Pengikut

Thursday, April 21, 2011

Kali Yang Pertama~

bismillah ar rahman ar rahim..

Rajin betul aku menulis kan? Merepek pun merepek lah. Aku nak tulis jugak.

Aku adalah seorang anak jati Selangor. Aku pernah bersekolah kat KL setahun setengah (SBP-aku tak suka..ahaha), dan telah berada di KL campur tolak 6-7tahun.

Lama kan? Kalau orang dengar aku orang Selangor, duduk KL nak dekat 7tahun, mesti orang kata aku ni dah macam orang KL. Apa orang kata? Orang TOWN??

Hakikatnya, mereka2 adalah silap! Buat pertama kalinya hari ini dalam hidup aku, aku menjejakkan kaki aku ke

1) Petaling Street
2)Central Market

Itupun sebab kawan aku kesian. Tadi, kitorang dengan sengajanya pertama kali cuba naik bas untuk ke Masjid Jamek. So, kena turun kat Pudu (pertama kali naik bas ke Pudu dari sini).

Maka, sedang aku dan die berjalan2 melihat alam dan mengelakkan diri dari sesat, ternampaklah

"Eh, Petaling Street?" kataku dengan nada excited. "Tak pernah pergi"

Kawan aku pun geleng kepala dan ajak aku jenguk jalan2. Aneh. Aku rasa malu betul jalan kat situ. Mana taknya, aku tengok yang warganegara macam cume aku dan die je. Orang lain tu kulit putih melepak atau black, hidung mancung, cakap omputih ada cakap Cina ada, cakap bahasa lain2 pun ada. Apakah tempat ni?

Next, aku jalan menuju ke Masjid Jamek, jumpa pulak CM. Ok. Aku selama ni bayangkan CM macam Masjid Jamek, orang niaga tepi jalan. Mana aku tau ada satu bangunan yang cantik siap ada secret recipe kat dalam.

Kesian kawan aku ni- kata die dalam hati- aku teka je.

Actually, banyak je lagi tempat yang pelancong2 entah dari mana dah jejak kaki kat KL ni yang aku tak pergi lagi. Terasa semacam sangat le kuno aku ni. Duk KL lama2 tapi langsung tak kenal KL. Kalau dicampak tengah bandar mau aku nangis.

Actually, don't try this at home. Susah gak la. Kalau ape2 hal susah. Aku pun dah puas kena bebel dengan abang aku. Duduk je KL, ape pun tak tau. Gomen neh..=_=''

Dataran Merdeka? Menara KL? Apa saja tempat menarik kat KL ni, aku rasa aku banyak lagi tak sampai. Yela, aku kan orang kampung, patutnya ambik la kesempatan ni nak belajar sambil makan angin. (patut ke?)

Rugi2. Ape pun, makan angin banyak2 nanti kembung perut. Takyah la dulu.

ok. Adios.

p/s: hari ni, beli tudung kat mak and Kak Na- hadiah hari ibu la konon. tak sabo nak balik kasi. lambat lagi je pun.

Tak beli ape2 lagi untuk diri sendiri T_T. Kenapalah bila bab beli barang kat diri sendiri aku fail. Payah betul. Mau tapi malu kot.

2 comments:

senyumSOYA said...

hihihi..saya dah 3 tahun duk area slangor.. x pernah pun manapak kat dataran merdeka..hehehe

.................cP~ said...

jom pergi jom..hehe..rasa cam kesian kat diri sendiri sebab tak pernah langsung jejak kaki ke situ.. kawan yang dari negeri2 lain tu dah siap amik2 gambar lagi. yela, lepas ni entah ke mana.. huhu..