Assalamualaikum
Selepas semalam penat satu hari jalan sampai la ke waktu melelapkan mata, hari ini mak aku telah memberikan aku tekanan yang sangat hebat. Aku dipaksa rewang. Aku pernah rewang tanpa mak aku sekali je rasanya. Kali ni, aku kena pergi dengan adik aku -sebab dia je yang tau bawak motor.
Rumah pengantin tu rumah kawan aku- abang dia yang kahwin. Walaubagaimana pun aku rasa memang selain jiran aku yang dekat tak ada sesiapa pun kenal aku. Adik aku pulak macam dah biasa je rewang . Tambahan pulak dengan badannya yang tak macam 19tahun tapi lebih macam darjah 5 tu, dia bebas nak ke sana ke sini. Mulut pun ringan je.
Aku mula-mula sampai duduk sama-sama walaupun tak bersama dengan perewang lain. Semua orang makan nasik untuk sarapan, tapi aku tak reti kot nak makan sangat kat rumah orang, so, aku makan kuih je. Lepas tu, aku tolong kemas meja sikit. Lepas tu, aku ikut Kak Sal-jiran dekat- masuk rumah bahagian isi kuih. Mula-mula ada la kerja sikit buat "rojak uni"- kuih campur2 letak dalam dulang atau satu bekas yang besar untuk perewang. Tapi, lepas tu aku cuma mampu untuk rewang makan.
Tahap kebosanan aku memang membuak-buak. Kalau bahagian bungkus makanan mesti ada sikit kerja nak buat dengan tangan ni. Bosan duduk saja lepas tu makan- macam bukan datang untuk rewang je. Orang bungkus makanan kat tempat lain- maka aku duduk je la situ memenuhkan perut aku. Entah apa-apa aku makan je.
Kawan sekolah aku tu, tak ingat dah aku. Aku la yang mula senyum kat dia- tapi, dia macam tak perasan. Lepas tu aku tegur dia, baru lah dia ingat. Mariam nama dia. Aku taklupa kot sebab dia anak "Halim@Hussin Pau"- ayah dia ada kilang pau. Aku jugak nampak seorang lelaki bercermin mata pegang kamera yang macam aku kenal. Aku tanya kat Mariam- Murshid katanya. Aku macam ingat. Aku rasa betul dah dia la budak lelaki yang suka melukis masa darjah 3 dulu. Dia lukis Along- aku memang banyak kawan lelaki berbanding perempuan kot kecik-kecik dulu + aku suka melukis. Mariam pulak, aku rasa kawan rapat dia dulu Melissa dan jugak Zahira- budak2 lawa. haha.
Dalam hati aku, mesti diorang tak ingat aku dah ni. Ye, aku lah budak perempuan yang selalu berdiri barisan paling depan setiap kali perhimpunan dan sangat comot tu- ok, aku masih comot lagi. Lagipun, lepas langkau kelas -PTS- aku tak jenguk-jenguk sangat kawan-kawan aku- sebab aku bukan rapat sangat dengan sesiapa kot. Ni lah hasilnya kalau berat mulut- orang tak kenal. Aku ingat pun jadilah.
Lagipun, kadang-kadang bila kat Tanjong -panggilan untuk pekan Tanjong Karang- ada jugak budak masih kenal aku.
Ops. Melalut. Aku terasa macam kena penderaan psychology sebenarnya bila kena "present" diri sendiri kat orang ramai. Tapi, bila fikir balik, "for the sake of" kenduri kat rumah aku nanti- abang aku dah nak kahwin- aku rasa rewang ni perlu. Kalau kita tak pergi rumah orang, siapa nak pergi rumah kita kan? Entah lah. Just go with the flow..Lagipun, bukan kena buat kerja berat-berat pun. Kalau duduk diam saja pun orang tak kisah. Nampak rewang sikit pun orang dah kata kita rewang.
Masa aku becekkan (salam-kasi duit kat tuan rumah) untuk mak tadi, mak Mariam siap cakap aku rewang tadi, kasi berkat@bontrot (bungkusan makanan) kat aku. Adik aku kecik sangat kot, walaupun dia rewang orang tak kasi- dia becek untuk kak ipar aku.
Petang ni sepupu aku bertunang, tapi, mak aku je yang pergi. Aku duduk rumah jaga budak kecik (la sangat..). Penat la konon. Hehe.
Ok, adios amigos. Oh. Hidup berjiran macam ni lah. Walaupun nilai sebenar tu macam dah hilang- keikhlasan kot (pergi sebab takut apa orang cakap@ tak nak orang pulaukan kenduri rumah kita)- tapi, masih tetap saling tolong menolong. InsyaAllah, masih boleh diteruskan.
No comments:
Post a Comment