assalamualaikum
macam yang dah sedia maklum, aku duduk KL. aku adalah seorang warganegara yang tak pernah jejak kaki ke Kelantan. Tapi, aku tak perlu risau.. kenapa? sebab aku duduk KL ni dah macam aku duduk kelantan.
1) Kawan2 aku ramai dari Kelantan.
2) Aku dah boleh cakap Kelantan walaupun bunyinya sedikit nak masuk ke Siam.
3) Aku dah belajar makan makanan Kelantan.
Sebelum ni, aku tak faham kenapa orang suka budu. Cuma masin je, aku kata. Tapi, selepas satu ketika di kala kawan aku Cik Misi mengajar aku makan budu cap ketereh ketika itu, akhirnya aku telah JATUH CINTA dengan budu.
sampaikan aku makan budu macam buat kuah.
dan baru2 ni, kawan aku yang lain (bukan blogger) telah memperkenalkan aku dengan "colek" betik muda??
seumur hidup aku, aku cuma tau betik muda boleh dibuat sayur, tumis atau masak air @ jangan bening dalam bahasa Jawa.
kali ini, aku makan betik muda mentah2 dengan cuka!
haha. layan la jugak..
Bahan2 untuk colek:
cuka
gula
garam
belacan
gaulkan la semua tu secukup rasa.. potong betik muda nipis2, cicah dan makan...
Haritu aku bawak dua betik muda yang agak lumayan saiznya, sekarang dah tinggal sikit je. aku tengok kawan aku, sorang orang KB sorang orang besut makan macam makan jajan. mak aih..!! marvellous..!! Ni la "colek" betik muda tu. (lapik dengan plastik sampah yang masih bersih, ok)
betik yang aku bawak tu, walaupun muda die maniss.. kawan aku kata, selalunya tawar je die makan. ok la. style baru, makan manis dengan masam. orang yang bawaknya pun muda dan manis, kan..ehehe.
satu resepi baru. boleh bawak balik rumah ni.
uih..dah malam rupanya...zzZZ
1 comment:
haha .tau takpe. duduk kat KL dah macam duduk kat kelantan. bersepah rkyat kelantan merantau kat KL ;)
Post a Comment