Pengikut

Sunday, June 19, 2011

Hari-hari Seorang Penganggur 2

18 Jun 2011
Hari kedua sebagai penganggur. Hari ni, mak ayah Is cuti. So, aku tak payah jaga sangat budak kecik ni. Haha.

Masih sama je. Hari yang tak ada apa yang menarik.

Hari ini cuma dibazirkan dengan lepak2. Sebab apa? Kak ipar ada, adik perempuan aku ada, maka, aku bermalas2an. Hahaha. Ala, selalu aku la yang buat kerja rumah. Diorang cuti, diorang la pulak. Mak pun lepak2 je. Seronok aku. Ngeh2.

Aku keluar pergi pekan temankan emak. Dengan selamba kitorang berdua tak pakai topi keledar. Sebab apa? Topi keledar mak dah hilang. Ada beberapa insiden yang menyebabkan kitorang kekurangan topi keledar. Maka, sebelum balik mak pun beli topi keledar baru.
Tak sangka, lucu la mak beli topi keledar.Masa test tu, macam2 komen. Rasa tak selesa la, tak sama saiz ke?, tak sama pattern ke? Aku tengok Cina jual topi keledar tu boring je tengok.
Akhirnya, beli jugak

Malam, kitorang dikejutkan dengan berita isteri sepupu masuk hospital. Maybe keguguran@abortion. Masalahnya, dia pun tak tahu dia pregnant. Tanda2 ada, Cuma dia tak dapat nak terima kot. Sebab anak dia baru setahun lebih. Apa pun, dah cuci @ D&C malam kat hospital. Kalau tidak nak hantar ke Hospital Sungai Buloh, tapi tak jadi. Maka, malam tadi adik bongsu aku terpaksa ke rumah sebelah temankan anak bongsu rumah sebelah untuk jaga anak buah dia, As @ Muhammad Norita Asyfar.

Menghabiskan masa malam tengok cerita Howl’s Moving Castle dengan adik perempuan aku sementara tunggu nak masuk tidur. Wah, aku rasa suka sebab English dia sangat sedap. Ini membuatkan aku nak tengok jugak cerita My Neighbour Totoro dan Spirited Away. Tak tengok lagi walaupun cerita dah berzaman.

Nothing special. Aku rasa aku nak kerja cepat lah. Dah boring duduk rumah. Apa kerja nak buat ni? macam mana nak cari? Cashier? Kerani? Clinic Assistant? Salesperson? =_='' Rasa janggal nak kerja di khalayak ramai la pulak. Kerja dalam wad jugak senang =_=''

p/s: Nak rak buku.. T_T

2 comments:

^akulife^ said...

salam..
kaki par or kak ipar??
please do correction..hahaha..

nak rak buku?..
g ambil kat bilik sy kat kolej..
sy x bawak balik..hehe

selamat tanam anggur and selamat cari kerja^^

.........cP~ said...

w'salam.. haha..

aku-chan..kat bilik saya pun ada la. result macam mana? ada apa2 berita tak?