Pengikut

Saturday, June 18, 2011

Hari-hari Seorang Penganggur 1


17 Jun 2011
Hari pertama berstatus penganggur. Macam biasa duduk kat rumah je la. Jaga budak kecik tu.
Hari ni aku pertama kali cuba broadband aku kat rumah. Oh, very the slow. Aku n idah biasa guna wifi, maka sabar tu kurang sikit la. Huhu.

Jaga budak kecik tu, agak susah nak online. Aku terpaksa berdiri nak online sebab laptop atas aquarium. Kalau tidak raksasa kecil tu akan kacau. Kalau die tengok je tak ape, ni habis tekan segala dengan sepenuh tenaga. Huhu.

Sehari duduk rumah. Buat kerja, jaga budak kecik. Kalau jaga budak kecik tu bukan boleh suka2 hati tinggal. Budak tengah lasak, susah betul. Kejap2 panjat sana, panjat sini. Little rascal. 

Paling tension bila tukar pamapers. Mak aih. Berperang la. Susah betul nak pakai semula bila dah bukak. =_=’’ Budak kecik ni. Lepas tu buat muka comel die tu. Ceh, tau la comel pun.

Petang, adik aku bawak aku dengan Is (raksasa kecil) jalan2 naik motor. Haha, aku mana reti bawak motor, maka, adik aku la yang bawak. Mula2 tak percaya je si kecik tu nak bawak aku. Takut je jatuh, tapi, akhirnya, Berjaya. Is pun dengan senang tidur.

Maghrib tu, mak ayah dia balik, dia terbangun dan drama bermula. Mengamuk!! Adui. Nenek dia pujuk baru la nak diam. Dengan tak pakai pampers, dilayan dulu dengan neneknya. Lucu la budak ni.

Satu lagi, aku panggil dia dancing machine. Sebab apa? Sebab tiap kali dengar muzik tak kira la rancak ke, slow ke, mesti akan goyang2 badan, tak kira dia tengah berdiri ke, duduk ke, baring ke, panjat kat tingkap ke. Aiyayai.

Oh, buat masa ni, aku masih menganggur. Macam dalam drama TV tu, kalau mak ayah dia suruh kerja, watak utama tu akan jawab, “ala, rilex la ayah, mak, saya baru je habis belajar. Bagi la saya rehat dulu."

Hehe. Tapi, aku rasa nak kerja jugak secepat mungkin. Tak ada pendapatan rasa tak senang duduk.
Ok lah. Itu saja. Adios!!

Aduh, bilik sepah. barang banyak sangat tak tau nak letak mana la. Maklumlah, dalam 4tahun, duduk 2 rumah, Nak kena ada dua bilik jugak nih =_=''

2 comments:

yatie Awang said...

selamat menganggur....cepat2 cari kerja ek hehe

senyumSOYA said...

kena rajin2 usha cari kerja.. adei.. lagi stahun belajar..pasni nk kena pening kapla cri kerja plak..

anyway..gu luck and all the best ya~