Pengikut

Friday, April 29, 2011

Bukan Yang Pertama :)

Assalamualaikum

Bila dah terbiasa blogging, rasa macam tak lengkap je kalau tak menulis. Penat menahan diri dari blogging, akhirnya merayau jugak jengah update blog2 yang aku follow.

Ok. Tajuk hari ni, bukan yang pertama. Ye, ini memang bukan yang pertama. Aku tak ingat dah berapa kali secara total. Tapi, dalam tahun ni dah kali kedua.

Yup. Aku dah buat kedua kalinya pergi ke Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC tu. Cannot resist.

Semalam kawan aku ajak aku pergi lagi. Aku mana boleh menolak. Memang rasa tak puas duduk dikelilingi buku2 yang banyak tu.

Dan akhirnya, aku tewas lagi. Aku pun pergi la ke pesta buku tu dan beli buku lagi!! Hehe. Takpe2. Setahun sekali je. Aku dah lama menahan diri dari beli buku sepanjang tahun ni.

Cuma sayangnya, ada satu buku aku tunggu nak beli kat pesta buku, last2 aku boleh sampai sekarang tak dapat nak ingat tajuk buku tu. Takpelah. Nanti aku search semula, beli je kat kedai mana2. huhu..

Sejak 1st aku pergi PWTC tu, aku dah jeles dah tengok orang bawak beg"recycle" dari gempak starz. Tapi, aku menahan diri. Aku takut adik aku dah beli komik yang aku beli, bazir la duit aku. Tapi, semalam aku gagal.

Kena beli 3 komik baru dapat beg tu. Maka, setelah aku belek2 aku pun beli la 3komik. Satu rm7 tu. huhu. Haru. Tapi, beg tu punya pasal. Teruk tul aku ni. (Kebanyakan komik translation kat situ aku dah miliki. Payah betul nak beli.- ok, bukan aku miliki la. tapi, adik aku rajin beli.)

Kawan aku yang suka shopping pakaian(tak lah selalu shopping pun) kata, tak faham betul. Tak mampu nak faham. Kegilaan aku dan die adalah berbeza.

Aku dah beli banyak, sempat lagi aku jeles dengan kawan aku sebab die beli lagi banyak dan buku die lagi tebal. Oh, tidak.
Buruk perangai kan? Takpelah. Aku bukan beli buku merapu semua pun. hehe.


(ni bukan gambar genre yang aku suka. juz snap guna handset 3sekupang aku)

Sayonara.~

p/s: oops.. sambil2 tu cuba baca ni.. Lega sikit hati aku. Faidah Ilmu

2 comments:

iXoRa_sKRu said...

taste shopping orang berbeza... ada suka beli pakaian... ada suka beli buku macam kita... rambut sama hitam... minat lain2...hehe..

.................cP~ said...

gadisku...tak sangka masih lagi membaca blog saya.. terharu T_T kangen deh sama kamu..

p/s: lama saya tak masuk halaqah. sibuk berblogging + study (konon2nya)
jenguk diam2 (as tetamu) ada la..wink2..^_~