Tanjong Karang, 11 Julai 2011- Satu pembunuhan beramai-ramai telah berlaku di sebuah kampung yang dirahsiakan namanya.Tragedi ini dipercayai berpunca dari mangsa yang sering mengganggu ketenteraman penduduk di situ. Mangsa sering dilihat berlegar-legar di kawasan rumah penduduk di situ dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk kampung tersebut. Selain itu juga, mangsa seringkali merosakkan tanaman dan mencuri hasil tanaman penduduk kampung. Akibatnya, berdas-das tembakan dilepaskan oleh pihak berwajib bagi menghentikan perbuatan mangsa yang semakin berani dan cuba memonopoli kawasan tersebut.
Menurut seorang penduduk kampung yang hanya mahu dikenali sebagai Miss S, dia telah melaporkan gangguan tersebut kerana khuatir kejadian buruk akan berlaku. " Saya hanya cuba mempertahankan hak kami. Saya juga tak mahu sebarang perkara buruk berlaku lebih-lebih lagi dengan kehadiran anak kecil di rumah saya. Saya tak sangka ia akan berakhir dengan pembunuhan," menurut Miss S menjelaskan situasi tersebut.
Kumpulan mangsa mula memasuki kawasan tersebut dipercayai kerana kawasan mereka telah diceroboh oleh sebuah kumpulan lain dan mereka mencari kawasan baru untuk dikuasai. Mangsa bukan sahaja terdiri daripada kumpulan muda malah pelbagai lapisan umur termasuk bayi.
Selepas kejadian tembak menembak yang berlaku di dalam kebun sebuah penduduk kampung, mangsa-mangsa kelihatan lemah hampir menemui ajal mereka. Pihak berwajib yang bertindak melepaskan tembakan hanya mengatakan bahawa, " Saya ada liscence to kill."
Dengan tertembaknya kumpulan mangsa ini, penduduk berharap tiada lagi kumpulan lain yang cuba merosakkan ketenteraman kampung mereka. Malah, Miss S sendiri berharap tiada kumpulan lain yang datang kerana dia sendiri tidak menyangka ia hanya boleh diselesaikan dengan pembunuhan.
* Mangsa merupakan kawanan lotong yang mula berpindah ke kawasan kampung mencari makanan kerana kawasan tempat tinggal mereka di sekitar sungai telah dibangunkan untuk pertanian. Walaupun telah ditembak, ada kemungkinan masih ada kumpulan lotong lain yang masih berada di kawasna tersebut. Selain itu juga, ada penduduk mendakwa ternampak spesis monyet lain, kera, yang juga mendiami kawasan kebun sekitar temat kejadian.
- Akulah orang yang report lotong tu mencuri buah dan menimbulkan ketakutan. Mana la aku tahu PERHILITAN memang akan ambil tindakan menembak. Berdas-das tembakan yang aku dengar tu agak mengerikan la jugak. Lepas orang tu balik, abang aku tengok lotong-lotong tu masih lemah bergantungan atas pokok, tinggal seekor baby yang masih merah je yang cergas. Diorang kata, tak lama mesti mati jugak, sebab mak dia dah tak ada.
Aku tak salahkan haiwan-haiwan tu menceroboh. Manusia yang ceroboh tempat tinggal lotong tu. Masih banyak lagi kat simpang nak ke pekan Tanjong Karang bergayut kat wayar eletrik tu. Jangalah datang sini, aku tak rela nak report just to know, memang akan kena tembak.
Pihak PERHILITAN pesan, kalau nak report jangan persendirian. Bincang dengan tok sidang, kalau banyak kes pihak dia akan hantar banyak team untuk buat "penghapusan etnik". Huhu. Cuma ada dua kumpulan untuk cover dua daerah, Sabak Bernam + Tanjong Karang.
Aku report online je. Mula-mula aku report lepas tiga hari tak ada respon pun. Lepas tu, abang aku cadang report guna nama orang lain sekali. Maka, aku report guna nama aku sekali lagi, nama mak aku + nama jiran aku, Kak Sal. Sekali dia datang pulak bawak senapang. o_O Aku tak salah kan?
PERHILITAN pun ambik tindakan bunuh, sebab haiwan tu bukan spesis dilindungi kot. Dengarnya, lepas ke rumah aku, diorang ke Ijok pulak, sebab ada kes monyet jugak. Adoi.
Cumanya, kampung aku ni rasanya tak kisah sangat pasal monyet tu kot. Macam kitorang je yang sibuk-sibuk nak report segala. Yela, takut jugak lotong-lotong tu makin berani dah. Dah la kat rumah ada budak kecil. Pisang segala dah habis kena makan- yang dah tu bukan rezeki la, tapi just to prevent further damage. Aku kan cakap, untuk pertahankan diri je. - bersalah rasa.
No comments:
Post a Comment