Pengikut

Friday, June 24, 2011

Bila orang dah Tak Suka~

Assalamualaikum..

Korang pernah tak rasa, semua orang tak nak cakap dengan korang? Atau pernah tak korang rasa, korang kalau boleh tak nak cakap langsung dengan seseorang? Hakikatnya, kalau perkara tu berlaku keadaan tu memang menakutkan.

Kalau kita asyik pecah amanah, tak jujur, buat benda-benda yang orang tak suka, perangai pun degil je, seolah-olah tak pernah fikir kepentingan orang lain, tak ada sesiapa nak berurusan dengan kita. Aku rasa ia sangat mengerikan.

Bila semua orang berbual, bergelak ketawa, kita cuba mencelah, tapi langsung tak dihiraukan- situasi itu sangat menyedihkan. Tapi, kalau kita di pihak yang tak menghiraukan tu, walaupun terasa sangat menyedihkan disebabkan ke"menyampah"an yang tak dapat dibendung dah tak mungkin kita akan hiraukan orang tu. Cuba la nak berpura-pura macam mana pun, akan nampak dan terasa plastiknya.

Semua akibat perbuatan sendiri. Bila orang mintak tolong, diseleweng jauh. Bila ada masalah, macam-macam alasan diberi. Hidup macam tak ada arah tuju, tak ada sesiapa nak ajak jadi teman berbual. Hiduplah dalam dunia sendiri. Sebabnya, semua orang semakin dewasa, tapi kalau kita masih lagi kat dalam dunia nak senang-senang, tak sedar diri dah meningkat usia, itulah akibatnya.

Sesekali orang mungkin boleh terima, tapi, bila dah selalu sangat, terimalah akibatnya. masyarakat hakikatnya tak mahu dengan orang yang menampakkan keburukan sendiri. So, jagalah hubungan dengan manusia. Mungkin ada urusan dan hubungan dengan Allah yang masih belum terjaga- maka, manusia tak melihat sebarang hubungan dengan kita. Janganlah sampai orang dah tak suka. Hiduplah sebagai manusia. Jaga amanah, jaga perangai. Jadilah orang yang bertanggungjawab.


Wallahua'lam.

No comments: