potensi besar dalam diri die.
ni la anak2 harapan. muka2 yang patut kite didik untuk masa depan agama. kalau die mampu bawak adik beradik die sakali, alangkah bagusnya.
Berapa ramai budak2 skarang yang tak terpengaruh dengan anasir2 luar yang memesongkan? aku sendiri masih suka tengok citer korea. aku sendiri masih suka dengar lagu2- walaupun aku pilih kut emosi- maknanya aku melayan emosi la kalau dengar lagu. p/s: ok, aku memang jiwang. aku suka dengar lagu sentimentel.
hmm. bukan senang nak didik budak2 skang ni. ada budak kecik2 dah tau nak cakap bahasa kasar, bahasa lucah. ni pun Tikah cakap. budak2 sekolah die dah pandai guna bahasa lucah. die sangat concern pasal ni.
budak2 sekarang lebih tau dari orang2 dewasa. budak2 sekarang ni, terdedah dengan macam2. dan apakah akan jadi pada agama Islam? siapa yang patut mulakan revolusi dan penentangan terhadap anasir2 yang semakin hari semakin dahsyat dan parah ni?
adakah kite akan terus tuding jari, kate ko salah, aku salah. aku tengok ko ni menyampah, aku je yang betul.
NO!! itu tak patut terjadi. bila aku tengok orang kanan kiri aku salah, aku rasa aku salah. maknanya aku gagal!! aku selamatkan diri aku sendiri je. aku tak mengamalkan konsep bersaudara pun. dan kalau aku terus macam ni, aku sama la macam Tikah, budak yang masih tak faham sangat lagi.
so, kesimpulan aku ape ni? korang2 silalah ajar diri sendiri, orang2 keliling, buat yang ada anak, bakal ada anak, ada adik beradik, sila lah, sila lah sampaikan. amar ma'aruf dan nahi munkar.
jangan suka cari orang untuk dipertanggungjawabkan, letak r tanggungjawab atas diri sendiri. setiap orang dari kite ni ada tanggungjawab tu, ok? lantak ar ko alim ke, alim kucing ke. watever.
gagaga. ape ntah aku ni. tu la merepek pada pukul 2 pagi.
zzzZzzzzz.. esok mau posting petang da.. oh, air, silalah ada dengan lancar.
No comments:
Post a Comment