19 Jun 2011
Sekali lagi, di kala pagi aku suruh adik perempuan aku buat kerja2 rumah lebih sikit. Haha. Aku Cuma basuh dan sidai baju je. Lain2 dia yang buat. Tapi, bilik kitorang tetap aku jugak yang kemas. Nak harap dia, berjanggut la.
Lepas selesai tolong mak aku masak (konon la – aku masak sayur “masak air” @”jangan bening” je pun), aku pun makan dan meneruskan perjalanan. Tak ada lah. Aku temankan mak aku pergi melawat Ain- isteri sepupu aku- kat hospital. Sampai kat sana semua ahli keluarga pakcik aku pun ada kecuali seorang. Diorang bukan ramai, adik beradik 3orang je, semua lelaki.
Berbotol2 air @normal saline dah masuk kat badan Ain tu. Hari ni pun belum boleh discharge keluar. Lepas tu, mak aku ingatkan kat Addy- sepupu aku- tentang pengurusan janin dia. Masing2 tak perasan kot. Cumanya, tak tahu umur dia berapa bulan. Entah kenapa doctor tak cakap apa2 bila ditanya. Confuse aku, kat mana letaknya “patient’s rights”?
Dengarnya, janin yang sebenar yang dah keluar masa kat rumah. Yang tinggal dekat hospital tu, aku tengok la, macam placenta @ uri je. Entahla. Tapi, dah senyap je, diorang dah uruskan la kot.
Balik semalam singgah kedai beli barang sikit termasuk kain untuk buat langsir. Aku mintak mak aku buat langsir baru yang comei sikit dan singkat sikit. Langsir yang ada ni berjela sangat, semak ras bilik aku. Bila balik, adik aku tengok kain tu, dia cakap, kerasnya kak..?? Weih, ko ni, mana la kakak tau apa2 pasal jenis kain.
Malam, aku masuk tidur awal. Bagus jugak abang aku pergi pasar malam balik dalam pukul 9.30pm adik aku kejutkan aku. Aku tak solat Isyak lagi masa tu. Disebabkan aku dah join mereka2 makan rojak, terpaksa la aku tidur lewat sikit lepas tu, kolesterol la.
Sejak beberapa ketika masa nak exam Lembaga Jururawat hari tu, aku jaid sedikit “health conscious”. Semua pakat duduk ngutuk aku je bila aku sebut tentang2 benda2 kesihatan. Adui la. Oleh kerana sebab aku tak besar mana tak bermakna risiko ada kolesterol tinggi dalam darah @ hypercholesterolemia. Konon2 aku risau la ni.
Ok lah. Nak kena meninggalkan tapak dah. Budak kecik dah bangun tidur @ 20Jun2011.
Adios!!
No comments:
Post a Comment