Pengikut

Thursday, March 17, 2011

Tetamu Tak Diundang~




astaghfirullah...


hmm. aku hari ni nak cerita pasal MATI. kenapa? entah la.

tadi duduk2 makan- selepas seharian tak done nak makan- dengan kawan aku, cik Nor(BNS). duduk2 tetiba die cakap kejap je dah jumaat, nanti kejap je dah tua, lepas tu mati.

aku pun cakap la.. kalau sempat tua.. entah sempat entah tak..

yela.. tengok dalam wad tu, macam2 pesakit ada. kadang yang nampak teruk sangat, elok je lagi. yang DIL pun tak tentu ajal menjemput. yang elok je nampak, dah dipanggil dulu.

takut kan? kenapa takut? sebab tau amal aku ni entah ape2. ada ke amal? timbang tara campur tambah tak tau la bagi +ve ke-ve. macam I/O chart. kalau -ve tak bagus la.

hmm. nak kasi contoh terdekat betapa ajal tu tak disangka2..

well, arwah abah la. abah kan da sakit sejak aku kecik. sampai aku pun dah biasa sangat tengok abah keluar masuk spital tu. aku pun da jadi alah bisa tegal biasa tengok abah sakit. masuk spital? spital tu rumah kedua kot.

masa mula2 abah exciden, mak citer abah koma, segala macam tiub, ada kat abah. patah sana, jahit sini. lepas tu alhamdulillah abah boleh sihat n lepas rehat 2 tahun, boleh la jugak keje- biar semput2 pun.

lepas tu, asyik keluar masuk spital, ubat segenggam. dan macam makan nasik. jap ok, jap x. sebab terlalu lama, aku tak pernah jangka abah nak "pergi".

masa aku form 3, abah masuk spital SEBULAN. koma lagi beberapa ketika. masa tu orang duk cakap, tak yah berharap sangat dah. okay.. semua orang pun dah sedih2. tapi, ALHAMDULILLAH. abah sihat balik, boleh balik rumah!!
jadinya, bila abah masuk spital lagi masa aku form 5, aku tak rasa ape sangat. masa tu aku baru
je balik cuti. ingat lagi. abah baru keluar spital. aku ingat muka abah kai terakhir tengah sesak nafas mintak aku buat ape ntah. aku cakap jap la...- sesalan yang takkan aku dapat lupakan sampai sudah. maafkan kin abah..

aisyeh.. back to story..fokus2.. lepas tu, aku gi la balik asrama. tetiba di pagi sabtu yang hening, aku terlintas nak baca Yasiin. entah la. bukan nak caya pelik2, tapi, aku baca Yasiin kat dorm. selalu aku kena gi bukak kaset kat surau. tapi, pagi tu, aku tak daya nak gi surau sorang2 n baca Yasiin kat bilik je.
pagi tu, ada test Math- maklumlah lagi sebulan nak exam. duk jawab
tetiba ada junior masuk.
panggil aku. aku dah debar dah masa tu. tapi, aku cam biasa maintain cool. tak sabo2 pastu cikgu HEP lak masuk. aik?? disuruh aku cepat2. awat lak ni. die tanya aku pasal abah. aku dah lain macam dah. tapi, tetap maintain. biar pun macam dah mendung je masa tu. macho la kunun.

aku tengok je muka pakcik aku dalam keta- diorang yang amik- dah nak hujan dah. tapi, diam je. sampai2 je umah pakcik aku-sebelah umah aku je- aku tengok RAMAInya orang.. hmm. SAH!! aku tau dah.

maka hujan lah di hari itu. see?? siapa sangka kan?? aku lagi la terkejut. abah dah selalu sangat keluar masuk spital. haritu masuk seminggu je, pastu dah boleh balik.. masa dulu masuk sebulan ok je. kenapa tetiba lak abah nak pergi??

jawapannya: ajal dan maut di tangan Tuhan, Allah yang Maha Berkuasa. tak tunggu sesiapa. -tapi, mak cakap abah ada kate, takyah beli baju raya tahun ni, abah tak raya- coz abah pergi masa bulan puasa- sabtu pagi.
aku? korang? mak? family kite? bile? tak siapa tau melainkan Dia. jadi?? ready ke kite? tak takut ke? takut kan nak mati?? kenapa kite tak rindukan bertemu Dia? sebab dalam hati kite ni, kite tau, kite tak ready.. ape je yang kite ada nak bawak ke sana??

renung2kan dan selamat beramal... takutnya.. kerdilnya- dah la memang kecik dah-..

ingatlah MATI.. ingat ALLAH..

assalamualaikum..

p/s: elok pulak done2 je dah isyak..yuk solat yuk- orang kata ajak yang wajib ok, kalau yang sunat, diam2 je.. tapi, kalau nak ajak kawan2 serumah sama2 buat yang sunat ok lah.. pisnowo...

1 comment:

azzra shaheen said...

trima kasih ats nasihat..
dugaan besar untuk awak dan awak tetap tabah. Allah menguji hambaNya yg kuat menangani nya.,,:)