hari ni, aku cuma nak cerita tentang movies. apakah jenis movie yang aku suka tengok??
loves story?? comedy?? tajuk pun dah thriller vs horror, mesti la aku nak cerita pasal dua genre tu je. tak payah la teka. aku suka tengok semua cerita - "hantu TV" is my middle name.
antara Thriller dan Horror, mana lagi aku suka??
Aku suka dua2 la.. sebab die BEST...
Bila aku tengok cerita Thrill/Horror ni, jantung aku akan berdegup kencang (palpitation), rasa macam nak tercekik, sesak nafas (SOB-shortness of breath, dyspnea). Perasaan tu sangat menarik!! ahaha.
Bila aku tengok cerita Thriller, aku akan menjegilkan bijik mata sambil tutup mulut dan menahan nafas bila tengok part pancung2, potong2, gergaji2, kapak2 dan bloody scene..
Bila aku tengok cerita horror?? well, kawan aku kata, bila aku tengok cerita hantu, aku cuma tengok cerita. Hantu aku tak tengok.
ooppss..ha, nak cakap aku penakut la tu. No, No, No. bukan ye. aku bukan penakut (kunun). Aku dikurniakan daya imaginasi yang tinggi. Maka, bila aku tengok cerita hantu, kalau aku nampak muka hantu tu aku akan mula terbayang2 selalu. Jadi, untuk mengelakkan aku duk fikir + terbayang2 muka hantu tu, baik aku jangan tengok kan??
Takut pulak aku jadi lebih takut kat hantu dari yang sepatutnya aku takut. Astaghfirullah.
Pemilihan cerita Thriller aku, aku tak kisah. Janji ngeri. Kalau cerita budak2 kecik yang pegang watak ganas, aku lagi rasa menarik. Innocent face with a devil heart. Thrill..!
Kalau cerita Horror, aku prefer movie dari negara luar yang bukan asia tenggara. kenapa?? Sebab movie asia tenggara low quality?? Bukan2.. Amatlah bukan..
Sebab, latar belakang cerita asia tenggara = Malaysia. Nanti bertambah2 la kepala otak aku yang kreatif ni fikir bukan2. ngeh2. Alasan yang bernas kan? kan?
Banyak lagi Horror movie & Thriller yang aku tak tengok. Maklumlah, nak beli CD fikir al-fulus, nak download, setakat wifi kolej ni, ape la sangat yang aku boleh download. Lain la korang2 yang guna streamyx mahupun unifi..
Okay. That's all.
Tapi, ingat- termasuk aku la- jangan la melayan movie sampai terbawak2 takut. Lain jadinya. Khurafat <--dah tengok cerita ni, tak faham ape yang boleh cecah juta2 sangat ntah. biasa je. Jalan cerita yang biasa dan terlalu common. Sepanjang cerita aku asyik bebel je, penuh dengan comment itu ini. kesian member aku yang duk fokus melayan cerita.
Ok lah.
Asy-Syaikh Abdurrahman bin Hasan bin Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dalam kitab beliau Fathul Majid mengatakan: “Takut berkedudukan tinggi dan mulia di dalam agama dan termasuk jenis ibadah yang banyak cakupannya yang wajib hanya diberikan kepada Allah subhanahu wa ta’ala.”
Firman Allah : "Jangan kamu takut kepada manusia, takutlah kepada aku" (Al Maidah : 44)
“Sesungguhnya mereka itu tidak lain adalah setan dengan kawan-kawannya yang menakut-nakuti kamu, karena itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepada-Ku jika kamu benar-benar beriman.” (Ali Imran: 175)ends~
No comments:
Post a Comment