Pengikut

Monday, August 8, 2011

Tak ada hidup~

Assalamualaikum.

No life. Aku cakap kerja kat kedai 12jam sehari tak ada life. Aku terlupa mereka yang memang kerja kat kedai untuk cari rezeki. Bukan macam aku, jadikan kerja macam tu sebagai tempat persinggahan, nak duit je.

Mungkin jugak sebab aku membandingkan dengan kedai sebelah. Gaji memang sehari RM18- cuti wajib 3hari (bergaji), ada over time untuk bulan Ramadhan, tak kira pekerja sementara ataupun lama.

Kedai tempat aku kerja 12jam sehari (plus-minus) gaji RM16-18 bergantung pada prestasi (pekerja lama tak semesti dapat RM18 pekerja baru tak semesti dapat RM16. Cuti sebulan boleh maksimum 3kali mintak- tanpa gaji.

Mungkin aku terlalu demand- biasa sangat kerja dalam aircond, tapi aku terfikir kesiannya orang yang kerja lama tapi gaji dapat ikut bos rasa dia ok atau tak. Kadang-kadang atau kebanyakan masanya, aku cuma diam je. Susah. Kena pandai ambik hati bos- kena rajin dan ikut saja apa dia suruh. Jangan ada masalah.- Aku kesian pekerja yang dah lama dapat RM16 sehari. Sedangkan pekerja yang baru sebulan- RM17 pun dapat.

Tak larat dah aku nak kerja macam ni. Ketidakpuashatian tak boleh disuarakan. Hak-hak pekerja tak dapat dipertahan (cewah).

Mak pun offer gaji RM400 jaga budak-budak baru (adik beradik 3orang), tapi aku kena berkira-kira. Memang untung duduk rumah saja dari pukul 9.30am sampai 5petang je jaga boleh dapat RM400. Tapi, aku macam memerlukan duit lebih dari RM400 je.

RM400-

Mak: RM100
Simpan: RM100
Broadband: RM70
Top up: RM40 (top up Rm10 je tiap kali)

Baki? RM90<-- barang-barang lain??
Mak cuma dapat duit jaga Is dengan Awish?

RM450-

Mak: RM100
Simpan: RM100
Broadband: RM70
Top up: RM40 (top up Rm10 je tiap kali)

Baki? RM140 <--barang-barang lain.
Mak pun dapat gaji jaga budak + duit aku sikit. Pendapatan bertambah.
Aku pun ada chance dapat gaji lebih.

Beza mungkin dalam RM50 je. Tapi, kakak dah pesan lepas raya jangan mintak cuti. Aku pun tak tau kenapa aku rasa lebih bermakna kerja kat luar rumah berbanding jaga budak dalam rumah.

Tapi, tadi mak cakap, kalau aku tak nak berhenti kerja tolong jaga budak mak pun nak berhenti lah jaga budak. Tak larat.

Pening kepala. Aku dengar kisah budak-budak perempuan yang mak aku jaga ni pun aku dah rasa geram, kalau aku jaga takut jadi raksasa je aku ni. Lagipun, aku mesti lebihkan Is.

Entahlah. Kalau nak berhenti pun biar sampai malam raya. Nak gaji lebih lagi. Aku baru merasa separuh gaji. Tak cukup duit nak simpan.

No comments: