Pengikut

Tuesday, August 9, 2011

Dilema~

Assalamualaikum..

Aku dah merasa tak keruan.

1. Aku dah beritahu kakak tentang hal mak aku suruh berhenti. Kakak cakap tolong la jangan berhenti dulu. Dia dah tau pasal cuti semua. Dua orang lagi pun malam raya last kerja. Bila aku beritahu mak aku, mak aku macam sedikit tak kisah. Aku jadi serba salah. Mana patut aku ikut. Mak kata, kalau macam ni lepas raya tak nak dah jaga. Aku baru je fikir, kalau lepas raya aku berhenti tak la rasa bersalah sangat.
Tapi, kalau aku dah dapat kerja nurse nanti? Kan ke sama je?

2. Aku dapat tahu beberapa orang kawan aku dah dapat kerja kat Gleneagles haritu. Ramai apply rupanya. Dan semua alhamdulillah memang dapat. Aku? Aku serba salah. Aku nak kerja nurse, tapi aku masih rasa serba salah. Apa patut aku buat? Teringin je aku nak join Gleneagles jugak. Entah lah.
Mungkin aku patut hantar resume ke mana-mana negeri pun, janji dapat kerja. Niat asal sebab mak nak aku duduk dekat. Ya Allah, permudahkan lah urusan aku dapat kerja.

3. Esok stok datang. Bila fikir puasa-puasa asyik kena angkat stok barang banyak sampai kadang aku rasa nak menjerit buat aku rasa menyesal kerja. Nak berhenti tak sampai hati. Semakin hari, semakin aku kerja semakin tak sabar aku nak berhenti. Aku nak kerja nurse.

Sabarlah hati..

4 comments:

eezance said...

kuatkan semangat..! Moga Allah permudahkan segalanya... InshaAllah..

Supriyani said...

apply la mcm kwn2 tu.. at least ada pengalaman + praktikkan apa yg dh dipelajari..gaji pun ok.

.........cP~ said...

bukan xnak mintak..tapi kat situ tak boleh pakai tudung..pakai scarf je..so, entah lah.

Supriyani said...

ooowh..patutla..insyaALLAH ada rezeki yg lebih baik akan tiba nanti.